Monday, July 2, 2012

Diving Trip Part 1: Tawau ke Semporna


Untuk tahun 2012, ini adalah trip pertama saya ke kawasan pantai atau pulau. Sebenarnya, saya ni jenis yang tak berapa suka sangat dengan akiviti yang melibatkan air, cuma suka menikmati pemandangan pantai terutamanya pada waktu sunset dan sunrise. Bayangkan, dulu di Krabi pun saya langsung tak sentuh air. Sama halnya waktu saya di Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi di Kota Kinabalu. Saya cuma tengok kawan-kawan yang gembira ria bersnorkeling. Oh ya, saya juga memang tak pandai berenang – dan ada  sedikit perasaan takut air, phobia air? mungkin juga.

Walaupun macam tu, saya ada keinginan untuk mencuba scuba diving. Kebetulan, tahun lepas waktu promo AirAsia saya ada ‘terbeli’ tiket ke Tawau untuk saya dan adik-adik. Tiket murah sangat, jadi selambe jelah beli untuk 5 orang…haha. Dah beli tiket, baru timbul idea nak buat aktiviti scuba diving di Pulau Mabul/Sipadan – walaupun rasa berdebar tu sangatlah terasa. Tapi saya cuma fikir, kalau orang lain boleh buat kenapa saya tidak! 

Tiket ke Tawau saya beli untuk adik saya, Che’Mah, Azi, Ammar dan Ap. Tapi Ap tak dapat join last minit. Jadi trip diving ke Pulau Mabul hanya kami berempat. 

16 June 2012

Flight kami ke Tawau seawal jam 7 am. Setelah penerbangan selama 2 jam 40 minit, kami sampai di Tawau Airport. 

Untuk ke Pulau Mabul/Sipadan dari Tawau Airport ada 2 cara. Pertama, boleh naik teksi  atau kereta sewa terus ke Semporna - di mana terletaknya jeti bot untuk ke Pulau Mabul/Sipadan. Harga teksi ni tak tentu, tapi yang saya dengar dari kawan-kawan yang saya jumpa di Pulau Mabul kelmarin, mereka hanya bayar RM95/teksi dari Tawau Airport ke Semporna. Tak perlu risau nak cari teksi ni, sebab memang ada banyak kat airport.  Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit.

Cara kedua, boleh naik bas dari Tawau Airport ke Tawau City dan kemudian naik bas ke Semporna. Tak susah nak cari kaunter bas di airport, bila keluar dari exit balai ketibaan belok kanan, jalan terus sampai nampak kaunter bas di sebelah kanan. Saya beli tiket bas ke Tawau City untuk 4 orang, tiket seorang berharga RM 10 yang bertolak jam 10.30 am. Jadual bas dari Tawau Airport ke Tawau City seperti gambar kat bawah ni:

   
Inilah rupanya mini bus dari Tawau Airport ke Tawau City
Perjalanan dari Tawau airport ke Tawau City mengambil masa lebih kurang 1 jam. Saya nak ingatkan kalau naik bas dari airport ke Tawau City, lebih baik bagitau kat driver untuk berhenti di stesen bas ekspres  untuk ke Semporna. Sebab bas ni akan berhenti di stesen bas lain yang jauh ke hadapan dari stesen bas ekspres. Kami hari tu terpaksa berjalan kaki lebih kurang 10-15 minit untuk berpatah balik ke stesen bas ekspres. 

Sampai di stesen bas ekspress kami terus mencari tiket ke Semporna. Nasib tak berapa menyebelahi kami, sebab waktu kami sampai di kaunter bas, penjual tiket cakap bas ke Semporna baru je gerak dalam 2 minit lepas. Waktu tu baru jam 11.32 am. Bas kat Tawau ni sangat punctual, jadi jangan lewat walau seminit pun. Bas seterusnya jam 4 pm. 

Kami cari tiket bas ke Semporna di kaunter lain, nasib baik jumpa bas yang akan bertolak ke Semporna jam 1.30 pm, berharga RM 15. Tiket ni agak mahal sebab kalau bas yang kami terlepas tadi cuma RM 10. 

Tapi ada hikmahnya juga kami terlepas bas 11.30 am tadi, jadi kami ada masa 2 jam untuk merayau-rayau di bandar Tawau. Dengan berjalan kaki selama 10 minit, kami ke Pasar Tanjung Tawau untuk makan Coto Makassar yang terkenal di bandar Tawau ni. Tempat makan di Pasar Tanjung Tawau ni macam food court, terletak di tingkat atas sekali. Tapi bersedialah untuk dikerumuni dengan penjual-penjual makanan kat sana, bila duduk je terus kami kene serbu. Masing-masing nak cari pelanggan.

Pekan Tawau
Macam di Indonesia kan? Wartel = Warung Telefon = Public Phone
Kami order Coto Makassar  dan makan dengan sambal Kunak, memang sedap! Saya siap tanya lagi apa bahan sambal ni. Makcik tu bagitau bahan nak buat sambal ni cuma cili (of course la kan..ehhe), cuka, bawang putih, gula. Baik hati betul makcik ni bocorkan resipi sambal Kunak ni. Hehe. Tapi betul-betul sedap. Nyumms.

Pemandangan dari tingkat atas Pasar Tanjung Tawau
Coto Makassar
Sambal kunak yang enak..hehe
Saya order teh ais, tapi dapat teh ‘O’ ais. Rupanya kat Tawau ni teh ‘O’ ais di panggil teh ais. Ok, noted!

Yang bestnya lagi food court kat Pasar Tanjung Tawau ni, sambil makan kita boleh nampak pemandangan laut membiru dengan pelbagai jenis kapal di pelabuhan Tawau. 

Selesai makan, kami berjalan-jalan di pelabuhan Tawau. Keadaan di situ memang agak sibuk dengan kapal-kapal yang berlabuh. Kalau tak salah, banyak produk pembalakan yang di eksport ke Indonesia dari pelabuhan Tawau ni.

Kami berjalan-jalan lagi di bandar Tawau, dan akhirnya sampai semula di stesen bas ekspres tadi jam 1.15 pm. Kami lihat bas dah hampir penuh, memang sah penduduk Tawau ni sangat punctual! 

Tepat jam 1.30 pm, bas bergerak ke Semporna. Sepanjang perjalanan saya banyak tidur kerana kepenatan merayau-rayau di bandar Tawau tadi. Dari Tawau ke Semporna, pemandangan yang boleh dilihat hanyalah ladang-ladang kelapa sawit, perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.

Setelah 2 jam, bas berhenti di stesen bas Semporna. Sebelum pergi trip ni, saya dah booking tempat untuk bermalam di Dragon Inn Resort, Semporna. Kami hanya berjalan kaki ke Dragon Inn, tidaklah terlalu jauh cuma sekitar 15 minit berjalan kaki. Sebelum sampai di Dragon Inn kami sempat juga singgah ke pasar (seperti pasar malam di sini) sebab Azi nak beli selipar. Dragon Inn ni terletak betul-betul di sebelah jeti Semporna untuk ke Mabul/Sipadan.

Stesen bas di Semporna

Pasar di Semporna
Sampai di Dragon Inn, kami rasa teruja sebab tempat ni cantik sangat. Bilik kami adalah style floating resort. Ini juga adalah pertama kali kami menginap di bilik, di atas air! Memang terbaik.

Kami tempah 2 bilik (2 orang satu bilik) dengan harga RM 66/malam. Bilik berhawa dingin, ada tv, hot shower, breakfast included dan dapat pas masuk ke Aquarium - kalau orang luar yang tak menginap di sini kene beli tiket RM 2.

Dragon Inn Resort, Semporna
Bilik yang cantik, cuma RM66/malam

Selesai urusan check-in, kami berehat sekejap kat bilik dan kemudian keluar semula jam 5 pm untuk ke Aquarium. Menurut staf Dragon Inn, Aquarium akan ditutup jam 6 pm. Aquarium ni masih dalam area Dragon Inn, kawasannya tidaklah terlalu besar, tapi banyak juga ikan-ikan yang dibela kat situ.

Antara ikan yang ada di Aquarium Dragon Inn Resort
Lepas tu kami jalan-jalan di pekan Semporna. Pekan Semporna ni taklah terlalu besar. Kalau di sepanjang jeti memang dapat lihat ramai divers dengan wet suit baru balik diving, bestnya ~

Kami singgah di pasar ikan yang tersangat-sangat sibuk dengan para penjual ikan yang berlumba-lumba untuk menjual hasil tangkapan mereka. Kami terkejut dengan harga ikan yang sangat murah. Bayangkan ikan sederhana besar (2 kali besar tapak tangan) 4 ekor hanya RM 5! Ketam 7/8 ekor pun RM 5 jugak. Kami beli ikan dan ketam untuk makan malam nanti.

Lepas beli ikan dan ketam, kami cari kedai makan yang berdekatan untuk makan malam. Tak jauh dari jeti, ada satu kedai makan dengan view laut, kami rasa tempat tu oklah. Kami tanya pada bos kedai makan tu, berapa harga kalau kami nak minta dia masakkan ikan dan ketam. Lepas dia tengok ikan dan ketam yang kami bawa tu, dia cakap untuk masak ketam masak cili, RM 10 dan ikan bakar RM 15. Saya tawar lagi dan akhirnya dapatlah harga masak ketam cili RM 10 dan ikan bakar RM 10. Okla tu kan? Saya pun tak pasti sebenarnya berapa harga kalau kita minta kedai tolong masakkan. Hehe.

Ketam masak cili..nyumms~
Selesaiii..hehehe
Tapi yang tak bestnya kedai ni, servis dia punyalah lambat. Masakannya pun taklah sesedap mana, kira standard jelah. Yang bestnya cuma kami makan ketam dan ikan yang betul-betul fresh lah, yang jarang boleh dapat kat KL.

Selesai makan, kami jalan-jalan lagi di pekan Semporna.  Kami pergi ke Giant cari aiskrim hehe. Waktu malam di Semporna ni tak banyak tempat kita boleh pergi. Tempat yang masih ‘hidup’ cuma backpacker spot yang penuh dengan mat salleh.

Kira-kira jam 9.30 pm kami balik ke Dragon Inn untuk berehat dan tidur. Esok paginya kami akan bertolak ke Pulau Mabul !

*Bila baca semula post ni, ayat semua seperti mengikuti tema iaitu KE LAUT. Maaf ye, harap korang faham apa yang cuba saya sampaikan ni..huhu~

19 comments:

  1. ET, saya pun belum pernah sampai ke Samporna..jeles la nih..
    tiket skng tak dpt murah mcm ni lagi..hari tu yg ke sandakan pun sebab tiket murah beli tahun lepas...hish..tak puas ati ni
    ok, jgn lupa update lagi...gmbr kena banyk ya

    ReplyDelete
  2. Haah betul, sekarang AA macam dah tak jual tiket murah macam tahun-tahun lepas. U MUST go Mabul/Sipadan, best giler kat sana. Saya yang bukanlah hardcore lautan ni pun dah suka, kalau yang memang suka laut ni lagilaa..hehe.

    Okie, next entri saya letak banyak lagi gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..'saya yg bukan hardcore lautan'?? ada plak hardcore lautan dgn hardcore hutan..hahaha
      saya yg bukan hardcore hutan pun skng dh suka trekking...cuma hiking je yg masih malas2..

      Delete
    2. wehehehe..tak tau macam mana nak klassifikasikannya. cuma agak dramatik sikit la yer penggunaan perkataan 'hardcore' tu? :p

      wah baguslaa...trekking/hiking memang best pun :D

      Delete
  3. salam...seronoknye dpt g mabul...
    ceritalah mcm mana perjalanan dr jeti ke mabul island tu..
    boleh gak jd panduan sy nk honeymoon ke mabul bln 9 ni nanti...hehe
    travelog awk ni sgt2 berguna..:))

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Syoknya..bilik bersih la..i'm coming soon..hehe

    ReplyDelete
  5. SALAM, SAYA ADA PACKAGE TOUR GUIDE FROM TAWAU TO SEMPORNA. CALL 0123491582.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tak package yang ok utk stay kat pulau sekitar tawau... saya first time nak ke sana.. so saya tgh cari pakej yg ok..kalau boleh pulau tu dekat dgn pulau sipadan coz teringin nak pergi sana.. kalau ada info tolong email sy ye .. tq sgt.. email asz_158@yahoo.com

      Delete
  6. Nice info kak...ada jugak panduan nak kesana blan depan.

    ReplyDelete
  7. Hi there colleagues, its fantastic article concerning tutoringand fully
    defined, keep it up all the time.

    Feel free to surf to my web site website

    ReplyDelete
  8. Just desire to say your article is as surprising.

    The clarity in your post is simply spectacular and i could assume you're an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the rewarding work.

    Here is my website ... Full Article

    ReplyDelete
  9. This text is worth everyone's attention. How can I find out more?

    Here is my homepage get more Info

    ReplyDelete
  10. I every time spent my half an hour to read this website's content all the time along with a mug of coffee.

    my web page - next page

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing your info. I really appreciate your efforts and I am waiting for your further
    write ups thank you once again.

    my website; Kobe Bryant Shoes

    ReplyDelete
  12. info yang menarik.. thanks for sharing.. my trip to mabul next year.. tak sabar rasa hihi

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam.. saya tgh survey2 untk next trip sy ke mabul.. nk tnye.. awak book hotel/chalet tu mcm mne? book dulu sblm pergi atau walkin?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete