Sunday, November 25, 2012

West Sumatera Part II - Perjalanan dari Port Klang - Dumai - Payakumbuh yang mencemaskan

10 Nov 2012

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Saya, Adam dan Nurul telah sepakat pada hari sebelumnya untuk berjumpa di KL Sentral pada jam 7 - 7.30 am, kerana kami akan menaiki KTM untuk terus ke Port Klang. Oh ya, untuk pengetahuan kami akan menaiki feri dari Pelabuhan Port Klang untuk ke negara seberang iaitu Pelabuhan Dumai di Riau.

Info lengkap mengenai tiket feri Port Klang ke Dumai boleh baca di sini.

Saya seperti biasa dihantar adik ke KL Sentral, manakala Adam dan Nurul datang dengan ERL kerana mereka berdua masing-masing daripada Putrajaya dan Bangi. Sampai sahaja di KL Sentral saya terus membeli tiket KTM yang menuju ke Port Klang untuk 3 orang yang berharga RM4.30/seorang. Tak lama kemudian Adam dan Nurul pun sampai di depan McDonald iaitu tempat kami janji untuk berjumpa.Tanpa berlengah kami bertiga terus masuk ke tempat berangkat keretapi KTM.

Waktu KTM berangkat mengikut jadual adalah pada jam 8.05 am. Kami cuma menunggu beberapa minit sebelum gerabak KTM sampai dan terus memulakan perjalanan ke stesen Port Klang.

Perjalanan dari KL Sentral ke Port Klang mengambil masa selama kira-kira 1 jam. Sekitar jam 9.15 am kami sampai di stesen Port Klang. Tak susah untuk mencari International Port Klang yang terletak kira-kira 300 meter dari stesen KTM. Keluar daripada stesen KTM, jalan sedikit dan belok ke kanan. Kalau belok ke kiri, akan jumpa pelabuhan feri domestik yang menuju ke Pulau Ketam.

Sampai sahaja di perkarangan International Port Klang, kami sedikit terkejut kerana tak menyangka begitu ramai orang yang sedang beratur di balai perlepasan. Kebanyakan penumpang feri adalah warga Indonesia dan masing-masing kelihatan membawa banyak barangan berkotak dan berbeg-beg. Kami terus masuk ke dalam bangunan dan mencari papan tanda untuk ke kaunter tiket. Kaunter tiket berada di tingkat 2.

Di kaunter Indomal Express
Untuk pengetahuan, beberapa hari sebelum berangkat Adam telah booking tiket feri kami bertiga dengan menelefon seorang pekerja Indomal Express, iaitu syarikat feri yang menghubungkan Malaysia-Indonesia. Sampai di tingkat 2, kami terus mencari kaunter tiket Indomal Express. Setelah bercakap dengan pekerja Indomal di kaunter dan mengesahkan booking, kami diminta untuk membayar duit tiket feri pergi dan balik sebanyak RM170 bersama duit tax RM20. Kami juga diminta untuk menyerahkan passport masing-masing bagi urusan imigresen. Kami menunggu di depan kaunter tiket kira-kira 15 minit sebelum mereka menyerahkan tiket feri bersama passport kami semula.

Tiket feri Port Klang - Dumai
Balai perlepasan terletak di tingkat 1. Sebelum masuk ke balai perlepasan, kami sempat ke kedai runcit yang terletak di dalam bangunan untuk membeli air mineral dan nescafe - sebagai sarapan pagi saya.

Setelah itu kami bersama-sama penumpang feri yang lain beratur untuk menunggu giliran masuk ke kaunter imegresen. Ya, barisan memang panjang sampai ke luar bangunan dan agak tak teratur berikutan terlalu ramai orang pada waktu itu. Tak lama kami beratur di situ, terdapat seorang pegawai imegresen yang menjerit "passport merah, pasport merah". Kami perasan pegawai itu seperti mencari-mencari pemegang passport merah iaitu warganegara Malaysia.

Kami terus menunjukkan passport merah kepada pegawai tersebut dan dia menyuruh kami mengikut dia masuk ke dalam bangunan. Kami terus di suruh beratur di barisan paling hadapan sekali tanpa perlu beratur. Memang warganegara Malaysia mendapat layanan VVIP di International Port Klang ini.

Selesai urusan imegresen, kami bertiga berjalan menuju ke feri yang terletak kira-kira 200 meter dari bangunan International Port Klang. Sampai di feri, kami disuruh untuk membayar RM5 setiap seorang untuk bayaran simpanan backpack kami masing-masing. Setelah beg kami di beri pelekat kecil dan di tanda dengan nama masing-masing, kami disuruh masuk ke dalam perut feri.

Kami masuk dan terus mencari-cari tempat duduk. Kami perhatikan semuanya duduk secara bebas, tidak mengikut nombor tempat duduk yang ditetapkan. Kerusi sebaris ada yang 3 tempat duduk, dan ada juga 4 tempat duduk. Kami memilih untuk duduk di kerusi 3 tempat duduk bersesuaianlah dengan kami yang cuma bertiga :)

Perjalanan dengan feri dari Port Klang ke Dumai mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Makanan dan minuman berupa nasi goreng dan air mineral juga disediakan untuk para penumpang secara percuma. Sepanjang perjalanan kami banyak berborak, menonton movie (ya, terdapat televisyen dalam feri) dan waktu selebihnya tidur! Hehe.

Oh ya, saya dan Nurul sempat juga membeli simcard Telkomsel berharga RM 8 yang dijual oleh penjaja dalam feri. Untuk peringatan, simcard yang dijual dalam feri adalah mahal jadi lebih baik kalau beli di Indonesia, jauh lebih murah sebenarnya.

Selain simcard, ada juga yang menawarkan untuk menukar duit Rupiah - seolah-olah money changer bergerak. Yang tak boleh lupa cara dia menarik perhatian orang ramai dengan berulang-ulang kali bercakap "balik kampuang jumpa mataair, mau tukar duit?", ha lebih kurang macam tu lah kalau saya tak salah.

Setelah 3 jam 30 minit feri yang kami naiki meredah samudera (ayat novel sikit ye) iaitu sekitar jam 2.30 petang, akhirnya feri berlabuh di Pelabuhan Dumai, Riau. Oh ya, beberapa minit sebelum sampai di Pelabuhan Dumai, Adam ada keluar ke tandas dan rupanya dia telah mengambil backpack kami siap-siap dari tempat simpanan beg. Bila kami keluar dari perut feri, backpack kami dah ada dengan Adam.

Tanpa berlengah kami terus menyandang backpack masing-masing dan masuk ke bangunan imegresen Dumai untuk urusan kastam. Kami ikut beratur untuk cop passport - dan sementara itu kami sempat berbincang sesama kami untuk mengambil angkot sahaja nanti untuk ke terminal bas. Dari dalam bangunan kami boleh nampak deretan angkot (kami dah target untuk naik angkot berwarna hijau) dan ramai sangat agent-agent travel yang bersedia untuk merebut pelanggan.

Tak lama kemudian urusan masuk ke negara Indonesia selesai. Cuma Adam telah diperiksa dengan agak teliti oleh seorang pegawai imegresen di situ, termasuk memeriksa kocek seluar dan apa yang ada dalam buffnya. Selain daripada itu, semuanya ok.

Bila kami keluar sahaja daripada bangunan imigresen, kami telah diserbu oleh berpuluh-puluh travel agent di situ. Semuanya bertanya kami hendak ke mana, dan mereka cakap siap untuk menghantar - tapi nadanya ada sedikit memaksa. Kami sedaya updaya untuk mengelak dari travel agent sehinggakan tanpa kami sedari dah jalan jauh dari deretan angkot tadi. Kami teruskan jalan dan cuba tak endahkan mereka.

Oleh kerana kami juga buntu bagaimana hendak ke terminal bas dari situ, dan ada travel agent yang masih tak putus asa untuk membawa kami ke terminal bas (katanya), akhirnya dengan berat hati kami pun setuju untuk mengikutnya. Kami disuruh naik van, dan mereka cakap akan ke officenya terlebih dahulu sebelum ke terminal bas. Kami juga ada tanya berapa harga service mereka ini, tapi mereka tak menjawab soalan kami.

Setelah kira-kira 1 km perjalanan dari pelabuhan, kami diberhentikan di office. Kami masih agak blur dengan situasinya sekarang. Kami masih bertegas dengan travel agent tadi untuk ke terminal bas. Kebetulan kami ternampak angkot yang lalu lalang di depan office travel agent ini, jadi kami ambil keputusan untuk naik angkot dari situ sahaja untuk ke terminal bas.

Bila kami hendak naik angkot, travel aget tadi menahan kami dan meminta kami membayar 50,000 Rp. dulu kepada dia. Kami agak terkejut kerana dia meminta jumlah yang agak besar - 1 km = 50,000 Rp.??

Adam cuba untuk memujuk lelaki itu dan akhirnya berjaya menawar sehingga 20,000 Rp. sahaja. Selepas itu kami menaiki angkot untuk ke terminal bas.

Dari office itu untuk ke terminal bas adalah sejauh 5/6 km dan bayaran angkot cuma 2,000 Rp./seorang. Tapi kami tak diberhentikan di terminal bas, sebaliknya kami diberhentikan di satu lagi office travel agent. Menurut pakcik yang membawa angkot itu, travel agent Yanti Groups adalah yang paling murah antara travel agent yang lain.

Antara jalan di Dumai
Sampai di office Yanti Group kami terus bertanya tentang tiket bas ke Payakumbuh. Menurut pekerja yang ada di situ, bas ke Payakumbuh cuma bertolak jam 5 pm dan 7 pm. Setelah berbincang, kami memilih untuk naik bas yang bertolak pada jam 5 pm, tiket berharga 80,000 Rp. dan dijangkakan akan sampai di Payakumbuh sekitar jam 4 am. Bas akan datang ke office Yanti Group untuk mengambil penumpang pada jam 5 pm nanti.

Yanti Group - travel agent di Dumai
Jadi kami ada 2 jam lagi sebelum berangkat ke Payakumbuh. Saya sempat mengecas telefon dan sms Dbond iaitu teman baru dari Payakumbuh yang akan ambil kami setibanya di Payakumbuh awal subuh nanti.

Kami juga sempat makan di kedai sebelah office Yanti Group sementara menunggu bas sampai.

Akhirnya pada jam 5 pm, bas pun sampai. Oleh kerana bas yang tak penuh, kami duduk sendiri-sendiri di tempat duduk 2-orang.

Pada permulaan perjalanan, pemandu bas telah memasang lagu dangdut yang rancak dengan kuat sekali. Rasa teruja jugalah dibuatnya, sebab terasa betul-betul sedang berada di Pulau Sumatera :)

Bas berhenti rehat selama 1 jam di pekan kecil Duri pada jam 7.30 pm. Saya sempat menambah pulsa (topup) simcard Telkomsel yang saya beli di dalam feri tadi. Saya menambah pulsa 20,000 Rp. dengan bayaran sebanyak 23,000 Rp.

Setelah 1 jam berehat, bas meneruskan perjalanan lagi.

Perjalanan bas pada waktu malam agak menyeramkan pada saya kerana hujan yang lebat ditambah pula dengan keadaan jalan yang berliku-liku dan ada beberapa tempat sedang dalam penambah-baikan jalan.

Kami bertiga yang memang dah penat kerana seharian di jalan, terus tertidur. Kadang-kadang kami bertiga tersedar dan bangun, berborak, makan biskut Tiger kerana lapar kemudian sambung tidur lagi.

Sekitar jam 1 am, saya yang sedang tidur tiba-tiba terjaga kerana perasan bas telah berhenti di tepi jalan, kemudian terdengar teriakan yang sangat kuat dari beberapa orang lelaki di luar bas. Dari pemerhatian saya yang mamai kerana baru bangun dari tidur, lelaki yang menjerit-jerit itu ingin masuk ke dalam bas - dan merompak bas kami. Iya, memang seram waktu itu. Kerana mereka rami juga adalah dalam 7 hingga 8 orang dan ada juga yang membawa senjata seperti cangkul.

Saya boleh dengar pemandu bas banyak kali seperti merayu dan bercakap dengan lembut. Dia sedikit pun tak melawan mungkin dengan harapan bas kami dilepaskan dengan selamat. Akhirnya setelah 10-15 minit keadaan tersebut berlanjutan, alhamdulilah akhirnya bas kami dilepaskan oleh lelaki-lelaki tadi.

Tanpa berfikir banyak...saya menyambung tidur lagi ~

Bas ada berhenti lagi pada jam 3.30 am (kalau tak salah) untuk berehat. Saya sempat mengisi air kosong di kedai makan di situ, dan ianya percuma :)

Saya ada sms Dbond dan memberitahu lokasi kami dari masa ke semasa. Kami akan diberhentikan di persimpangan Harau, kerana rancangannya ialah Dbond akan membawa kami jalan-jalan di sekitar Harau nanti.

Pada jam 5 am, pemandu bas berhenti di satu kedai makan dan memberitahu kami sekarang sudah sampai di persimpangan Harau. Kami turun dari bas dan mengambil backpack masing-masing di tempat simpanan bag. Tapi malangnya, bag kami habis basah kerana hujan malam tadi.

Di kedai makan itu kami mengambil kesempatan untuk membersihkan diri dan lain-lain. Sementara menunggu Dbond, kami sempat bersarapan dan minum pagi. Bila Dbond sampai, kami sempat lagi berborak sambil  berehat-rehat sebelum memulakan explorasi di Sumatera Barat ini.

Catatan perjalanan untuk hari pertama yang agak panjang. Jumpa lagi di entry seterusnya tentang keindahan Harau dan pengalaman di Payakumbuh :)

#Credit to Nurul for the pictures

17 comments:

  1. simcard Telkomsel berharga RM 8, mahal ...

    kalau pasaraya cuma Rp 5000,

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu iya mahal ~ lain kali sy akan beli di sana aja :)

      Delete
  2. gerunnya siap nak kena rompak lagi...tapi syukur korang semua selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..syukur semuanya selamat =))

      Delete
  3. Hai :) Saya memang minat travel secara backpacking ni. Banyak sangat dah buat itinerary sendiri. Cuma peluang untuk travel tu belum ada.

    Saya nak tanya pendapat Kak ET sebagai solo traveler perempuan. Antara overland trip Phnom Penh-SiemRiep-Bangkok dengan Singapore , mana yang lagi ok untuk first timer macam saya. Saya dah lama teringin nak tengok culture dekat indochina. tapi keberanian tu kurang ada. Overall akak rasa ok tak sana, untuk pegi sorang diri bagi first timer nak backpack ke luar negara.

    TQ ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syira :)

      Kita chat di FB aja ya.. thanks for add by the way :)

      Delete
    2. Hi,blh kita join sekali kalau minat sms 0173420352 min

      Delete
  4. et..et.. cepat la update
    tak sabar nak baca ni :) tak dapat dengar gosip waktu lunch..
    baca kat sini pun jadi la.. lagi best, lagi detail hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. diann hehehe ^^

      dah sambung dah 1 entry, thanks sbb sudi baca kat sini (cewahhhh) :P

      Delete
  5. bapak gerun travel kat indonesia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah...but the experience tu yang mahal :)

      alhamdulilah semuanya selamat. just a reminder to all lah kalau nak travel malam better tanya dulu samada route tu safe or not.

      Delete
  6. okay...part nak kena rompak tu gerun seh..perghhh... tapi pengalaman kann..erm... dari aritu nak buat route ni tapi takda orang pernah tulis...so Et buat! yay! senang boleh ikut..hahha mode: malas research..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha malas research yeee :P

      Yeap, part tu gerun sikit. Tapi alhamdulilah semuanya ok :)

      Akan ku sambung entry ini soon! Tungguu ~ :D

      Delete
  7. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at I AM GORGEOUS

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  9. saya dah puiuh kali gi indon x pernah kena rompak pun kesian org indon

    ReplyDelete