22 June 2013
Walaupun semalaman saya tidur di bilik hotel tanpa elektrik dan hanya ditemani cahaya lilin sampai pagi, saya tetap dapat tidur dengan nyenyak. Sehinggalah dikejutkan oleh bunyi loceng dari jam tangan Casio saya yang menunjukkan telah masuk waktu Subuh. Selesai menjalankan kewajipan kepada-Nya, saya sambung tarik selimut semula hehe.
Kira-kira jam 8 am saya bersiap dan mengemas backpack kerana pagi ini akan meneruskan perjalanan ke Karimabad.
Kira-kira jam 9 am, saya ke restoren hotel untuk bersarapan pagi seperti biasa. Masuk restoren sahaja saya sudah nampak Zahir sedang duduk dan minum sendirian di situ. Dia panggil untuk bersarapan sekali dengan dia.
Saya order Paratha dan Chai, menu sarapan pagi yang sama seperti semalam. Sementara menunggu order saya sampai, kami berborak dan Zahir sempat memberi beberapa kad nama tempat penginapan yang sesuai untuk saya di Karimabad. Zahir juga ada membuat beberapa panggilan telefon untuk memastikan masih ada bilik yang kosong.
Bila pekerja restoren menghantar makanan dimeja, saya lihat ia bukanlah Paratha tetapi sesuatu yang lain, saya pasti ia bukan Paratha. Melihat saya yang agak keliru, Zahir beritahu itu adalah Hunza Bread iaitu makanan yang saya order semalam. Tapi semalam saya tak dapat kerana mereka tidak menyediakan Hunza Bread. Pagi ini saya order Paratha tapi mereka menghantar Hunza Bread.
Saya sedikit terkejut dengan cara mereka melayan tetamu, sangat mengambil berat dengan kehendak tetamu mereka. Saya kurang pasti bagaimana mereka menyediakan Hunza Bread pagi itu kerana setahu saya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat roti mereka perlu ke tempat lain dan agak susah. Hmm.
Jadi pagi itu saya dapat menikmati Hunza Bread iaitu salah satu makanan khas di Hunza Valley dengan Chai semestinya :)
Oh ya, sim card Zong yang saya beli semalam masih belum dapat diaktifkan lagi walaupun saya sudah beberapa kali menelefon service center Zong. Zahir beritahu kami akan singgah di kedai telefon untuk minta bantuan daripada pekerja kedai telefon.
Setelah selesai sarapan pagi kami beransur daripada restoren dan saya mengambil backpack di bilik. Saya pergi ke lobi dan berjumpa dengan Zahir untuk menyerahkan kunci dan check-out. Saya tanya berapa jumlah semuanya termasuk makan dan minum di restoren tapi dia tak menjawab dan terus mengangkat backpack saya untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Sewaktu nak masuk ke dalam kereta, ada sebuah jeep datang menghampiri kereta. Dia bercakap dengan Zahir dalam bahasa Urdu kemudian bercakap dengan saya. Seorang lelaki Pakistan bertanya kalau saya kenal Mr. Altaf dan Dr. Azhar dan samada saya akan menuju ke Gilgit nanti. Saya cakap iya saya kenal mereka dan akan menuju ke Gilgit nanti selepas Karimabad.
Dia meminta saya menyerahkan sesuatu dalam bungkusan kecil kepada Mr. Altaf. Saya juga memang fikir hendak menginap di guesthouse milik Mr. Altaf nanti bila berada di Gilgit. Tanpa berfikir panjang saya terus setuju untuk membawa bungkusan tersebut untuk diserahkan kepada Mr. Altaf nanti di Gilgit, walaupun saya belum tahu bila dan berapa hari lagi baru sampai di Gilgit.
Saya sedikit pun tidak menyimpan syak apa-apa, samada bungkusan kecil yang saya bawa itu nanti adalah benda yang merbahaya (contohnya dadah atau apa-apa), mungkin ini sesuatu yang harus saya ambil perhatian sewaktu travelling lagi pada masa hadapan - peringatan kepada diri sendiri.
Saya terus menyimpan bungkusan kecil tersebut dalam backpack saya dan tanpa berlengah kami terus masuk ke dalam kereta. Zahir meminta pemandu kereta untuk berhenti di kedai telefon tempat kami beli sim card semalam.
Sampai di kedai telefon, Zahir bercakap dengan pekerja kedai dan meminta telefon saya untuk diperiksa. Mungkin untuk mengaktifkan sim card, perlu menambah beberapa ratus rupees lagi dan Zahir terus membayar beberapa keping ratus rupees kepada pekerja kedai. Dalam masa beberapa minit, sim card saya telah berjaya diaktifkan.
Daripada kedai telefon kami meneruskan lagi perjalanan ke hujung kampung iaitu tempat untuk menaiki bot merentasi Attabad Lake untuk ke Karimabad. Memang itulah satu-satunya cara untuk pergi ke Karimabad, dengan menyeberangi Attabad Lake.
Perjalanan dari hotel ke tempat menaiki bot tidaklah jauh, sekitar 10-15 minit sahaja dengan menaiki kereta.
Sampai di tempat menaiki bot, saya lihat ramai penduduk tempatan yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Ramai yang membawa barangan keperluan yang mereka beli daripada Aliabad/Karimabad. Bot adalah cara pengangkutan utama untuk penduduk di kampung Gulmit selepas Karakoram Highway (KKH) di tenggelami banjir besar pada tahun 2010.
Turun daripada kereta, Zahir terus mengangkat backpack saya untuk dimasukkan ke dalam bot. Zahir ada bercakap sesuatu kepada orang yang membawa bot dalam bahasa Urdu dan orang yang membawa bot menyambut backpack saya yang agak berat itu dan diletakkan di dalam bot. Sebelum saya masuk ke dalam bot, saya bertanya lagi kepada Zahir berapa jumlah yang harus saya bayar kepada dia secara keseluruhannya - penginapan di hotel selama 3 hari 2 malam, makan minum sepanjang menginap di hotel dan juga harga topup simcard Zong.
Dia dengan tersenyum cuma berkata 'it's ok, you are my guest here'. Saya terpinga-pinga sekejap.
Dalam masa yang sama saya sudah disuruh untuk masuk ke dalam bot dengan segera kerana bot telah hampir penuh waktu itu. Saya cuma mampu berterima kasih kepada Zahir dalam keadaan seperti tidak percaya lagi. Keadaan hiruk pikuk di situ membuatkan semuanya berjalan dengan pantas, tau-tau sahaja bot telah bergerak dan meninggalkan Gulmit. Dari dalam bot saya dapat lihat kereta yang dinaiki Zahir meninggalkan kawasan bot. Susah untuk saya jelaskan bagaimana perasaan saya waktu itu, yang pastinya saya masih tidak percaya masih ada orang yang terlalu baik di dunia ini. #Terharu
Perjalanan dengan bot mengambil masa kira-kira 1 jam setengah sehingga 2 jam, bergantung kepada cuaca dan juga keadaan bot. Setelah 10 minit perjalanan, ada yang datang kepada setiap penumpang untuk mengutip duit tambang bot. Saya bertanya 'how much?' dengan suara yang agak tinggi kerana bunyi enjin bot yang terlalu kuat dan pekerja bot berkata 'three hundree rupees!' sambil menunjukkan tanda 3 jari. Saya terus membayar tambang bot kepada lelaki tersebut.
Semakin lama perjalanan, saya mendapati pemandangan di Attabad Lake ini semakin cantik dan sungguh luar biasa. Saya sama sekali tidak menjangkakan akan melihat pemandangan yang sangat sangat cantik di Attabad Lake. Air bewarna hijau turqoise berlatarbelakangkan snow capped mountains. Menurut saya, ini adalah pengalaman menaiki bot dengan pemandangan yang paling cantik pernah saya lihat.
Setelah hampir 2 jam perjalanan dengan bot, saya sudah mulai nampak banyak bot dan ramai orang di seberang. Dengan perlahan bot dilabuhkan di tepi bersama banyak bot yang lain dan saya sudah bersedia menyandang backpack saya untuk keluar daripada bot.
Seperti biasalah untuk keluar daripada bot, perlu memanjat sedikit dan melompat keluar. Melihat saya dengan backpack yang agak besar (sekurang-kurangnya lebih besar daripada beg penduduk tempatan di situ), ada lelaki yang menyuruh saya beri backpack kepada dia yang berdiri di luar bot, kemudian saya keluar dari bot.
Bila saya dah keluar daripada bot, dia tanya 'where you going?', saya jawab 'Karimabad'. Dengan keadaan yang agak sibuk di pelabuhan bot, lelaki tadi menyuruh saya mengikut dia sambil dia masih menyandang backpack saya.
Hanya beberapa meter berjalan kaki daripada tempat bot dilabuhkan tadi, lelaki tadi menuju ke satu van dan saya hanya mengikut. Dia bercakap Urdu dengan pemandu van dan terus backpack saya diletakkan diatas bumbung van bersama barang-barang penumpang yang lain. Di dalam van sudah terdapat beberapa penumpang yang juga mahu ke Karimabad dan Aliabad.
Mujur saya sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi, sebab semuanya berlaku dengan cepat sekali. Saya rasa seperti masih berada dalam bot dan tiba-tiba sudah berada dalam van.
Di Pakistan mereka memang memberi keutamaan kepada perempuan dalam keadaan apa sekalipun. Termasuklah di dalam van kerana saya disuruh masuk duduk dibarisan hadapan, bersama 2 orang lagi perempuan tempatan yang sopan dengan pakaian traditional mereka dan berselendang besar. Kami (penumpang wanita) dapat duduk dengan selesa kerana kami hanya bertiga duduk di satu barisan, manakala penumpang lelaki bersesak-sesak duduk disatu barisan. Mungkin seramai 5 atau 6 orang. Waktu itu saya rasa memang bertuah menjadi perempuan and felt spoiled too! Mana tidaknya, dapat tempat tinggal percuma, makan percuma, topup percuma, backpack orang angkatkan, layanan VVIP..pffftt.
Dalam beberapa minit je van penuh dan mula bergerak ke destinasi iaitu Aliabad.
Jalanraya boleh tahan menyeramkan sebab agak kecil dan dibina dilereng-lereng gunung. Sesekali bila pemandu van bawa agak laju, saya cuma berdoa saja dalam hati semoga selamat sampai di destinasi. Saya selalu kagum dengan jalan raya di dearah utara Pakistan, semuanya dibina dilereng gunung bermakna mereka memang terdedah dengan bencana tanah runtuh setiap masa. Kalau kita yang tak biasa dengan keadaan jalanraya mereka memang kecut perut, tapi itu adalah normal buat mereka. Sebab tu saya rasa, everyday is an adventure in Pakistan!
Di dalam van, ada yang mengutip duit tambang iaitu sebanyak 100 PKR (bersamaan 1 USD).
Setelah hampir 1 jam perjalanan, van berhenti di tepi jalan dan pemandu van menyuruh saya turun. Saya agak keliru juga waktu itu kerana tak ada orang lain yang turun kecuali saya! Pemandu van cuma bercakap 'Karimabad here'.
Bila turun daripada van, dengan pantas seorang lelaki mengambil backpack saya yang disimpan di atas bumbung van dan menyerahkan kepada saya. Sempat juga dia menunjukkan jalan yang menuju ke Karimabad sebelum van terus bergegas meneruskan perjalanan.
Rupanya van ni hanya berhenti di persimpangan jalan ke Karimabad dan akan meneruskan perjalanan ke Aliabad iaitu kira-kira 10 minit perjalanan jauhnya daripada Karimabad. Serius saya tidak tahu van ini rupanya tidak berhenti di Karimabad.
Maka dengan backpack yang agak berat menapaklah saya menuju ke Karimabad. Waktu itu tengahari, panas terik dan jalan sedikit membukit. Saya lihat papan tanda menuju je Baltit Fort sejauh 2.8 km dan saya tahu kawasan hotel yang ingin saya cari nanti sebenarnya tak terlalu jauh dari Baltit Fort. Maksudnya saya harus menapak hampir sejauh 3 km dengan cuaca panas begini? #Pengsan.
Jalanraya amat lengang dan jarang-jarang ada kereta yang lalu. Setelah 10 minit berjalan, ada sebuah kereta yang berhenti dan bertanya saya hendak ke mana. Saya jawab 'Karimabad'. Pemandu kereta seorang pakcik yang berumur sekitar 50-an kalau tak salah dan agak kemas dari segi penampilannya. Dia tawarkan untuk tumpang keretanya kerana dia juga menuju ke Karimabad.
Saya dapat rasakan pakcik ni seorang yang baik jadi saya setuju untuk menumpang keretanya ke Karimabad. Saya tunjukkan kad nama hotel yang ingin saya cari di Karimabad, pakcik tadi meneliti kad tersebut dan dia kata dia tahu tempatnya.
Pakcik ni sempat berborak sepanjang perjalanan singkat itu. Menurutnya dia pernah bekerja sebagai tour guide satu masa dulu, tetapi sejak kemerosotan industri pelancongan di Pakistan dia telah menukar kerjanya sebagai pekerja kerajaan.
Setelah kira-kira 7-8 minit, akhirnya sampai di depan hotel yang saya cari iaitu Karimabad Inn Hotel, tak begitu susah untuk mencari hotel ini sebab ada papan tanda di tepi jalan.
Setelah mengucapkan terima kasih banyak kepada pakcik tadi saya mengambil backpack di tempat duduk belakang. Pakcik tadi sempat memberi salam dan mengucapkan selamat datang ke Pakistan dan semoga dapat menikmati Karimabad sambil tersenyum mesra. Saya tak berani nak menghulurkan wang kepadnya sebab takut dia akan tersinggung. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi dan semoga berjumpa lagi.
Untuk masuk ke dalam Karimabad Inn Hotel, saya perlu menuruni tangga kecil yang menuju ke lobi hotel. Hotel kecil ini adalah rekomendasi daripada Zahir. Di dalam lobi hotel yang juga merupakan restoren hotel, tidak ada sesiapa di situ waktu saya sampai. Setelah menunggu beberapa minit pekerja hotel bernama Hussain datang dan saya beritahu hendak menginap di bilik dorm.
Di Karimabad Inn Hotel terdapat beberapa bilik private room dan juga 2 bilik dorm - 1 dorm lelaki dan 1 dorm perempuan. Bilik dorm hanya 200 PKR untuk 1 malam iaitu bersamaan 2 USD. Murah kan?
Dengan penuh hormat Hussain mengajak saya melihat dulu bilik dorm perempuan yang berada di bawah tanah. Kami harus menuruni tangga lagi untuk ke bilik dorm. Setelah melihat bilik yang boleh tahan bersih dan selesa, ada 3 katil single, tandas di dalam bilik, dan yang paling isitimewa dari tingkap bilik saya boleh lihat pemandangan gunung-ganang tinggi bersalji seperti Rakaposhi, Diran dan beberapa puncak gunung lagi, memang tak logik kalau saya tidak setuju untuk menginap di situ :D
Saya terus bersetuju dan kami naik semula ke lobi. Setelah menulis beberapa butir peribadi di dalam buku rekod hotel saya tanya berapa harus saya bayar. Hussain cakap 'No, later miss. Please having our welcome Chai first miss.' sambil tersenyum dan menyuruh saya duduk dulu di restorennya. Saya cuma 'Ok..thanks ya'.
Dengan pantas Hussain menghidangkan Chai kepada saya yang juga merupakan Chai pertama saya di Karimanad. Saya menikmati Chai sendirian di hotel Karimabad Inn, waktu itu bekalan elektrik terputus lagi dan cuaca agak panas.
Waktu ini saya sudah agak terbiasa dengan keadaan di Pakistan dimana bekalan elektriknya yang selalu terputus. Memang tak ada dalam 1 hari bekalan elektrik akan ada sepanjang hari, pasti akan terputus elektrik dalam 3 atau 4 jam, kemudian ada semula beberapa jam sebelum bekalan terputus lagi. Ini adalah normal di Pakistan.
Kemudian saya mengangkut backpack dan turun ke bilik dorm yang terletak di bawah tanah. Saya baru perasan yang Hussain tidak menyerahkan apa-apa kunci kepada saya sewaktu check-in tadi. Bila di bilik baru saya faham yang kunci tidak diperlukan di bilik dorm ini. Hanya ada kunci selak dari dalam. Pintu juga sebenarnya agak usang dan susah untuk di tutup rapat.
Waktu itu saya tak ada dorm-mate, jadi bilik sederhana besar ini adalah milik saya seorang.
Oleh kerana cuaca yang panas terik di luar saya memutuskan untuk berehat di dalam bilik dulu. Walaupun tidak ada elektrik tetapi mujur bilik masih agak berangin dan redup. Sempat juga saya melelapkan mata dan tidur sekejap untuk merehatkan badan.
Kira-kira jam 2.30 pm, saya bersiap dan keluar dari hotel dengan membawa daypack untuk explore apa yang ada di Karimabad. Saya bawa juga netbook, mana tahu ada tempat yang boleh saya layari internet di mana-mana nanti.
Saya berjalan kaki dan hanya berjalan tanpa arah atau pun map. Cuaca masih panas dan jalan agak berdebu. Sesekali bila ada van atau kenderaan lalu di sebelah saya, memang terasa seperti makan debu je.
Saya terus berjalan kerana perasaan ingin tahu apa yang ada di depan. Sampai di kawasan seperti deretan kedai-kedai cenderamata, saya lihat kedai disitu semuanya agak lesu. Percaya atau tidak, hanya saya seorang orang dari luar waktu itu dan tidak ada pelancong lain. Kemerosotan industri pelancongan di Pakistan memang agak kritikal pada pandangan saya.
Seperti biasa bila saya berjalan pasti penduduk tempatan akan memandang, kadang-kadang tahap merenung seolah-oleh mereka tidak pernah melihat perempuan. Hmm. Pada mulanya memang agak tidak selesa, tapi saya dah biasa dan cuba buat seperti biasa.
Setelah penat berjalan, saya ternampak satu cafe iaitu Cafe De Hunza. Agak lega bila masuk dalam cafe ini kerana berhawa dingin. Mereka ada generator sendiri dan juga Wifi. Jadi memang sesuailah kalau saya berehat sambil melayari internet dulu sementara menunggu cuaca lebih redup diluar.
Saya order Coke dan Brownies with Honey.
Saya meminta bantuan daripada pekerja cafe untuk mendapatkan signal Wifi untuk netbook saya. Pekerja cafe juga bertanya samada saya mahu dapatkan Wifi untuk Blackberry, kerana dia nampak Blackberry yang saya letakkan di sebelah netbook. Saya cakap, 'Yea..please, thank you so much!'.
Kami berborak sekejap dan sempat juga dia add di facebook sewaktu dapatkan signal Wifi untuk Blackberry tadi. Rupanya dia adalah anak tuan punya kedai cafe ini. Pada saya cafe ini sangat menarik kerana selain menjual kopi, mereka juga menjual buku-buku dan barangan perhiasan antik. Selain duduk dan minum di dalam cafe, pelanggan juga boleh memilih untuk duduk di atas bumbung sambil menikmati kopi dengan pemandangan gunung-ganang bersalji di sekeliling Karimabad.
Pada saya, inilah kelebihan Karimabad di Hunza Valley kerana di kelilingi oleh banyak gunung-ganang bersalji dengan pemandangan yang sangat-sangat menakjubkan. Sebab itu ramai pengembara yang menetap lama di Karimabad, ada yang tinggal selama sebulan, 2 bulan ada juga yang bertahun-tahun tinggal di sini.
Setelah beberapa jam saya melayari internet di dalam cafe, cuaca juga semakin redup di luar. Saya bayar 2 gelas Coke dan juga brownies tadi sebelum keluar semula untuk melihat apa yang ada di Karimabad.
Saya jalan di deretan kedai dan juga lorong-lorong rumah yang kelihatan begitu aneh bagi saya. Rumah kebanyakkannya dibuat daripada batu besar dan kayu. Saya teruskan jalan sehinggalah sampai di satu kawasan lapang dan terdengar bunyi seperti pancaragam.
Rupanya ada sekumpulan anak-anak remaja lelaki sedang tekun berlatih dengan alat muzik masing-masing. Mereka berlatih pancaragam untuk menyambut hari Aga Khan yang jatuh pada 11 July. Aga Khan adalah imam besar Syiah Ismaili yang merupakan ikutan bagi majoriti penduduk yang tinggal di Hunza Valley.
Lama juga saya melihat mereka berlatih bersama penduduk tempatan yang lain. Seperti biasa ada sahaja yang memandang saya seperti 'makhluk asing' di situ, tapi saya tak endahkan. Cuaca pada waktu petang di Karimabad sangat menyenangkan kerana suhu lebih sejuk dan pemandangan menjadi lebih menakjubkan.
Bila hari hampir gelap saya beransur dari tempat itu dan bercadang untuk mencari makan malam. Saya berjalan kaki dan menuju balik ke hotel. Sewaktu jalan saya ternampak gerai kecil yang menjual daging bakar. Saya order untuk dibungkus bersama roti nan.
Tiba-tiba saya dengar ada orang yang seolah-oleh memanggil saya dalam bahasa Inggeris. Saya lihat keliling dan ternampak ada seorang pakcik berjanggut dan berambut putih sedang duduk dari atas 'rooftop' berhadapan dengan gerai. Dia mengajak untuk makan di situ, tak perlu bungkus.
Oleh kerana saya belum jumpa mana-mana traveller sepanjang berada di Karimabad jadi saya setuju untuk join pakcik itu makan di 'rooftop' sekurang-kurangnya ada kawan untuk berborak di situ.
Pakcik Francis (atau boleh juga dipanggil datuk mungkin) berasal dari Australia dan telah 3 minggu berada di Karimabad sebelum meneruskan perjalanannya ke China.
Kami banyak berborak sambil makan daging bakar (sangat sedap!) dan roti nan yang panas dan semestinya bersama Chai. Rasanya sewaktu berada di Pakistan saya telah menjadi 'Chaiholic' haha. Habis satu, saya tambah order lagi sehingga 3 atau 4 cawan.
Sewaktu makan kami juga dapat menikmati lagu traditional Hunza yang dipasang oleh pemilik kedai. Dengan makanan yang lazat, lagu traditional yang merdu, rakan traveller yang banyak pengalaman travelling dan juga pemandangan gunung-ganang bersalji pada waktu senja - untuk traveller pastinya tak ada yang lebih baik daripada ini semua. #Priceless
Tak lama kemudian ada 2 orang traveller datang makan di 'rooftop' dan seperti biasa Francis akan mengajak mereka join kami sekali. Mereka masing-masing daripada Swiss dan France. Mereka berdua ialah pendaki gunung tegar dan sedang berehat di Karimabad sebelum mendaki beberapa gunung lagi di Pakistan.
Kami banyak berborak dan saya rasa paling seronok kerana dapat mendengar cerita mereka yang sentiasa membuatkan saya kagum. Mereka juga sangat peramah dan tidak lokek berkongsi cerita seolah-olah kami sudah lama kenal.
Kemudian ada satu keluarga Pakistani yang datang melancong ke Karimabad duduk di meja sebelah kami. Seorang budak perempuan berumur dalam 8 tahun datang berborak dengan kami. Sungguh comel dan langsung tak takut dengan orang luar. Dia juga sangat petah berbahasa Inggeris. Banyak betul soalan dia kepada kami. Contohnya apa subjek kesukaan saya waktu sekolah dulu, apa nama bunga kebangsaan negara Malaysia, apa makanan kegemaran saya di Pakistan dan banyak lagi soalan-soalan pelik haha.
Untuk traveller daripada Swiss, budak perempuan tu tanya macam mana nak menjaga pernafasan sewaktu mendaki gunung lol. Kami sangat seronok berborak dan ditambah lagi budak perempuan tu yang sangat menghiburkan :D
Setelah beberapa jam di situ tak sedar hari telah lewat malam. Kebetulan saya dan Francis tinggal di Karimabad Inn jadi kami berjalan kaki balik ke hotel sekali. Jarak dari kedai makan ke Karimabad tidaklah jauh, sekitar 20 minit berjalan kaki. Sewaktu berjalan kaki ke Karimabad Inn kami terserempak dengan 2 pasang suami isteri masing-masing daripada Swiss dan Sweeden. Mereka membawa anak mereka yang masih kecil mengembara ke Pakistan dan beberapa negara lain. Rasa nak apply jadi anak angkat depa je lol.
Sampai di Karimabad Inn kami ke bilik dorm masing-masing. Malam ini cuma saya sendiri di dalam bilik dorm dan seperti biasa tak ada elektrik. Dengan menggunakan lampu picit saya mandi dan bergerak di dalam bilik tanpa melanggar sesuatu hehe.
Jadi, selepas baca entri ni mesti dah faham kan kenapa saya tulis tajuk entri macam ni - Hospitality and Generosity in Pakistan. Sebenarnya terlalu ramai orang baik yang saya jumpa di sana. Kadang-kadang baik sampai tak masuk dek akal, tapi itulah sebenarnya adat mereka yang sangat mengutamakan tetamu. Untuk mengetahui cerita lanjut di Karimabad, sila tunggu entri seterusnya !
Walaupun semalaman saya tidur di bilik hotel tanpa elektrik dan hanya ditemani cahaya lilin sampai pagi, saya tetap dapat tidur dengan nyenyak. Sehinggalah dikejutkan oleh bunyi loceng dari jam tangan Casio saya yang menunjukkan telah masuk waktu Subuh. Selesai menjalankan kewajipan kepada-Nya, saya sambung tarik selimut semula hehe.
Kira-kira jam 8 am saya bersiap dan mengemas backpack kerana pagi ini akan meneruskan perjalanan ke Karimabad.
Kira-kira jam 9 am, saya ke restoren hotel untuk bersarapan pagi seperti biasa. Masuk restoren sahaja saya sudah nampak Zahir sedang duduk dan minum sendirian di situ. Dia panggil untuk bersarapan sekali dengan dia.
Saya order Paratha dan Chai, menu sarapan pagi yang sama seperti semalam. Sementara menunggu order saya sampai, kami berborak dan Zahir sempat memberi beberapa kad nama tempat penginapan yang sesuai untuk saya di Karimabad. Zahir juga ada membuat beberapa panggilan telefon untuk memastikan masih ada bilik yang kosong.
Bila pekerja restoren menghantar makanan dimeja, saya lihat ia bukanlah Paratha tetapi sesuatu yang lain, saya pasti ia bukan Paratha. Melihat saya yang agak keliru, Zahir beritahu itu adalah Hunza Bread iaitu makanan yang saya order semalam. Tapi semalam saya tak dapat kerana mereka tidak menyediakan Hunza Bread. Pagi ini saya order Paratha tapi mereka menghantar Hunza Bread.
Saya sedikit terkejut dengan cara mereka melayan tetamu, sangat mengambil berat dengan kehendak tetamu mereka. Saya kurang pasti bagaimana mereka menyediakan Hunza Bread pagi itu kerana setahu saya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat roti mereka perlu ke tempat lain dan agak susah. Hmm.
Jadi pagi itu saya dapat menikmati Hunza Bread iaitu salah satu makanan khas di Hunza Valley dengan Chai semestinya :)
Oh ya, sim card Zong yang saya beli semalam masih belum dapat diaktifkan lagi walaupun saya sudah beberapa kali menelefon service center Zong. Zahir beritahu kami akan singgah di kedai telefon untuk minta bantuan daripada pekerja kedai telefon.
Setelah selesai sarapan pagi kami beransur daripada restoren dan saya mengambil backpack di bilik. Saya pergi ke lobi dan berjumpa dengan Zahir untuk menyerahkan kunci dan check-out. Saya tanya berapa jumlah semuanya termasuk makan dan minum di restoren tapi dia tak menjawab dan terus mengangkat backpack saya untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Sewaktu nak masuk ke dalam kereta, ada sebuah jeep datang menghampiri kereta. Dia bercakap dengan Zahir dalam bahasa Urdu kemudian bercakap dengan saya. Seorang lelaki Pakistan bertanya kalau saya kenal Mr. Altaf dan Dr. Azhar dan samada saya akan menuju ke Gilgit nanti. Saya cakap iya saya kenal mereka dan akan menuju ke Gilgit nanti selepas Karimabad.
Dia meminta saya menyerahkan sesuatu dalam bungkusan kecil kepada Mr. Altaf. Saya juga memang fikir hendak menginap di guesthouse milik Mr. Altaf nanti bila berada di Gilgit. Tanpa berfikir panjang saya terus setuju untuk membawa bungkusan tersebut untuk diserahkan kepada Mr. Altaf nanti di Gilgit, walaupun saya belum tahu bila dan berapa hari lagi baru sampai di Gilgit.
Saya sedikit pun tidak menyimpan syak apa-apa, samada bungkusan kecil yang saya bawa itu nanti adalah benda yang merbahaya (contohnya dadah atau apa-apa), mungkin ini sesuatu yang harus saya ambil perhatian sewaktu travelling lagi pada masa hadapan - peringatan kepada diri sendiri.
Saya terus menyimpan bungkusan kecil tersebut dalam backpack saya dan tanpa berlengah kami terus masuk ke dalam kereta. Zahir meminta pemandu kereta untuk berhenti di kedai telefon tempat kami beli sim card semalam.
Sampai di kedai telefon, Zahir bercakap dengan pekerja kedai dan meminta telefon saya untuk diperiksa. Mungkin untuk mengaktifkan sim card, perlu menambah beberapa ratus rupees lagi dan Zahir terus membayar beberapa keping ratus rupees kepada pekerja kedai. Dalam masa beberapa minit, sim card saya telah berjaya diaktifkan.
Daripada kedai telefon kami meneruskan lagi perjalanan ke hujung kampung iaitu tempat untuk menaiki bot merentasi Attabad Lake untuk ke Karimabad. Memang itulah satu-satunya cara untuk pergi ke Karimabad, dengan menyeberangi Attabad Lake.
Perjalanan dari hotel ke tempat menaiki bot tidaklah jauh, sekitar 10-15 minit sahaja dengan menaiki kereta.
Sampai di tempat menaiki bot, saya lihat ramai penduduk tempatan yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Ramai yang membawa barangan keperluan yang mereka beli daripada Aliabad/Karimabad. Bot adalah cara pengangkutan utama untuk penduduk di kampung Gulmit selepas Karakoram Highway (KKH) di tenggelami banjir besar pada tahun 2010.
Turun daripada kereta, Zahir terus mengangkat backpack saya untuk dimasukkan ke dalam bot. Zahir ada bercakap sesuatu kepada orang yang membawa bot dalam bahasa Urdu dan orang yang membawa bot menyambut backpack saya yang agak berat itu dan diletakkan di dalam bot. Sebelum saya masuk ke dalam bot, saya bertanya lagi kepada Zahir berapa jumlah yang harus saya bayar kepada dia secara keseluruhannya - penginapan di hotel selama 3 hari 2 malam, makan minum sepanjang menginap di hotel dan juga harga topup simcard Zong.
Dia dengan tersenyum cuma berkata 'it's ok, you are my guest here'. Saya terpinga-pinga sekejap.
Dalam masa yang sama saya sudah disuruh untuk masuk ke dalam bot dengan segera kerana bot telah hampir penuh waktu itu. Saya cuma mampu berterima kasih kepada Zahir dalam keadaan seperti tidak percaya lagi. Keadaan hiruk pikuk di situ membuatkan semuanya berjalan dengan pantas, tau-tau sahaja bot telah bergerak dan meninggalkan Gulmit. Dari dalam bot saya dapat lihat kereta yang dinaiki Zahir meninggalkan kawasan bot. Susah untuk saya jelaskan bagaimana perasaan saya waktu itu, yang pastinya saya masih tidak percaya masih ada orang yang terlalu baik di dunia ini. #Terharu
Bot daripada Gulmit untuk menyeberangi Attabad Lake |
Pemandangan sepanjang perjalanan di Attabad Lake |
Bot yang sarat dengan penumpang |
Jernih! |
Magnificient! |
Seperti biasalah untuk keluar daripada bot, perlu memanjat sedikit dan melompat keluar. Melihat saya dengan backpack yang agak besar (sekurang-kurangnya lebih besar daripada beg penduduk tempatan di situ), ada lelaki yang menyuruh saya beri backpack kepada dia yang berdiri di luar bot, kemudian saya keluar dari bot.
Bila saya dah keluar daripada bot, dia tanya 'where you going?', saya jawab 'Karimabad'. Dengan keadaan yang agak sibuk di pelabuhan bot, lelaki tadi menyuruh saya mengikut dia sambil dia masih menyandang backpack saya.
Hanya beberapa meter berjalan kaki daripada tempat bot dilabuhkan tadi, lelaki tadi menuju ke satu van dan saya hanya mengikut. Dia bercakap Urdu dengan pemandu van dan terus backpack saya diletakkan diatas bumbung van bersama barang-barang penumpang yang lain. Di dalam van sudah terdapat beberapa penumpang yang juga mahu ke Karimabad dan Aliabad.
Mujur saya sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi, sebab semuanya berlaku dengan cepat sekali. Saya rasa seperti masih berada dalam bot dan tiba-tiba sudah berada dalam van.
Di Pakistan mereka memang memberi keutamaan kepada perempuan dalam keadaan apa sekalipun. Termasuklah di dalam van kerana saya disuruh masuk duduk dibarisan hadapan, bersama 2 orang lagi perempuan tempatan yang sopan dengan pakaian traditional mereka dan berselendang besar. Kami (penumpang wanita) dapat duduk dengan selesa kerana kami hanya bertiga duduk di satu barisan, manakala penumpang lelaki bersesak-sesak duduk disatu barisan. Mungkin seramai 5 atau 6 orang. Waktu itu saya rasa memang bertuah menjadi perempuan and felt spoiled too! Mana tidaknya, dapat tempat tinggal percuma, makan percuma, topup percuma, backpack orang angkatkan, layanan VVIP..pffftt.
Dalam beberapa minit je van penuh dan mula bergerak ke destinasi iaitu Aliabad.
Jalanraya boleh tahan menyeramkan sebab agak kecil dan dibina dilereng-lereng gunung. Sesekali bila pemandu van bawa agak laju, saya cuma berdoa saja dalam hati semoga selamat sampai di destinasi. Saya selalu kagum dengan jalan raya di dearah utara Pakistan, semuanya dibina dilereng gunung bermakna mereka memang terdedah dengan bencana tanah runtuh setiap masa. Kalau kita yang tak biasa dengan keadaan jalanraya mereka memang kecut perut, tapi itu adalah normal buat mereka. Sebab tu saya rasa, everyday is an adventure in Pakistan!
Di dalam van, ada yang mengutip duit tambang iaitu sebanyak 100 PKR (bersamaan 1 USD).
Setelah hampir 1 jam perjalanan, van berhenti di tepi jalan dan pemandu van menyuruh saya turun. Saya agak keliru juga waktu itu kerana tak ada orang lain yang turun kecuali saya! Pemandu van cuma bercakap 'Karimabad here'.
Bila turun daripada van, dengan pantas seorang lelaki mengambil backpack saya yang disimpan di atas bumbung van dan menyerahkan kepada saya. Sempat juga dia menunjukkan jalan yang menuju ke Karimabad sebelum van terus bergegas meneruskan perjalanan.
Rupanya van ni hanya berhenti di persimpangan jalan ke Karimabad dan akan meneruskan perjalanan ke Aliabad iaitu kira-kira 10 minit perjalanan jauhnya daripada Karimabad. Serius saya tidak tahu van ini rupanya tidak berhenti di Karimabad.
Jalan kaki menuju ke Karimabad |
Jalanraya amat lengang dan jarang-jarang ada kereta yang lalu. Setelah 10 minit berjalan, ada sebuah kereta yang berhenti dan bertanya saya hendak ke mana. Saya jawab 'Karimabad'. Pemandu kereta seorang pakcik yang berumur sekitar 50-an kalau tak salah dan agak kemas dari segi penampilannya. Dia tawarkan untuk tumpang keretanya kerana dia juga menuju ke Karimabad.
Saya dapat rasakan pakcik ni seorang yang baik jadi saya setuju untuk menumpang keretanya ke Karimabad. Saya tunjukkan kad nama hotel yang ingin saya cari di Karimabad, pakcik tadi meneliti kad tersebut dan dia kata dia tahu tempatnya.
Pakcik ni sempat berborak sepanjang perjalanan singkat itu. Menurutnya dia pernah bekerja sebagai tour guide satu masa dulu, tetapi sejak kemerosotan industri pelancongan di Pakistan dia telah menukar kerjanya sebagai pekerja kerajaan.
Setelah kira-kira 7-8 minit, akhirnya sampai di depan hotel yang saya cari iaitu Karimabad Inn Hotel, tak begitu susah untuk mencari hotel ini sebab ada papan tanda di tepi jalan.
Setelah mengucapkan terima kasih banyak kepada pakcik tadi saya mengambil backpack di tempat duduk belakang. Pakcik tadi sempat memberi salam dan mengucapkan selamat datang ke Pakistan dan semoga dapat menikmati Karimabad sambil tersenyum mesra. Saya tak berani nak menghulurkan wang kepadnya sebab takut dia akan tersinggung. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi dan semoga berjumpa lagi.
Untuk masuk ke dalam Karimabad Inn Hotel, saya perlu menuruni tangga kecil yang menuju ke lobi hotel. Hotel kecil ini adalah rekomendasi daripada Zahir. Di dalam lobi hotel yang juga merupakan restoren hotel, tidak ada sesiapa di situ waktu saya sampai. Setelah menunggu beberapa minit pekerja hotel bernama Hussain datang dan saya beritahu hendak menginap di bilik dorm.
Di Karimabad Inn Hotel terdapat beberapa bilik private room dan juga 2 bilik dorm - 1 dorm lelaki dan 1 dorm perempuan. Bilik dorm hanya 200 PKR untuk 1 malam iaitu bersamaan 2 USD. Murah kan?
Nice and clean dorm for 200 PKR/2 USD per night |
Saya terus bersetuju dan kami naik semula ke lobi. Setelah menulis beberapa butir peribadi di dalam buku rekod hotel saya tanya berapa harus saya bayar. Hussain cakap 'No, later miss. Please having our welcome Chai first miss.' sambil tersenyum dan menyuruh saya duduk dulu di restorennya. Saya cuma 'Ok..thanks ya'.
Karimabad Inn Hotel lobby |
First Chai in Karimabad |
Kemudian saya mengangkut backpack dan turun ke bilik dorm yang terletak di bawah tanah. Saya baru perasan yang Hussain tidak menyerahkan apa-apa kunci kepada saya sewaktu check-in tadi. Bila di bilik baru saya faham yang kunci tidak diperlukan di bilik dorm ini. Hanya ada kunci selak dari dalam. Pintu juga sebenarnya agak usang dan susah untuk di tutup rapat.
Waktu itu saya tak ada dorm-mate, jadi bilik sederhana besar ini adalah milik saya seorang.
Oleh kerana cuaca yang panas terik di luar saya memutuskan untuk berehat di dalam bilik dulu. Walaupun tidak ada elektrik tetapi mujur bilik masih agak berangin dan redup. Sempat juga saya melelapkan mata dan tidur sekejap untuk merehatkan badan.
Kira-kira jam 2.30 pm, saya bersiap dan keluar dari hotel dengan membawa daypack untuk explore apa yang ada di Karimabad. Saya bawa juga netbook, mana tahu ada tempat yang boleh saya layari internet di mana-mana nanti.
Saya berjalan kaki dan hanya berjalan tanpa arah atau pun map. Cuaca masih panas dan jalan agak berdebu. Sesekali bila ada van atau kenderaan lalu di sebelah saya, memang terasa seperti makan debu je.
Saya terus berjalan kerana perasaan ingin tahu apa yang ada di depan. Sampai di kawasan seperti deretan kedai-kedai cenderamata, saya lihat kedai disitu semuanya agak lesu. Percaya atau tidak, hanya saya seorang orang dari luar waktu itu dan tidak ada pelancong lain. Kemerosotan industri pelancongan di Pakistan memang agak kritikal pada pandangan saya.
Seperti biasa bila saya berjalan pasti penduduk tempatan akan memandang, kadang-kadang tahap merenung seolah-oleh mereka tidak pernah melihat perempuan. Hmm. Pada mulanya memang agak tidak selesa, tapi saya dah biasa dan cuba buat seperti biasa.
Setelah penat berjalan, saya ternampak satu cafe iaitu Cafe De Hunza. Agak lega bila masuk dalam cafe ini kerana berhawa dingin. Mereka ada generator sendiri dan juga Wifi. Jadi memang sesuailah kalau saya berehat sambil melayari internet dulu sementara menunggu cuaca lebih redup diluar.
Saya order Coke dan Brownies with Honey.
Coke and Brownies with Honey - Cafe De Hunza |
Kami berborak sekejap dan sempat juga dia add di facebook sewaktu dapatkan signal Wifi untuk Blackberry tadi. Rupanya dia adalah anak tuan punya kedai cafe ini. Pada saya cafe ini sangat menarik kerana selain menjual kopi, mereka juga menjual buku-buku dan barangan perhiasan antik. Selain duduk dan minum di dalam cafe, pelanggan juga boleh memilih untuk duduk di atas bumbung sambil menikmati kopi dengan pemandangan gunung-ganang bersalji di sekeliling Karimabad.
Pada saya, inilah kelebihan Karimabad di Hunza Valley kerana di kelilingi oleh banyak gunung-ganang bersalji dengan pemandangan yang sangat-sangat menakjubkan. Sebab itu ramai pengembara yang menetap lama di Karimabad, ada yang tinggal selama sebulan, 2 bulan ada juga yang bertahun-tahun tinggal di sini.
Setelah beberapa jam saya melayari internet di dalam cafe, cuaca juga semakin redup di luar. Saya bayar 2 gelas Coke dan juga brownies tadi sebelum keluar semula untuk melihat apa yang ada di Karimabad.
Saya jalan di deretan kedai dan juga lorong-lorong rumah yang kelihatan begitu aneh bagi saya. Rumah kebanyakkannya dibuat daripada batu besar dan kayu. Saya teruskan jalan sehinggalah sampai di satu kawasan lapang dan terdengar bunyi seperti pancaragam.
Jalan kecil di Karimabad |
Kedai cenderamata di Karimabad |
Pemandangan di sekitar Karimabad |
Berlatih pancaragam |
Cantik! |
Karimabad, Hunza Valley |
Bila hari hampir gelap saya beransur dari tempat itu dan bercadang untuk mencari makan malam. Saya berjalan kaki dan menuju balik ke hotel. Sewaktu jalan saya ternampak gerai kecil yang menjual daging bakar. Saya order untuk dibungkus bersama roti nan.
Tiba-tiba saya dengar ada orang yang seolah-oleh memanggil saya dalam bahasa Inggeris. Saya lihat keliling dan ternampak ada seorang pakcik berjanggut dan berambut putih sedang duduk dari atas 'rooftop' berhadapan dengan gerai. Dia mengajak untuk makan di situ, tak perlu bungkus.
Oleh kerana saya belum jumpa mana-mana traveller sepanjang berada di Karimabad jadi saya setuju untuk join pakcik itu makan di 'rooftop' sekurang-kurangnya ada kawan untuk berborak di situ.
Pakcik Francis (atau boleh juga dipanggil datuk mungkin) berasal dari Australia dan telah 3 minggu berada di Karimabad sebelum meneruskan perjalanannya ke China.
Kami banyak berborak sambil makan daging bakar (sangat sedap!) dan roti nan yang panas dan semestinya bersama Chai. Rasanya sewaktu berada di Pakistan saya telah menjadi 'Chaiholic' haha. Habis satu, saya tambah order lagi sehingga 3 atau 4 cawan.
Sewaktu makan kami juga dapat menikmati lagu traditional Hunza yang dipasang oleh pemilik kedai. Dengan makanan yang lazat, lagu traditional yang merdu, rakan traveller yang banyak pengalaman travelling dan juga pemandangan gunung-ganang bersalji pada waktu senja - untuk traveller pastinya tak ada yang lebih baik daripada ini semua. #Priceless
Santai di rooftop |
Kami banyak berborak dan saya rasa paling seronok kerana dapat mendengar cerita mereka yang sentiasa membuatkan saya kagum. Mereka juga sangat peramah dan tidak lokek berkongsi cerita seolah-olah kami sudah lama kenal.
Kemudian ada satu keluarga Pakistani yang datang melancong ke Karimabad duduk di meja sebelah kami. Seorang budak perempuan berumur dalam 8 tahun datang berborak dengan kami. Sungguh comel dan langsung tak takut dengan orang luar. Dia juga sangat petah berbahasa Inggeris. Banyak betul soalan dia kepada kami. Contohnya apa subjek kesukaan saya waktu sekolah dulu, apa nama bunga kebangsaan negara Malaysia, apa makanan kegemaran saya di Pakistan dan banyak lagi soalan-soalan pelik haha.
Untuk traveller daripada Swiss, budak perempuan tu tanya macam mana nak menjaga pernafasan sewaktu mendaki gunung lol. Kami sangat seronok berborak dan ditambah lagi budak perempuan tu yang sangat menghiburkan :D
Setelah beberapa jam di situ tak sedar hari telah lewat malam. Kebetulan saya dan Francis tinggal di Karimabad Inn jadi kami berjalan kaki balik ke hotel sekali. Jarak dari kedai makan ke Karimabad tidaklah jauh, sekitar 20 minit berjalan kaki. Sewaktu berjalan kaki ke Karimabad Inn kami terserempak dengan 2 pasang suami isteri masing-masing daripada Swiss dan Sweeden. Mereka membawa anak mereka yang masih kecil mengembara ke Pakistan dan beberapa negara lain. Rasa nak apply jadi anak angkat depa je lol.
Sampai di Karimabad Inn kami ke bilik dorm masing-masing. Malam ini cuma saya sendiri di dalam bilik dorm dan seperti biasa tak ada elektrik. Dengan menggunakan lampu picit saya mandi dan bergerak di dalam bilik tanpa melanggar sesuatu hehe.
Jadi, selepas baca entri ni mesti dah faham kan kenapa saya tulis tajuk entri macam ni - Hospitality and Generosity in Pakistan. Sebenarnya terlalu ramai orang baik yang saya jumpa di sana. Kadang-kadang baik sampai tak masuk dek akal, tapi itulah sebenarnya adat mereka yang sangat mengutamakan tetamu. Untuk mengetahui cerita lanjut di Karimabad, sila tunggu entri seterusnya !
Masya Allah!baiknya diorg...seriously mmg x sabar nak tgu next entry.!
ReplyDeleteHi HiDayah@GM,
DeleteYep memang baik. Pakistani memang terkenal dengan sifat hospitaliti dan mereka sangat mengutamakan tetamu. Saya akan cuba update secepat mungkin, terima kasih! :)
SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DeleteDEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI KANJENG Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat KI KANJENG..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI KANJENG…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI KANJENG DI 085-320-279-333.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))
…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG GAIB
3.JUAL TUYUL MEMEK
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..
…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<
SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

Best! best! Priceless experience.. sangat cemburu dengan Et, sebab Pakistan ni jarang ada orang nak pergi.. takut dengan peperangan *katanya*. Minta itinerary boleh tak? sebab Pakistan memang masuk dalam list - upcoming.. inshaAllah... :D
ReplyDeleteemel kat :: airkotaklaici@gmail.com...
tengsssss.. cant wait for the next post!!!!
Dear Zette,
DeleteAlhamdulilah dapat pengalaman macam ni, memang tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Yep, Pakistan jarang ada orang nak masuk. Ini semua kerana laporan dari media luar tentang perkara tak elok yang selalu terjadi kat sana. Tapi realitinya, Pakistan sebuah negara yang sangat hebat dari segi landskapnya (the best so far!) dan orangnya terlalu baik.
Saya tak ada itineri lengkap untuk Pakistan, sebab hari tu pergi main redah je hehe. You can always refer to my travelogue as itinery I guess.
I'll update as soon as possible, thanks for reading ! :)
Yeke.. ok.. no worries... memang ada rasa nak pergi sini, but never had the guts and i dont know the perspective of them about women.. macam sgt bahaya.. tapi, bila da baca blog awak ni.. macam rasa KENE PERGI~
Delete:)
Hehe langsung tak bahaya. Yang penting kena pandai-pandai dan selalu ikut gerak hati sama macam pergi dekat mana-mana negara sekalipun. Pada saya, kita tak akan tahu keadaan sebenar sesebuah negara tu selagi kita tak pergi tengok sendiri. Itu salah satu tujuan kita pergi mengembara rasanya.
DeleteKalau satu hari nanti awak nak pergi, feel free to ask me anything I will try my best to assist. InsyaAllah :)
wahh..lama betul nak tunggu new entry..cerita dah la best..best nak jumpa orang2 yang baik..untung betul!!
ReplyDeleteHi Zila,
DeleteHehe maaf la kena tunggu lama. Yep nasib saya baik kot selalu jumpa orang baik-baik :')
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTabik spring dgn anda!
Waalaikumussalam anyss,
DeleteTerima kasih banyak. Keep reading aite! :)
wah best. ralit saya membacanya
ReplyDeleteHi Nieda,
DeleteTerima kasih sebab sudi membaca. Wait for next entry, soon :)
Fuh ! Layanan VIP !
ReplyDeleteHii Hazwan,
DeleteYup layanan VIP. Try Pakistan after this! :D
yey first time nak comment ni (silent reader je nih.. :P btw apsal kena comment as google account je? sbb i takde blogspot leh, letak la option name & link jugaks huhu)
ReplyDeleteKalau nanti et nak gi Kashmir bole lagi tengok views macam Karimabad tu, memang area sana superb! tapik kalau dah gi India nanti jgn lar duk puji2 Pakistan lak sebab diorg musuh zaman berzaman :P (pasal kriket je pun)
macam murah pulak stay cost kat Pakistan ni ye.. nak masuk list jugak utk visit one day :) visa kena bayar tak?
Hii Ilyani!
DeleteOh, nanti akan cuba di usahakan.
Ada juga berangan nak ke area Kashmir route Delhi-Manali-Ladakh-Srinagar kemudian masuk Pakistan via Skardu. Tengah cari jalan sebenarnya. Haha betul depa ni musuh zaman berzaman :D
Yup, stay cost dekat Pakistan ni murah. Try la Pakistan, truly amazing country. Saya akan revisit lagi next year, insyaAllah. Visa kena buat dekat embassy sini, RM30.
actually bukan pasal criket diorang bermusuh, tapi semuanya pasal sejarah Partition tu...dulu India dan Pakistan adalah satu...masa nak dapat kemerdekaan dari British India, memang tak ada pakistan, hanya India...then lepas tu adala kes2 ketidakpuashatian dlm politic menyebabkan mereka berpisah dan wujud negara bernama Pakistan. Partition ni merupakan luka yg sangat parah kepada kedua negara...sehingga hari ni masih rasa luka tu. Masa Partition semua org non-muslim yg asal tinggal di belah Pakistan sekarang (sikh, hindu) kena halau ke India, tak boleh stay sana sbb Pakistan akan jadi negara 100% muslim. Mungkin ada minority yg bersembunyi atau disembunyikan, tapi in general mmg tak boleh stay sana kalau bukan islam, nanti kena bunuh. Muslim di India utara mcm Delhi, Lucknow tu pun terima nasib sama tapi mcm kat Delhi saya pernah terbaca diorang berlindung kat Red fort siap dengan machine gun British...so lepas lama2 kes dilupakan dan komunity muslim yg ramai di Delhi hari ni adalah mereka2 dari Red fort itu...tapi ramai tu tak ramai sebenarnya sbb kalau sebelum partition mmg lebih ramai...Delhi adalah kota Mughal, boleh kata majority org Delhi adalah muslim...tapi lepas patition tinggal community sekitar old Delhi tu je lah...dan Delhi sudah menjadi kota Punjabi...sbb org Punjab dari belah Punjab Pakistan beramai2 kena halau ke sebelah sini....lepas Partition Punjab terbelah dua, punjab bahagian India n Punjab belah pakistan. Kalau baca buku 'City of Djinns: A year in Delhi' ada diceritakan yg zaman tu mmg sangat dasyat, bila ada keretapi dari belah India menuju Pakistan, keretapi akan dihijack dan semua muslim dlm tu kena bunuh...sama juga bila ada keretapi dari Pakistan menuju India bawak org berhijrah, semua Hindu dan Sikh kena bunuh.....sebab itu sejarah partition ni mmg sejarah hitam dlm sejarah kemanusiaan, pemisahan atas dasar agama...dan sbb itulah sampai skrg India dan Pakistan masih bermusuh dari segi politik....
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat jumpa org yg baik2..
Sy tak minum chai, tapi bila baca entry2 Et mcm teringin plak hehe..
Tak sampai setahun follow blog Et ni, terus inspired utk pergi solo travelling..
Salam jumaat barakah, salam terjah menerjah cik et kita..wah penuh berinspirasi dalam kembara solo..moga tahun depan punya perancangan lebih power..dan saya suggest ok kot kalau cik et cuba ke bosnia pula kat situ pun rasanya ada banyak sejarah dan menarik untuk di kunjungi..all the best :)
ReplyDeleteEntry yang menarik.....
ReplyDeletedi sebalik berita2 negatif ttg pakistan ni, rupanya tersembunyi 'keindahan'...hidden gem Pakistan ni ....
ReplyDeletehaaa ET, bab bagi org pegang beg tu pun actually tak berapa selamat juga...tapi yalah ikut tempat juga kan...kalau amerika latin, never-never-never la kasi org lain pegang beg kita
ReplyDeleteBravo..bravoo..cepat2 ler update china route tu..x sabo nak blajo nih..
ReplyDeleteSalute to ET!!!!
Jika et pergi musim sejuk lagi mengancam pemandangannya,cuma susahla sikit nk hadapi musim sejuk disana,kalau tabah tk mengapa,lebih lagi waktu sejuk nk pakai pemanas bilik tapi elektrik pulak selalu tak ada.Yg org tu memandang memandang et tu krn pelik dan janggal,et adalah seorang perempuan (mungkin et terlupa research kot tntang keadaan perempuan disana)mana ada wanita sana jln sorang sorang tanpa muhrim,itu bukan budaya mereka,akan dtg pergilah dgn muhrim,itu yg dituntut oleh islam.Kira et pergi ni mmg mcm keajaiban la,selamat pergi dan selamat kembali pula dari negara sana,alhamdulillah!perempuan pula tu,ingatla!akan dtg blm tentu lagi,jika berpeluang kesana lagi saya cadangkan cuba try pergi kechitral pula,tmpat sana sgt cantik tau,lebih lebih lagi saljinya,paling dkt kalau nk gi ambil flight dari peshawar,kalau dari islamabad sya tak pasti,pergi la musim sejuk kalau sanggup, waktu salji turun,sya dah hampir nk kesana,tapi tak diizinkan tuhan krn waktu tu ribut salji,flight tak dpt terbang,bnyk penumpang dlm flight yg sebelumnya masih lagi ada diairport menunggu nunggu.kalau musim salji bnyk jln kat sana tutup krn ditimbusi salji tebal,dgr dari local people katak sana besar besar,org pun putih putih kulit,kalau perempuan mata hijau pun ada,waktu salji tebal org sana baik yg kaya atau miskin ramai yg naik flight utk pulang atau keluar,masa tu tambang very very cheapla.kalau nk tgk tinggalan buddha ni pula pergi ke takbhai dkt mardan,kawasan besar tmpat ibadat buddha atas gunung,berpuluh puluh patung dan tmpat suluk mereka boleh tgk,kita boleh panjat dan tgk senibinanya.tapi jaga aqidah.kalau travel kebawah dari islamabad hingga kekarachi mmg tk cantik dan berdebu tapi monumen sejarahnyalah yg paling bnyak.
ReplyDeleteWow .. Pengalaman yang sgt menarik ! And tabik spring lah dgn mcm2 pengalaman yg awak lalui dari satu tmpt ke tmpt yg lain.
ReplyDeleteBtw,, nak tanya sikit, saya plan nak ke Pakistan melalui India hujung thun ni .. Tp katanya if nak travel solo ke Pakistan, betul ke kena ada surat jemputan dan juga surat kebenaran mahram ?? Hm hm ..