Friday, May 11, 2012

Overland Trip Part 2 - Hari pertama di Ho Chi Minh City


23 April 2012

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sampai juga. Saya akan pergi backpacking secara solo lagi dan kali ini merentas 3 negara melalui jalan darat. Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya saya pada pagi itu ! Hehe

Sebenarnya saya telah lama membeli tiket kapal terbang AirAsia pergi dan balik ke Ho Chi Minh City untuk travel selama 5 hari sahaja. Setelah melihat ‘Working Calender 2012’ yang di keluarkan oleh company tempat saya bekerja, ada beberapa Public Holiday tak jauh dari waktu saya ke sana. Jadi saya berfikir untuk melanjutkan perjalanan lebih dari 5 hari – 5 hari singkat sangat kan? kan?  Dengan pantas melihat Google Map dan sedikit research akhirnya saya bercadang untuk backpacking selama 14 hari, dan untuk menambahkan lagi keseronokan saya memutuskan untuk backpacking melalui jalan darat dari Ho Chi Minh sampai ke Kuala Lumpur. Maksudnya return flight tiket Ho Chi Minh ke KL burn, tapi saya pasti pengalaman melalui jalan darat nanti jauh lebih bernilai dari harga tiket flight AirAsia yang dibeli waktu promosi tiket RM0.10 itu..hehe.

Waktu berlepas ke Ho Chi Minh pada jam 2.55pm dari LCCT. Sekitar jam 5pm (waktu tempatan Vietnam) saya sampai di Tan Son Nhat International Airport. Setelah urusan imegresen selesai saya keluar dari airport dan terus mencari bas untuk menuju ke area Ben Thant Market. Saya bercadang untuk menginap di kawasan backpacker iaitu di Pha Ngu Lao Street, tak jauh dari Ben Thant Market kira-kira 10 minit berjalan kaki. 

Oh ya, sebelum keluar dari airport saya telah menukar duit 20USD kepada matawang Dong. Penting juga ada duit kecil dalam matawang Dong kerana saya memang bercadang untuk menaiki bas dan kenderaan awam sahaja, seperti biasa yang saya lakukan waktu backpacking kerana saya memang sangat gemar menaiki kenderaan awam di sesuatu tempat yang asing. Saya juga sempat mengambil peta Ho Chi Minh dari kaunter informasi pelancongan, ini memang wajib kerana peta adalah sangat penting untuk pengembaraan dan amat di galakkan untuk mengambil di airport kerana sudah tentu ianya PERCUMA! 

Tanpa membuang masa, saya terus keluar dan mencari bas ke Ben Thant Market. Keluar sahaja dari bangunan airport dan belok kanan, terdapat bas awam bewarna biru.  Pada waktu itu, bas masih kosong. Saya bertanya kepada pemandu bas samada bas ini menuju ke Ben Thant Market, dia menjawab ‘Yes yes, Ben Thant Market’.  Setelah membayar tiket bas berharga 4,000 Dong (bersamaan lebih kurang RM0.60) saya meminta pemandu bas untuk memberitahu kepada saya apabila sampai di Ben Thant Market, kerana saya tidak pasti untuk turun di mana nanti. Dia hanya berkata ‘Ok’ sambil mengangguk.



Tak lama menunggu di dalam bas, ada beberapa lagi penumpang yang naik dan bas bergerak ke Ben Thant Market. Saya yang baru pertama kali sampai di Ho Chi Minh ini agak ‘terkejut’ sedikit dengan keadaan lalu lintas yang memang padat dengan motosikal. Terlalu banyak motosikal yang bersimpang siur di sepanjang jalan. Saya sudah mula rasa teruja dengan bandar yang dulu di kenali dengan nama Saigon dan juga merupakan kota terbesar di Vietnam.

Setelah kira-kira 20-30 minit perjalanan dengan bas, akhirnya bas berhenti di satu stesen dan rupanya destinasi terakhir bas ialah di kawasan Ben Thant Market. Saya turun dan terus mencari-cari arah ke Pha Ngu Lao Street. Ada beberapa orang yang saya tanya untuk menunjuk arah ke Pha Ngu Lao, tapi sayangnya kebanyakan mereka tidak dapat berbahasa Inggeris. Terus saya mencari kedai berdekatan dan terjumpa satu kedai telefon, dan mujur  pemilik kedai itu tahu berbahasa Inggeris sedikit. Dia menunjukkan arah  ke Pha Ngu Lao Street dan setelah mengucapkan terima kasih saya pergi ke arah yang ditunjukkan tadi. Untuk ke Pha Ngu Lao Street dari Ben Thant Market, perlu menyeberang beberapa jalan yang teramat sibuk. Saya dengan backpack yang boleh dikatakan besar, terasa sukar untuk menyeberang jalan kerana jalan tak putus-putus dengan kenderaan terutamanya motosikal!

Dengan memberanikan diri, saya cuba sahaja untuk meredah jalan dan ada satu ketika saya terhenti di tengah-tengah jalan kerana cuba mengelakkan daripada di langgar motor. Waktu itu banyak motor yang membunyikan hon, saya terkedu plus buat muka terkejut dan tergamam! Waktu itu saya terfikir, ada ke sebelum ini backpacker yang meninggal kerana kecelakaan dengan motor di Ho Chi Minh?  Saya tak mahu tahu statistik itu dan tak berminat mahu tahu..haha. Tapi akhirnya saya berjaya juga melintas jalan raya di Ho Chi Min..phew~

Sewaktu berjalan menuju ke Pha Ngu Lao Street, saya ada juga bertanya kepada orang yang saya jumpa di sepanjang jalan, cuma untuk memastikan saya berjalan ke arah yang betul. Setelah kira-kira 10 minit berjalan saya telah sampai di Pha Ngu Lao Street dan memang terlihat banyak guesthouse dan hostel di situ. Sebenarnya saya telah pun research and bercadang untuk menginap di Saigon Youth Hostel, tetapi tidak terlihat hostel ini di sepanjang jalan. Saya ada juga tanya beberapa orang di situ tapi mereka tidak pasti lokasi hostel ini. Sewaktu berjalan untuk mencari Saigon Youth Hostel, ada beberapa orang dari guesthouse yang cuba menawarkan untuk menginap di tempat mereka. Tetapi saya malas untuk melihat dan terus sahaja berjalan.  Tiba-tiba ada seorang auntie yang tanya adakah saya perlukan tempat penginapan, dan entah kenapa saya terus bersetuju untuk melihat guesthousenya. 

Terus saya di bawa untuk melihat Mrs. Thu Guesthouse yang terletak di lorong-lorong kawasan perumahan, jalan ke guesthouse agak sempit tapi kawasannya saya rasa lebih selamat kerana berada di rumah-rumah orang tempatan, bukan di sebelah kelab malam atau disko yang memang banyak sekali terdapat di Pha Ngu Lao Street.  Setelah melihat bilik yang berharga 12USD, bilik air di dalam, berhawa dingin, ada televisyen, katil besar dan ada juga Wifi, saya terus bersetuju untuk menginap di situ. Auntie Thu juga bertanya apa rancangan saya untuk keesokannya kerana dia boleh tolong untuk uruskan, dan saya berkata mahu ke Chu Chi Tunnel. Dia kata kebetulan ada 8 orang dari UK yang tinggal di guesthousenya juga akan ke Chu Chi Tunnel esok, dan dia cadangkan saya untuk sertai mereka sahaja. Saya terus bersetuju dan dia pesan untuk turun bersarapan jam 7am kerana akan ada van yang pick-up kami jam 7.30am untuk ke Chu Chi Tunnel. 

Setelah berehat sebentar dan mandi, hari telah mulai gelap.  Saya tidak ada rancangan untuk ke mana-mana malam itu, cuma berjalan-jalan sekitar Pha Ngu Lao dan Ben Thant Market kerana dengar kata ada makanan halal di sekitar situ. Oleh kerana Pha Ngu Lao Street ini sememangnya sentiasa ramai dengan backpacker dan traveller dari seluruh pelusuk dunia, jadi tidaklah janggal untuk berjalan seorang di situ. Sepanjang jalan juga terdapat banyak kedai cenderamata, convenience store, kedai makan, pub dan disko.



Sampai di kawasan Ben Thant Market, pada waktu itu Ben Thant Market telah tutup, kalau tak salah saya tutup jam 7pm. Tapi di luar bangunan Ben Thant Market, terdapat pasar malam yang boleh tahan meriah juga. Saya jalan-jalan sebentar di pasar dan kemudian bertanya orang di mana tempat makanan halal di situ kerana sudah lapar! Hehe. Mengikut arah yang ditunjukkan tadi, dan setelah berjalan kira-kira 3 minit dari pasar saya terlihat satu bangunan dengan papan tanda  VN Halal. Saya masuk ke dalam restoren tersebut – saya tergamam buat seketika. Penuh dengan warganegara Malaysia di dalam yang meriah dengan keluarga masing-masing, kebanyakan mereka memang makan ‘besar’ dan nampak mewah. Memang jauh beza dengan saya rasanya – because i’m backpacking, not holiday with family. 




Saya terus ke kaunter untuk bertanya kalau-kalau masih ada meja kosong lagi, dan pekerja di situ menyuruh saya naik ke tingkat 2. Ok, saya pun naik tangga untuk ke tingkat 2, tapi cuma saya seorang di atas dan saya perasan tak ada penghawa dingin (seperti di bawah) mahu pun kipas angin, panas! Saya turun semula dan bertanya kepada pekerja tidak ada penghawa dingin dan kipas di atas? Dia seperti serba salah, suruh saya duduk di bawah pula, ada tempat kosong untuk saya seorang.  Tapi berkongsi meja dengan seorang pelanggan di situ.  Saya tak kisah sangat pun, jadi setuju sahaja untuk makan dan berkongsi meja dengan pelanggan lain.

Akhirnya setelah mendapat tempat duduk dan melihat menu, saya order Mee Sup Ayam dan Bandung Cincau. Sewaktu menunggu makanan sampai, beberapa kali restoren ini ‘black out’! Hmm…saya juga tak pasti apa masalah restoren ini, tapi saya rasa sedikit kelam kabut dari segi pengurusannya dan tidak teratur. Sewaktu menunggu makanan sampai, saya berborak dengan seorang lagi pelanggan yang duduk di meja yang sama dengan saya. Rupanya wanita itu dari Indonesia dan sedang out-station selama 6 bulan di Ho Chi Minh. Wanita moden ini pelanggan tetap di restoren VN Halal, kami pun berborak kosong sementara menunggu makanan sampai.



Selesai makan dan bayar saya keluar untuk berjalan-jalan semula di pasar tadi. Di Ho Chi Minh, terdapat ramai peniaga yang boleh bercakap Bahasa Melayu, mungkin kerana ramai pelancong dari Malaysia terutamanya yang datang untuk berbelanja. Ramai yang panggil ‘Kakak..kakak..murah..murah..’. Lol.



Di sini, peniaga agak memaksa untuk kita membeli barangan mereka. Pernah sekali saya bertanya harga seluar cotton, dan terasa agak mahal. Saya cakap ‘it’s ok’ dan terus berjalan. Peniaga seluar tadi tiba-tiba menarik tangan saya, tapi dengan sopan dan agak tegas saya cakap ‘no, it’s ok’ dan terus berjalan. 

Sewaktu saya berjalan masih terdengar suara penjual itu menjerit ‘kakak..kakak!’. Lepas dari kejadian itu, saya dah faham dan tak akan lagi bertanya harga barang jualan di situ - kecuali  kalau memang berniat nak beli.



Setelah penat berjalan-jalan di pasar, saya berjalan pulang semula ke guesthouse. Sampai di guesthouse saya gunakan sebentar computer di lobby untuk surfing internet. Kira-kira 1 jam kemudian saya naik ke atas untuk mandi dan tidur. Keesokan paginya saya akan ke Chu Chi Tunnel.

Bersambung..

6 comments:

  1. Hahaha ingatkan saya aje yang fikir mengenai 'mati' bila berhadapan dgn keadaan lalulintas di HCMC..

    Et, berbeza keadaannya di Danang, map tidak diberikan secara percuma tau.so, kalau mahu ke sana better print siap2 map dari rumah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! tula kan...seram je nak lintas kat sana :D
      ohh..yeke, hehehe thanks for info! tak tau bila nak explore central dengan north vietnam.. harap satu hari nanti dapat travel area sana pulak :D

      Delete
  2. tunggu sambungan plakk,mcm slot akasia kat tb3 aja

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikom...

    InsyaAllah Pakcik akan ke HCMC pd bulan Dec 2012 nnt...ticket AA dh beli
    Nampak gaya nya Pakcik follow aper yg Cik lalui ini...
    Terima Kasih banyak2 pd Cik info yg diberi...
    Semuga Allah swt memberkati atas usaha Cik ini...Amin

    Wassalam.
    Norrol Hesam bin Abdul Hamid
    eeeeeee4483@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Traffic di HCM memang pack. pernah sekali van yg saya naik buat u-turn berani mati tengah2 traffic yg memang non-stop tu. surprisingly-ok jek :)
    teringin jugak nak explore other part kat vietnam :)

    ReplyDelete