Sunday, September 9, 2012

Overland Trip Part 14 Final - Perjalanan pulang Bangkok - Hadyai - KL


4 Mei 2012

Sekitar jam 9 am saya dah bersiap dan check-out dari guesthouse. Oh rasanya saya lupa nak mention dalam post awal yang saya perlu bayar deposit sebanyak 300 Bath, untuk duit kunci bilik. Bila check-out dan serahkan kunci, saya dapatlah 300 Bath semula.

Hari terakhir di Bangkok, misi saya pada hari itu ialah untuk dapatkan tiket bas ekspres ke Hadyai kemudian dari Hadyai ke KL – juga dengan bas ekspres.

Seperti biasa, bila keluar je dari guesthouse tempat pertama yang saya cari mestilah tempat makan. Saya pergi ke lorong makanan halal di Masjid Chakrabongse, iaitu tempat biasa saya makan pagi dan tengahari. Saya makan nasi campur dan Cha-Yen buat kali terkahir di situ, sedih. Oleh kerana makcik tempat makan tu nampak saya bawa backpack, dia tanya saya nak ke mana lepas ni. Saya cakap nak balik ke Kuala Lumpur, dan makcik tu ucapkan selamat jalan kepada saya sebelum saya beredar dari situ. Sweet makcik ni. Touching sekejap.

Ok, menurut informasi dari internet dan rakan-rakan backpacker, ada bas yang bergerak dari Sai Tai Mai bus station ke Hadyai, petang sekitar jam 4 atau 5 petang. Saya bercadang untuk dapatkan overnight bas jadi sampai Hadyai agak-agak dah siang. Saya nak elakkan sampai Hadyai sebelum subuh, bahaya la plak kan kalau sampai awal pagi sangat, seorang, perempuan.

Oleh kerana waktu lepas saya makan tu masih awal, jadi saya habiskan masa dengan berjalan-jalan lagi di sekitar Khao San Road. Kemudian masuk ke Internet Café untuk online. Sekitar jam 1 pm, saya berjalan kaki ke bus stop yang terletak kira-kira 10 minit dari Khao San Road untuk naik bas menuju ke Sai Tai Mai bus station.

Tak lama menunggu, bas pun sampai. Maaf, saya dah lupa bas nombor berapa kalau tak salah saya ialah bas nombor 14. Saya tau bas ni daripada Mareya, sahabat dari Bangkok yang saya kenal pada malam sebelumnya. Setelah naik dan confirmkan yang bas ini menuju ke Sai Tai Mai dengan kondukter bas, saya pun mencari tempat duduk. Oh ya sebelum berjalan mencari tempat duduk, saya minta kondukter bas untuk beritahu saya kalau dah sampai Sai Tai Mai bus station, kondukter bas hanya menggangguk. Tambang bas dari bus stop ke Sai Tai Mai bus station, kalau tak salah saya cuma 10 atau 20 Bath. 

Setelah perjalanan dengan bas kira-kira 20-30 minit, kondukter bas memanggil saya dan beritahu sudah sampai di Sai Tai Mai bus station. Setelah mengucapkan terima kasih saya pun turun dari bas. Bas ni berhenti betul-betul depan satu bangunan yang kelihatan baru dan kosong. Saya confuse pada mulanya, takkan bas station ni kosong je, tak nampak kelibat bas ekspress pun.

Saya berjalan lagi ke dalam, dan nasib baik terjumpa seorang pakcik di situ. Saya tanya bus station dia pun tunjukkan sebuah bangunan besar betul-betul di sebelah bangunan baru tadi, rupanya perlu berjalan kaki ke bus station. Saya fikir bas tadi akan berhenti betul-betul di depan bus station. Ok, noted.

Saya pun berjalan kaki dan menuju ke bus station yang lebih dikenali dengan nama Sai Tai Mai bus station. Tidak terlalu jauh cuma sekitar 3 atau 4 minit sahaja dari bangunan baru tadi.

Saya fikir Sai Tai Mai bus station ni kecil je, tak sangka boleh tahan besar juga rupanya ala-ala Puduraya. Tanpa membuang masa, saya terus masuk ke dalam bangunan dan mencari kaunter tiket. Kaunter tiket berada di tingkat 2. Terdapat puluhan kaunter tiket di situ dan tak sangka memang ramai sangat orang pada waktu itu. Saya berjalan-jalan dan berlegar-legar untuk mencari kaunter tiket yang tertulis perkataan ‘Hadyai’. 

Sai Tai Mai bus station, tingkat 2
Ada 2 atau 3 sahaja kaunter tiket yang tertulis ‘Hadyai’. Kaunter pertama yang saya tanya, staff menyuruh saya pergi ke kaunter nombor 59 -60. Saya nampak ramai yang beratur di kaunter 59-60, saya terus beratur sama-sama mereka.  Dari papan tanda kaunter tiket 59-60, tertulis tujuan bas ialah ke BKK-Phattalung-Hadyai. Jadi saya fikir, memang betullah ini kaunter tiket bas yang menuju ke Hadyai.

Kaunter tiket
Dengan backpack yang agak berat tersandang di belakang badan, terasa sengal jugalah badan saya dibuatnya. Barisan agak panjang, tapi saya harus bersabar je sehingga berjaya dapatkan tiket ke Hadyai. Kalau tak dapat tiket Hadyai pada petang itu juga, terpaksalah saya tidur di bus station ni. Tak naklah.

Akhirnya, sampai giliran saya membeli tiket, phew.  Saya cakap ‘Hadyai for 1 person?’ tapi dia seperti tak faham, malah dia melayan customer lain. Bengang jugalah, tapi saya terus tunggu di situ. Tak lama kemudian ada seorang staff yang kelihatan lebih senior tanya saya, ‘Where’?. Saya ulang semula ‘Hadyai for 1 person’. Kemudian dia tekan-tekan di kalkulator dan tunjukkan saya harga tiket – 688 Bath iaitu bersamaan RM68.80 dan bas akan bertolak pada jam 5.20 pm. Saya cakap ok, setelah bayar dia serahkan tiket kepada saya. Staff itu menegaskan kepada saya untuk tunggu di plafform bernombor 51-53 di tingkat 1 (ground floor).

Lega rasaya bila dah dapat tiket bas ke Hadyai. Sekarang saya nak cari surau pula untuk solat Jama Takhir, Zuhur – Asar. Di bus station ni, memang saya tak jumpa tanda atau sign surau/musolla jadi saya terpaksa tanya lagi orang di situ. Tapi mujurlah di bus station ni memang ramai muslim kerana kebanyakan mereka  dari selatan Thailand – saya rasa begitu. Setelah tanya beberapa orang, akhirnya saya dapat tahu surau ada di tingkat 2.  Waktu di surau, ada beberapa orang yang bercakap dengan saya dalam bahasa Thailand. Mungkin mereka fikir saya ni Thailand juga. 

Setelah selesai solat dan berehat sebentar di surau saya pergi ke tingkat 3 untuk minum sambil menunggu bas yang bertolak jam 5.20 pm. Saya ada waktu kira-kira setengah jam lagi untuk berehat-rehat sebelum bergerak dan naik bas menuju ke Hadyai. Seperti biasa, Cha-Yen juga yang saya order.

Cha-Yen terakhir..sob

Food court di tingkat 3, Sai Tai Mai bus station
Kemudian kira-kira jam 5.10 pm, saya turun ke tingkat 1 (ground floor) dan mencari platform nombor 51-53. Rupanya bas dah ada, setelah saya tunjukkan tiket bas, pekerja bas menyuruh saya simpan backpack di tempat simpanan bag di tingkat 1. Oh ya, ini ialah bas 2 tingkat. Tempat duduk saya di tingkat 2, seat no 2B. 

Kagum sekejap saya lihat staf/kondukter bas ekpress ni, mereka memakai pakaian seragam seperti pramugari, kemas dan sentiasa cantik. Setelah semua penumpang naik dan diberikan sehelai selimut, sebotol air mineral dan sebungkus snek, akhirnya bas pun bergerak dari Sai Tai Mai menuju ke Hadyai. Perjalanan bas ini memakan masa selama 13 jam – dan ini masanya untuk tidur, tidur dan tidur.

Sepanjang perjalanan bas tak banyak berhenti. Cuma ada sekali berhenti pada jam 12 am di satu tempat rehat (seperti R&R), dan saya sempat solat Jama Takhir Maghrib – Isyak. Oh ya, sebelum bas ini bergerak dari Sai Tai Mai siangnya tadi, ada seorang staf yang memberikan sehelai nota kecil yang tertulis no plat bas. Rupanya ada gunanya buat foreigner seperti saya. Selepas solat saya naik naik bas semula, tapi rupanya terdapat banyak sekali bas yang serupa dengan bas yang saya naik tadi. No plat mereka juga tertulis dengan bahasa Thailand. Cuak jugalah saya pada mulanya nak mencari, tapi nasib baik saya teringat nota kecil yang tertulis no plat bas tadi masih ada di kocek seluar saya, jadi saya tanya orang di situ sambil menunjukkan nota kecil tadi. Ada seorang pakcik yang menolong saya mencari bas, thanks sangat kat pakcik tu.

5 Mei 2012

Setelah itu, bas meneruskan perjalanan sampailah di bus station Hadyai kira-kira pada jam 6.30 am. Saya ambil kesempatan untuk mandi di bus station. Kemudian, baru saya keluar dan mencari tiket bas untuk ke Kuala Lumpur. Pada mulanya saya mencari di kaunter tiket, tapi seperti tak ada tiket bas ke KL. Saya jalan keluar sedikit dari terminal bas, dan ternampak kedai travel agen. Terus saya tanya berapa harga tiket bas ekpres ke KL. Staf kedai tu beritahu saya harga tiket ialah 500 Bath iaitu bersamaan RM50, yang akan bergerak pada jam 9.00 am. Oleh kerana sudah agak letih untuk mencari-cari di kedai travel agen lain saya terus setuju untuk membeli tiket bas Hadyai – KL di situ. 

Sementara menunggu, saya sempat meminta izin pekerja kedai untuk charge bateri telefon saya, nasib baik dia izinkan. Saya juga tinggalkan backpack saya di dalam kedai travel agen dan kerana hendak keluar bersarapan pagi. Tak jauh dari kedai travel agen, saya ternampak beberapa gerai muslim. Saya duduk di situ dan order apa yang ada di jual di situ. Saya order bubur ayam dan Cha-Yen (lagi!) hehe.

Sarapan pagi di Hadyai
Sewaktu bersarapan, tiba-tiba saya di sapa oleh seorang lelaki di situ dan akhirnya kami berborak panjang. Rupanya dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik, dan pernah belajar di satu kolej swasta di KL mengambil jurusan Art/Photography. Sekarang dia ialah seorang full-time photographer.

Setelah jam menunjukkan jam 8.30 am saya meminta diri untuk balik semula ke kedai travel agen tadi. Sampai di kedai travel agen, saya menunggu lagi di situ. Sementara menunggu, terdapat seorang lelaki yang menyapa saya, dan rupanya dia juga dari Malaysia. Dia dari Bangkok atas urusan kerja. Kami berborak sekejap sebelum saya di beritahu oleh pekerja kedai travel agen untuk naik motor ke tempat bas. 

Saya mengikut naik motor dan sampai di kedai travel agen lain. Sampai di kedai travel agen (kedua) saya dapat satu lagi tiket bas, dan mujur tak lama lepas tu bas pun sampai betul-betul di depan kedai travel agen (kedua). 

Bas kelihatan baru dan agak mewah.  Penumpang juga tak ramai. Tak lama selepas kondukter bas periksa tiket setiap penumpang, akhirnya bas pun memulakan perjalanan ke KL. 

Dan setelah perjalanan selama 14 hari sejauh 2500 KM melalui jalan darat merentasi 3 negara, akhirnya saya selamat sampai di KL pada jam 7 pm. Alhamdulilah semuanya selamat dan pengalaman backpacking ini takkan saya lupakan sampai bila-bila  :)

TAMAT

13 comments:

  1. dasyhat! haha... I remember the time i did mine but i sumpah cheapskate. Naik train hardseater 445 baht bangkok-hadyai pastu if next time, naik kosortium murah,depan mcd lee garden. Baru 400 baht to KL.. but experience lah kan naik bus from bkk?hihi... usually untuk bus, murah naik dgn travel agent. ( that is what i learned lah, BKK-Surat Thani-Hadyai-KL dalam 1100 Baht camtu) :D

    Seronok baca! :D keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeap, mulanya i plan nak naik train BKK-Hadyai, tapi semua seat full bila i check kat Hualampong train station. terpaksa amik plan B, which is by bus ekspress je. oh ya, i ada dengar jugak konsortium bas depan lee garden tu murah sikit, tapi oleh kerana dah penat dan letih sangat (almaklumlah penghujung trip) sambar je mana yang senang, hhaha.. but sure if next time i pergi area situ lagi will take konsortium bas :D

      Delete
    2. Kannnn...orang thai kuat jalan lah...i nak balik msia direct from bkk tapi full 4 days! T_T time tu dah nak nanges dah..haha ye lah first-timer pastu takda back up plan n credit card semua and nobody knew i went backpacking..hihi.. naik train sampai hadyai lah..

      Delete
    3. hhehehe..itulaa mungkin orang Thai ni memang kuat jalan. kalau nak naik train dorang memang kene booking awal-awal! :D



      Delete
  2. aku tak cuba lagi naik bas sbb lebih suka naik train. kalau naik bas aku teringin nak cuba sleeper bus mcm kat vietnam tu. mcm unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap samalah actually lebih suka naik train dari bas. aah sleeper bus kat vietnam macam menarik...ada gak kawan aku baru balik dari sana naik sleeper bus masa kat vietnam..harus di coba nanti!

      Delete
  3. akhirnya... selamat dah sampai Malaya

    btw, agak2 berapa budget kasar 14 hari overland tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza, akhirnya.. happy tapi sedih sebab trip dah habis :'(

      budget saya tuk trip ni, sekitar RM1200 all-in-include termasuk flight tiket ke Ho Chi Minh :)

      Delete
    2. Wah, seronok sgt bc travellog ni.

      Delete
    3. Hehe...thanks kak Amnah :')

      Delete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  5. Nice trip..dlm satu mlm sy berjaya katam baca story awak merentas 3 negara ni, teringin sangat nak buat...

    ReplyDelete
  6. Salam ET... sukanye dpt baca blog awak. Sy ingat nk wat overland trip jugak ni. Tgh gigih kumpul info. Tp nk tanya la... rate tour dengan tuk tuk melawat sekitar Ho Chi Min (yg u gi nite tour kat Notre dam bagai)... Kalau 2 orang kena darab dua la kan? Or patutnye lebih murah?

    ReplyDelete