Saturday, May 23, 2015

Post Travel Blues

Assalamualaikum

Dulu saya pernah berpendapat berhenti kerja dan travel ke negara-negara bergolak dalam satu tempoh masa yang panjang  adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Tapi saya sedar sekarang, sebetulnya menghadapi post-travel-blues adalah yang paling sukar sekali.

Setelah 6 bulan saya mengembara ke ceruk-ceruk kawasan pedalaman di India, Pakistan, Afghanistan etc. akhirnya kembali pulang ke tanahair kerana mendapat berita kemalangan jalanraya, adik dan abah saya cedera teruk. Adik saya dimasukkan di dalam ICU.

Hanya tuhan yang tahu perasaan saya waktu itu yang sedang berada beribu-ribu batu jauhnya daripada mereka. Waktu itu saya berada di Istanbul, Turki.

Saya pulang ke Malaysia dengan hati yang luluh. Saya menangis. Terasa terlampau berat dugaan waktu itu. Saya terpaksa mengakhiri perjalanan yang mengubah diri saya secara total setelah melalui pelbagai pengalaman hidup yang tidak mungkin saya boleh terangkan di sini satu persatu. Hanya 6 bulan tetapi saya rasakan seperti melalui perjalanan yang panjang seolah beberapa kelahiran tanpa henti. Terlampau sarat dengan pengalaman yang membuat sesak di dada.

Saya bersyukur, kerana saya tahu tak ramai yang mempunyai peluang seperti ini. Saya tahu pasti ada hikmahnya kenapa Allah memberi saya peluang sebegini. Pasti ada sebabnya. Sedikit demi sedikit saya mula faham tapi ianya terlampau peribadi untuk dikongsikan di sini. Biarlah hanya saya dia Dia sahaja yang tahu.

Kembali ke tanahair yang pada mulanya saya rasa amat teringin sekali, tapi anehnya semunya bertukar hambar. Saya teringat pertama kali saya ke Kuala Lumpur selepas pulang dari trip, saya rasakan semuanya janggal. Semuanya kelihatan sibuk. Sibuk terikat dengan sistem kapitalis. Bahagiakah hidup sebegitu? Tahukah mereka tanpa wang yang banyak manusia juga boleh merasa bahagia, hidup penuh senyuman ikhlas dari hati, lebih menikmati hidup dengan apa adanya, ah saya rindukan semua itu yang nampaknya mustahil untuk saya lihat di Kuala Lumpur!

Terlampau banyak persoalan yang timbul di kepala saya. Melihat orang ramai bersesak, melihat bangunan tinggi, melihat pekerja asing bertungkus lumus bekerja di tapak pembinaan bangunan, semuanya menimbulkan persoalan. Sehingga sampai satu tahap saya cuba berkata kepada diri sendiri, "cukuplah persoalkan semuanya, kepala kamu sesekali perlukan rehat".

Saya masih cuba membiasaka diri dengan persekitaran yang dahulunya pernah menjadi tempat yang saya panggil 'home'. Saya mengalami 'reverse culture shock'. Saya tidak bersedia lagi untuk berjumpa dengan rakan-rakan rapat, saya berasa amat janggal dengan semua yang pernah menjadi penting dalam hidup saya. Mungkin ada yang membaca sekarang agak keliru dengan apa yang cuba sampaikan, saya teramat faham kerana saya juga masih bekerja keras memahami apa yang terjadi dalam diri saya ini.

Setelah hampir 3 bulan saya melalui fasa hidup yang sukar begini dan membantu adik dan abah saya sembuh, akhirnya saya sedikit lega. Tapi sebulan lepas itu, ibu saya yang menghidap kanser sejak 6 tahun lepas meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya.

Satu lagi dugaan yang amat berat untuk saya dan keluarga. Saya terdiam dan hampir menjadi kaku dek kerana ujian yang tidak pernah putus semenjak saya pulang dari trip.

Kini setelah sebulan sejak pemergian ibu, saya cuba menjadi lebih rasional. Saya mula sibukkan diri dengan berjumpa dengan rakan-rakan lama, kadang memenuhi undangan untuk memberi syarahan tentang travel, berjumpa dan berbincang dengan pengeluar buku (kerana saya bercadang untuk mengeluarkan sebuah buku mengenai travel), berjumpa wartawan untuk share kisah travel dan sebagainya. Iya, walaupun saya belum kembali bekerja 9-5 seperti dulu tapi saya agak sibuk dengan 1001 urusan. Saya juga sejujurnya belum bersedia untuk kembali ke alam cubicle yang mana saya faham saya tak akan boleh bertahan lama di dalamnya. Saya masih berfikir dan belum memutuskan apa-apa tapi yang pastinya saya akan sentiasa buat sesuatu agar tidak begitu terkesan dengan sindrom post-travel-blues yang memang tidak ada ubatnya. Dalam masa yang sama, saya selalu terdengar suara halus di kepala yang menyuruh saya lihat semula peta, lihat semula SkyScanner dan sebagainya.

Post-travel-blues sesungguhnya adalah sesuatu yang amat berat. Saya sendiri tidak menjangkakan ianya seberat ini. Mungkin jika saya ceritakan pada keluarga atau teman mereka tidak akan faham. Saya tidak salahkan mereka, kerana hanya saya yang melalui perjalanan itu, saya yang berubah bukannya mereka. Saya yang harus berusaha kuat untuk menyesuaikan diri sendiri di tempat yang pernah saya panggil sebagai 'home'.

Sekarang saya rasa 'homesick' dengan semua tempat di luar sana. Saya akan kembali, inshaaAllah.

24 comments:

  1. Assalamualaikum kak :) saya Mieza, ada follow kakak di Instagram, patutlah dah lama tak nampak update tentang current travel. I'm sorry to hear your loss and I hope your dad + adik will have a speedy recovery. May I request for a post? Kalau boleh nak dapat input from you tentang preparation (mentally and physically) kalau nak mulakan langkah sebagai traveller as what you already did. sebagai seorang wanita Muslim, kembara solo. Sebab saya ada cita-cita yang sama, cuma masih kabur bagaimana nak mula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum wanita bermusafir tanpa mahram adalah antara soalan yang kerap diajukan kepada para asatizah. Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW:

      Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).

      Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda:

      “لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرًا يكون ثلاثة أيام فصاعدًا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منه

      Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

      Delete
  2. WOW......anda hebat.....sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. takziah diatas pemergian ibu tercinta, dan semoga ayah dan adik cpt sembuh. in sha Allah, bila semua dah stabil, mengembara lah semula.

    ReplyDelete
  4. “I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on the earth, then I ask myself the same question.”
    ― Harun Yahya

    ReplyDelete
  5. Hanya Allah sahaja yang tahu....semoga ET sukses dan saya akan tunggu kehadiran buku ET di pasaran...EnshaaAllah

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Takziah di atas kepemergian ibu tercinta. Post travel sentiasa sukar..

    ReplyDelete
  8. Lu memang gila. Tapi gua respek sama lu. Jaga diri okay.

    ReplyDelete
  9. Lokasi seterusnya.? Apa pun akak tunggu awak belanja akak kopi sedap...

    ReplyDelete
  10. Salam ET. boleh bgtau mane nak beli buku awak?Thanks

    ReplyDelete
  11. Kembara yang menarik....tapi lebih sukar dan lebih menarik kembara dalam diri sendiri

    ReplyDelete
  12. Baru lepas tengok TV9... Follow sini...

    ReplyDelete
  13. Salam Et, saya terinspirasi untuk kenal awak lebih bila tengok awk di TV9, terus saya search hingga jumpa blog ini. Harap dapat keep in touch supaya saya dapat serap sedikit pun jadi lar pengalaman, dan kekuatan awk.

    Saya suka untuk mengembara dengan melihat dunia selain dari yang di paparkan depan mata kita. Dunia yang awk lihat selama enam bulan dan mungkin akan tengok lebih lagi.

    ReplyDelete
  14. SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
    DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI KANJENG Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat KI KANJENG..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI KANJENG…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI KANJENG DI 085-320-279-333.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
    2.UANG GAIB
    3.JUAL TUYUL MEMEK
    4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

    …=>AKI KANJENG<=…
    >>>085-320-279-333<<<





    SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
    DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI KANJENG Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat KI KANJENG..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI KANJENG…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI KANJENG DI 085-320-279-333.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
    2.UANG GAIB
    3.JUAL TUYUL MEMEK
    4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

    …=>AKI KANJENG<=…
    >>>085-320-279-333<<<





    SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
    DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI KANJENG Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat KI KANJENG..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI KANJENG…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI KANJENG DI 085-320-279-333.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
    2.UANG GAIB
    3.JUAL TUYUL MEMEK
    4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

    …=>AKI KANJENG<=…
    >>>085-320-279-333<<<

    ReplyDelete
  15. selepas baca blog et ni baru berani nak buat solo backpackers trip hujung tahun lepas di thailand dan laos melalui jalan darat...byk info diperoleh dari sini...thanks et...tgh prepare 2nd trip plak..

    ReplyDelete
  16. I like your comment bro. Seems we have strong adventurous mind.

    ReplyDelete
  17. ET.. Awak kuat giler... huhuhuhu masih belum ada kekuatan seperti awak... Tapi.. awak dah mula membuatkan saya rasa nak keluar mengembara.... Thanks atas segala perkongsian...

    ReplyDelete
  18. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete
  19. Saya dah baca habis semua travellog saudari, mmg mengujakan & saya hormat pendirian bhenti utk menulis buat seketika,

    Apa2 pun yg melanda adalah ujian Allah s.w.t kpd kita bg menguji sejauh mana keimanan kita, bersabarlah ada sinar disebaliknya (Allah turun hujan yang lebat, lalu disinarkan sedikit matahari untuk dijadikan pelangi yang indah)

    ReplyDelete