28 June 2013
Selamat pagi Gilgit :)
Seperti biasa perasaan bangun pagi sendirian di bandar asing selalu mengujakan. Berfikir apa yang akan terjadi hari ini, siapa pula yang akan saya jumpa, tempat apakah yang akan saya jejaki? Banyak soalan di kepala. Tanpa membuang masa saya mandi dan bersiap untuk keluar memulakan hari baru di Gilgit yang merupakan pekan penting di daerah Gilgit-Baltistan ini.
Penting kerana di pekan inilah terdapatnya segala keperluan (walaupun jelas tak selengkap di tempat sendiri) untuk para traveler meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Hanya di Gilgit traveler boleh menggunakan mesin ATM - berita baik bagi yang sudah kehabisan wang tunai dan juga akses internet di cyber cafe untuk berhubung dengan dunia luar. Terdapat banyak juga kedai runcit, pakaian, kasut dan sebagainya. Pekan Gilgit yang terletak di lembah kawasan pergunungan Karakoram ini kelihatan begitu sibuk sekali dengan rutin harian penduduknya yang mungkin mencecah sehingga 200,000 orang.
Saya mulakan hari seperti biasa dengan bersarapan pagi di guesthouse tempat saya menginap, Old Madina Guesthouse. Tipikal menu sarapan pagi saya, paratha bersama jem aprikot dan semestinya chai.
Semasa sedang bersarapan pagi, saya ternampak kelibat seorang pakcik, rupanya agak familiar. Pakcik yang memakai sut lengkap penunggang basikal dan kelihatan agak runsing disamping basikalnya yang diletakkan di sebelah kerusi tempatnya duduk.
Melihat saya yang sedang bersarapan sendirian dia menegur,
"Are you from Karimabad before this?.."
Saya menjawab,
"Yes.."
Tiba-tiba saya teringat semula, dia adalah pakcik daripada France yang menginap di hotel yang sama sewaktu di Karimabad. Terus kami berborak panjang.
Baru saya tahu kenapa dia kelihatan runsing tadi, rupanya dia baru mendapat tahu yang dia tidak dibenarkan meneruskan perjalanannya dengan berbasikal melalui Karakoram Highway sehingga ke Islamabad. Peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Pakistan berkuatkuasa serta merta ini adalah berikutan insiden 10 tourists yang dibunuh oleh Taliban di daerah Gilgit-Baltistan, kira-kira 2 atau 3 hari sebelumnya. Oleh kerana itu, dia terpaksa menaiki bas ke Islamabad bersama basikalnya.
Sedang kami berborak, 2 orang pegawai polis/tentera datang dan bertanya pelbagai soalan kepada pakcik France. Seorang pegawai menyuruh seorang lagi pegawai escort pakcik France sehingga ke stesen bas tempat dia menaiki bas ke Islamabad. Memang jelas kelihatan pakcik France tidak berasa selesa dengan arahan pegawai itu tapi memang tidak boleh berbuat apa-apa selain mengikut arahan mereka.
Akhirnya pakcik France berangkat dengan basikalnya bersama 2 pegawai tadi ke stesen bas. All the best pakcik France - dalam hati saya.
Saya masih lagi duduk bersarapan. Hari ini saya memang tidak ada apa-apa perancangan selain untuk menyelusuri setiap jalan di pekan Gilgit ini. Jadi, saya ada waktu yang banyak, no rush.
Jam 10 am, saya keluar daripada Old Madina Guesthouse. Saya berjalan kaki untuk melihat pekan Gilgit degan lebih dekat lagi.
Ternyata, tidak ada seorang perempuan pun yang saya jumpa sepanjang saya berjalan kaki di sini. Saya cuba elakkan pandangan mata daripada penduduk lokal yang kelihatan begitu 'pelik' melihat saya berjalan sendirian di tempat mereka. Saya tidak hiraukan pandangan mereka dan terus berjalan - tanpa arah atau map. Tapi saya cuba menghafal jalan pulang semula ke Old Madina Guesthouse.
Saya berjalan kaki sehingga sampai di lapangan terbang domestik Gilgit, sekolah, padang, masjid besar dan macam-macam lagi.
Sampai di satu sekolah, kebetulan sudah habis waktu belajar dan saya sempat bergambar bersama adik-adik kecil yang lengkap berpakaian sekolah. Mereka kelihatan begitu pemalu tapi sangat periang ;)
Kemudian saya berjalan lagi berpatah balik semula ke guesthouse. Dalam perjalanan pulang saya ternampak satu kedai kasut yang kelihatan sangat familiar. Nama kedai itu ialah Bata ! Teringat sekejap negaraku tercinta hehe. Saya masuk juga di dalam kedai Bata, saja melihat-lihat apa yang ada.
Kemudian saya meneruskan lagi perjalanan dan singgah di satu kedai runcit kerana ingin membeli air mineral.
Bila saya masuk di dalam kedai, tuan kedai yang pada waktu itu kelihatan agak sibuk melayan beberapa orang pelanggannya melihat saya seolah-oleh kenal. Padahal mana mungkin kerana ini adalah pertama kali saya ke Gilgit.
Tiba-tiba dia bertanya,
"Are you from Malaysia?.."
Saya menjawab,
"Yes...", sedikit terkejut bagaimana dia boleh tahu saya daripada Malaysia.
"I know you. You are Dr. Tariq's friend from Malaysia", katanya beriya-iya dan saya agak hairan pada waktu itu.
Katanya lagi,
"You know last night Dr. Tariq just called me and he said one lady from Malaysia is coming to Gilgit. Actually I almost forgot about this but when I see you suddenly I remember!"
Saya menjawab,
"Oh, yes I am Dr. Tariq's friend from Malaysia.", bla bla bla..
Dia menyuruh saya duduk di satu sudut kedainya sementara dia melayan dulu pelanggannya. Kemudian dia datang dan duduk berborak. Dia tanya saya hendak minum apa, jus atau coke. Saya agak segan pada mulanya tapi melihat dia beriya-iya sambil membuka pintu peti sejuk yang ada di dalam kedai, saya cakap jus sahaja.
Terus dia memberi saya sebuah air kotak jus mangga dan juga sebungkus plastik besar buah aprikot. Dia menyuruh saya makan buah aprikot dan dia juga turut sama duduk dan makan bersama saya.
Pemuda yang bernama Habib, berumur mungkin dalam lingkungan awal 30-an ini berkata kedai ini adalah kedai milik abangnya. Dia hanya kebetulan datang membantu abangnya yang sedang ada urusan lain.
Kami banyak berborak, daripada topik mengenai tourism di Pakistan, politik, sedikit sejarah tentang Pakistan, Taliban dan macam-macam lagi. Oh, dia juga berkata sangat mengagumi Tun Dr. Mahathir yang boleh menjadikan Malaysia seperti sekarang. Menurutnya, Pakistan memerlukan seseorang seperti Tun Dr. Mahathir untuk mengubah nasib rakyat Pakistan - perbualan menjadi lebih berat.
Setelah agak lama di situ, saya meminta diri. Habib bertanya rancangan saya pada esoknya, tapi saya belum ada rancangan lagi. Dia mengajak saya pergi ke kampungnya tak jauh dari Gilgit. Dia menyuruh saya datang semula ke kedainya esok jam 12 tengahari, katanya dia akan menunggu. Tapi saya beritahu tidak dapat berjanji lagi kerana, hmm iya saya jenis yang susah nak buat keputusan untuk tentukan apa yang akan saya buat, semuanya secara spontan dan ikut mood. Masalah? Fact. Saya faham.
Saya teruskan lagi berjalan. Hari semakin panas terik kerana sudah tengahari. Saya perasan banyak kedai yang tutup. Rupanya kebetulan hari ini ialah Jumaat, jadi semua pekedai akan menutup sementara kedai mereka untuk menunaikan solat Jumaat.
Saya berjalan sehingga sampai di satu bank. Saya meninjau-ninjau dari luar dan melihat ramai orang yang sedang beratur di ATM. Saya juga sebenarnya perlu mengeluarkan Rupees kerana hampir kehabisan wang tunai.
Sedang melihat-lihat bank dari luar, tiba-tiba ada yang menegur saya. Seorang lelaki berpakaian traditional kurta berumur sekitar akhir 30-an.
Dia bertanya,
"Are you Dr. Tariq's friend..?"
Biar betul. Dalam masa beberapa jam sudah ada 2 orang yang tak dikenali bertanya soalan yang sama.
Saya menjawab,
"Yes..."
"I know you Dr. Tariq's friend when I see you", katanya sambil tersenyum lebar.
Memang betul, tak susah rasanya untuk mengecam sayalah kawan perempuan Dr. Tariq yang datang dari Malaysia, kerana sayalah satu-satunya perempuan di situ. Lol.
Kami terus berborak di tepi bank dan kemudian dia mengajak saya untuk minum chai di kedai berdekatan.
Saya bersetuju dan mengikutnya masuk di dalam satu kedai makan yang agak penuh dengan pelanggan, mungkin kerana waktu itu adalah waktu makan tengahari.
Di dalam kedai, seperti biasa ada tempat duduk yang ditutup dengan kain langsir. Itu adalah tempat makan untuk pelanggan yang datang bersama keluarga yang ada wanita dalam keluarga tersebut. Di Pakistan memang tidak akan ada senario bercampurnya laki-laki dan perempuan, itu adalah undang-undang asas di Pakistan.
Saya dan kawan baru saya tadi yang bernama Saif, duduk di tempat terbuka (tanpa langsir) kerana kami tiada hubungan keluarga atau apa. Memang sayalah satu-satunya perempuan yang duduk di tempat terbuka pada waktu itu, agak janggal rasanya tapi saya buat seperti biasa.
Saif terus memesan makanan dan minuman untuk kami.
Menurut Saif, pemilik kedai berasal daripada Kashgar, China. Jadi makanan yang dihidangkan di kedai ini adalah makanan cina. Kami makan momos iaitu seperti dumpling berintikan daging dan sayuran. Momos sedap di makan semasa masih panas dan dicecah sedikit cuka.
Banyak juga yang kami borakkan sehingga sudah hampir waktu solat Jumaat. Sewaktu hendak membayar makanan saya bertanya Saif berapa harga momos tadi, tapi dia seperti agak tersinggung bila saya ingin membayar. Dia berkata saya adalah tetamunya di sini dan tak perlu risau untuk membayar atau apa. Melihat dia yang tiba-tiba begitu serius saya terus berkata okay. Di sini memang agak mustahil untuk kita menolak daripada dibelanja oleh penduduk tempatan. Apa yang boleh kita lakukan? Terima sahaja dan berterima kasih.
Semasa keluar daripada kedai, Saif sempat memberitahu yang dia akan datang ke guesthouse tempat saya menginap pada pukul 7 malam nanti kerana hendak membawa saya ke satu kedai makan untuk makan malam nanti. Saya cuma menjawab, okay insyaAllah kita jumpa lagi nanti.
Saya terus jalan kaki balik semula ke Old Madina Guesthouse yang terletak betul-betul di seberang jalan daripada kedai makan tadi. Di jalan raya saya melihat sudah ramai penduduk tempatan yang memakai kurta berjalan kaki menuju ke masjid besar untuk solat Jumaat.
Sampai di bilik saya berehat sebentar dan kemudian pergi ke bilik menonton television yang ada di Old Medina Guesthouse. Saya ke sana bukan untuk menonton television tapi untuk akses internet. Saya membawa netbook sendiri dan bertanya kepada staff guesthouse bagaimana untuk menggunakan internet di situ.
Saya diberi kabel LAN. Tidak ada Wifi.
Sempat juga saya membaca dan membalas email, Facebook dan Google lagi beberapa tempat di Pakistan. Pada waktu ini saya masih ada lebih kurang 2 minggu lagi di Pakistan dan belum ada rancangan untuk ke mana-mana lagi selepas Gilgit. Sewaktu berborak dengan Raji beberapa hari lepas, dia ada mencadangkan tempat yang menarik untuk saya pergi iaitu Ghizer Valley. Samada Ghizer Valley atau pun Skardu. Tapi mengikut keadaan semasa waktu itu, rasanya lebih baik saya pergi ke kawasan lebih terpencil seperti Ghizer kerana Skardu, pasti kawalan sekuriti di situ lebih ketat daripada biasa.
Setelah beberapa jam di situ, saya mulai bosan dan balik semula ke bilik. Di bilik agak panas kerana tidak ada elektrik. Saya mencapai daypack dan keluar semula ke jalanan Gilgit.
Jalan raya kembali sibuk dan sesak kerana semua sudah selesai solat Jumaat dan menyambung semula aktiviti harian mereka. Saya seperti biasa berjalan tanpa arah dan tujuan. Berjalan dan melihat orang melakukan kerja mereka pada saya adalah sesuatu yang menarik. Saya suka melihat dan kemudian banyak soalan yang timbul di kepala. Tapi sayangnya, tidak ada sesiapa di situ yang boleh saya tanya.
Ada sekali saya berhenti berjalan dan cuma melihat-lihat kawasan sekeliling. Terus ada lelaki yang datang kepada saya dan bertanya "Is everything alright miss? Anything I can help?". Wow. Saya beritahunya semuanya okay, tak ada masalah. Dia cuma tersenyum dan memberi salam sambil berjalan semula meneruskan urusannya. Satu lagi contoh sifat penduduk lokal yang saya kagumi.
Saya teruskan lagi berjalan. Oleh kerana terasa dahaga saya pergi ke satu gerai minuman. Di sini saya lihat banyak buah mangga yang dijual ditepi jalan. Saya pergi ke salah satu gerai minuman, sudah semestinya saya mahu mencuba jus mangga yang kelihatan sangat terkenal di sini. Saya order jus mangga dan minum di situ, ada beberapa orang tempatan pada waktu itu. Sewaktu minum, pemilik gerai berborak dengan saya, bertanya saya berasal daripada mana dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.
Setelah hampir setengah jam di situ, saya bergerak dan kembali semula ke jalanan Gilgit.
Sewaktu di jalan, tiba-tiba ada seorang lelaki yang menegur saya dan bertanya saya berasal daripada mana dan sebagainya. Katanya dia adalah pegawai polis dan wajib memastikan keselamatan tourist di Gilgit. Tapi dia cuma memakai pakaian biasa, bukan pakaian seragam polis atau pun tentera. Dia meminta nombor telefon saya, tanpa mengesyaki apa-apa saya terus mengeluarkan Blackberry kerana saya tidak menghafal nombor telefon lokal yang saya gunakan di sana. Setelah itu dia mengucapkan salam dan pergi seperti tergesa-gesa. Agak aneh kalau difikirkan semula. Hmm.
Hari sudah semakin lewat sekitar jam 6 petang dan saya kembali semula ke guesthouse. Raji sedang duduk di lobi dan saya berjumpa dengannya untuk bertanya bagaimana kalau saya hendak ke Ghizer Valley.
Dia menerangkan caranya dan kebetulan dia juga sedang ada kelapangan dan boleh pergi bersama saya ke Ghizer Valley. Kami bersetuju untuk pergi selama 4 hari 3 malam di sekitar Ghizer Valley.
Kemudian kami keluar berjalan kaki ke kedai runcit berdekatan guesthouse untuk membeli bekalan makanan untuk beberapa hari di sana nanti. Banyak juga yang kami beli seperti biskut, snek, sos cili, mi segera, paket chai dan beberapa jenis makanan lagi.
Kami pulang semula ke guesthouse setelah membeli stok makanan tadi. Sampai di guesthouse saya sudah ternampak Saif menunggu di lobi. Rupanya Saif adalah saudara kepada Raji dan kami bertiga akan keluar makan bersama. Raji mencadangkan untuk makan di satu tempat yang agak popular kerana lokasinya yang terletak di sebelah sungai dan makanannya yang lazat, terletak kira-kira 20 minit daripada guesthouse.
Saya dan Raji pergi ke sana dengan jeep manakala Saif pergi dengan motosikalnya.
Kami sampai di tempat makan dan terus memesan makanan. Saif sampai 10 minit selepas itu.
Memang ternyata sangat sedap makanan di situ. Kami makan daging dan ayam bakar bersama roti nan panas. Sekali lagi saya dibelanja oleh mereka dengan alasan saya adalah tetamu mereka.
Selepas makan kami pergi ke kedai elektrik kawan Raji kerana hendak meminta kawannya membetulkan set audio jeepnya. Kedai sudah tutup, tapi Raji masuk juga ke kedai dan bercakap sekejap sebelum kawannya terus membawa peralatan untuk membetulkan set audio tersebut. Saya diminta tunggu di dalam kedai dan di beri remote control untuk menonton television sementara mereka berdua membetulkan set audio jeep.
Setelah kira-kira 1 jam, akhirnya mereka selesai dan kami pulang semula ke guesthouse. Kami berjanji untuk berjumpa semula di lobi guesthouse esok pagi jam 8 am, sebelum berangkat ke Ghizer Valley.
Sampai di bilik saya mandi dan kemudian packing daypack untuk di bawa ke Ghizer Valley nanti.
Perjalanan ke Ghizer Valley dan tempat-tempat menarik akan saya kongsikan di entri seterusnya. Terima kasih kerana membaca :)
Selamat pagi Gilgit :)
Seperti biasa perasaan bangun pagi sendirian di bandar asing selalu mengujakan. Berfikir apa yang akan terjadi hari ini, siapa pula yang akan saya jumpa, tempat apakah yang akan saya jejaki? Banyak soalan di kepala. Tanpa membuang masa saya mandi dan bersiap untuk keluar memulakan hari baru di Gilgit yang merupakan pekan penting di daerah Gilgit-Baltistan ini.
Penting kerana di pekan inilah terdapatnya segala keperluan (walaupun jelas tak selengkap di tempat sendiri) untuk para traveler meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Hanya di Gilgit traveler boleh menggunakan mesin ATM - berita baik bagi yang sudah kehabisan wang tunai dan juga akses internet di cyber cafe untuk berhubung dengan dunia luar. Terdapat banyak juga kedai runcit, pakaian, kasut dan sebagainya. Pekan Gilgit yang terletak di lembah kawasan pergunungan Karakoram ini kelihatan begitu sibuk sekali dengan rutin harian penduduknya yang mungkin mencecah sehingga 200,000 orang.
Pekan di lembah banjaran Karakoram |
Semasa sedang bersarapan pagi, saya ternampak kelibat seorang pakcik, rupanya agak familiar. Pakcik yang memakai sut lengkap penunggang basikal dan kelihatan agak runsing disamping basikalnya yang diletakkan di sebelah kerusi tempatnya duduk.
Melihat saya yang sedang bersarapan sendirian dia menegur,
"Are you from Karimabad before this?.."
Saya menjawab,
"Yes.."
Tiba-tiba saya teringat semula, dia adalah pakcik daripada France yang menginap di hotel yang sama sewaktu di Karimabad. Terus kami berborak panjang.
Baru saya tahu kenapa dia kelihatan runsing tadi, rupanya dia baru mendapat tahu yang dia tidak dibenarkan meneruskan perjalanannya dengan berbasikal melalui Karakoram Highway sehingga ke Islamabad. Peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Pakistan berkuatkuasa serta merta ini adalah berikutan insiden 10 tourists yang dibunuh oleh Taliban di daerah Gilgit-Baltistan, kira-kira 2 atau 3 hari sebelumnya. Oleh kerana itu, dia terpaksa menaiki bas ke Islamabad bersama basikalnya.
Sedang kami berborak, 2 orang pegawai polis/tentera datang dan bertanya pelbagai soalan kepada pakcik France. Seorang pegawai menyuruh seorang lagi pegawai escort pakcik France sehingga ke stesen bas tempat dia menaiki bas ke Islamabad. Memang jelas kelihatan pakcik France tidak berasa selesa dengan arahan pegawai itu tapi memang tidak boleh berbuat apa-apa selain mengikut arahan mereka.
Akhirnya pakcik France berangkat dengan basikalnya bersama 2 pegawai tadi ke stesen bas. All the best pakcik France - dalam hati saya.
Saya masih lagi duduk bersarapan. Hari ini saya memang tidak ada apa-apa perancangan selain untuk menyelusuri setiap jalan di pekan Gilgit ini. Jadi, saya ada waktu yang banyak, no rush.
Jam 10 am, saya keluar daripada Old Madina Guesthouse. Saya berjalan kaki untuk melihat pekan Gilgit degan lebih dekat lagi.
Ternyata, tidak ada seorang perempuan pun yang saya jumpa sepanjang saya berjalan kaki di sini. Saya cuba elakkan pandangan mata daripada penduduk lokal yang kelihatan begitu 'pelik' melihat saya berjalan sendirian di tempat mereka. Saya tidak hiraukan pandangan mereka dan terus berjalan - tanpa arah atau map. Tapi saya cuba menghafal jalan pulang semula ke Old Madina Guesthouse.
Hiruk pikuk di jalan raya Gilgit |
Hiruk pikuk di pekan Gilgit #2 |
Pagar sekolah |
Model frozen food :D |
Mercu tanda pekan Gilgit |
Happy kids! |
Cute little boys in school uniform |
Bata ! :P |
Bila saya masuk di dalam kedai, tuan kedai yang pada waktu itu kelihatan agak sibuk melayan beberapa orang pelanggannya melihat saya seolah-oleh kenal. Padahal mana mungkin kerana ini adalah pertama kali saya ke Gilgit.
Tiba-tiba dia bertanya,
"Are you from Malaysia?.."
Saya menjawab,
"Yes...", sedikit terkejut bagaimana dia boleh tahu saya daripada Malaysia.
"I know you. You are Dr. Tariq's friend from Malaysia", katanya beriya-iya dan saya agak hairan pada waktu itu.
Katanya lagi,
"You know last night Dr. Tariq just called me and he said one lady from Malaysia is coming to Gilgit. Actually I almost forgot about this but when I see you suddenly I remember!"
Saya menjawab,
"Oh, yes I am Dr. Tariq's friend from Malaysia.", bla bla bla..
Dia menyuruh saya duduk di satu sudut kedainya sementara dia melayan dulu pelanggannya. Kemudian dia datang dan duduk berborak. Dia tanya saya hendak minum apa, jus atau coke. Saya agak segan pada mulanya tapi melihat dia beriya-iya sambil membuka pintu peti sejuk yang ada di dalam kedai, saya cakap jus sahaja.
Terus dia memberi saya sebuah air kotak jus mangga dan juga sebungkus plastik besar buah aprikot. Dia menyuruh saya makan buah aprikot dan dia juga turut sama duduk dan makan bersama saya.
Pemuda yang bernama Habib, berumur mungkin dalam lingkungan awal 30-an ini berkata kedai ini adalah kedai milik abangnya. Dia hanya kebetulan datang membantu abangnya yang sedang ada urusan lain.
Kami banyak berborak, daripada topik mengenai tourism di Pakistan, politik, sedikit sejarah tentang Pakistan, Taliban dan macam-macam lagi. Oh, dia juga berkata sangat mengagumi Tun Dr. Mahathir yang boleh menjadikan Malaysia seperti sekarang. Menurutnya, Pakistan memerlukan seseorang seperti Tun Dr. Mahathir untuk mengubah nasib rakyat Pakistan - perbualan menjadi lebih berat.
Setelah agak lama di situ, saya meminta diri. Habib bertanya rancangan saya pada esoknya, tapi saya belum ada rancangan lagi. Dia mengajak saya pergi ke kampungnya tak jauh dari Gilgit. Dia menyuruh saya datang semula ke kedainya esok jam 12 tengahari, katanya dia akan menunggu. Tapi saya beritahu tidak dapat berjanji lagi kerana, hmm iya saya jenis yang susah nak buat keputusan untuk tentukan apa yang akan saya buat, semuanya secara spontan dan ikut mood. Masalah? Fact. Saya faham.
Saya teruskan lagi berjalan. Hari semakin panas terik kerana sudah tengahari. Saya perasan banyak kedai yang tutup. Rupanya kebetulan hari ini ialah Jumaat, jadi semua pekedai akan menutup sementara kedai mereka untuk menunaikan solat Jumaat.
Saya berjalan sehingga sampai di satu bank. Saya meninjau-ninjau dari luar dan melihat ramai orang yang sedang beratur di ATM. Saya juga sebenarnya perlu mengeluarkan Rupees kerana hampir kehabisan wang tunai.
Sedang melihat-lihat bank dari luar, tiba-tiba ada yang menegur saya. Seorang lelaki berpakaian traditional kurta berumur sekitar akhir 30-an.
Dia bertanya,
"Are you Dr. Tariq's friend..?"
Biar betul. Dalam masa beberapa jam sudah ada 2 orang yang tak dikenali bertanya soalan yang sama.
Saya menjawab,
"Yes..."
"I know you Dr. Tariq's friend when I see you", katanya sambil tersenyum lebar.
Memang betul, tak susah rasanya untuk mengecam sayalah kawan perempuan Dr. Tariq yang datang dari Malaysia, kerana sayalah satu-satunya perempuan di situ. Lol.
Kami terus berborak di tepi bank dan kemudian dia mengajak saya untuk minum chai di kedai berdekatan.
Saya bersetuju dan mengikutnya masuk di dalam satu kedai makan yang agak penuh dengan pelanggan, mungkin kerana waktu itu adalah waktu makan tengahari.
Di dalam kedai, seperti biasa ada tempat duduk yang ditutup dengan kain langsir. Itu adalah tempat makan untuk pelanggan yang datang bersama keluarga yang ada wanita dalam keluarga tersebut. Di Pakistan memang tidak akan ada senario bercampurnya laki-laki dan perempuan, itu adalah undang-undang asas di Pakistan.
Saya dan kawan baru saya tadi yang bernama Saif, duduk di tempat terbuka (tanpa langsir) kerana kami tiada hubungan keluarga atau apa. Memang sayalah satu-satunya perempuan yang duduk di tempat terbuka pada waktu itu, agak janggal rasanya tapi saya buat seperti biasa.
Saif terus memesan makanan dan minuman untuk kami.
Menurut Saif, pemilik kedai berasal daripada Kashgar, China. Jadi makanan yang dihidangkan di kedai ini adalah makanan cina. Kami makan momos iaitu seperti dumpling berintikan daging dan sayuran. Momos sedap di makan semasa masih panas dan dicecah sedikit cuka.
Momos |
Semasa keluar daripada kedai, Saif sempat memberitahu yang dia akan datang ke guesthouse tempat saya menginap pada pukul 7 malam nanti kerana hendak membawa saya ke satu kedai makan untuk makan malam nanti. Saya cuma menjawab, okay insyaAllah kita jumpa lagi nanti.
Saya terus jalan kaki balik semula ke Old Madina Guesthouse yang terletak betul-betul di seberang jalan daripada kedai makan tadi. Di jalan raya saya melihat sudah ramai penduduk tempatan yang memakai kurta berjalan kaki menuju ke masjid besar untuk solat Jumaat.
Pekan Gilgit yang sunyi bila hampir waktu solat Jumaat |
Tangkap gambar curi-curi |
Masjid besar |
Saya diberi kabel LAN. Tidak ada Wifi.
Sempat juga saya membaca dan membalas email, Facebook dan Google lagi beberapa tempat di Pakistan. Pada waktu ini saya masih ada lebih kurang 2 minggu lagi di Pakistan dan belum ada rancangan untuk ke mana-mana lagi selepas Gilgit. Sewaktu berborak dengan Raji beberapa hari lepas, dia ada mencadangkan tempat yang menarik untuk saya pergi iaitu Ghizer Valley. Samada Ghizer Valley atau pun Skardu. Tapi mengikut keadaan semasa waktu itu, rasanya lebih baik saya pergi ke kawasan lebih terpencil seperti Ghizer kerana Skardu, pasti kawalan sekuriti di situ lebih ketat daripada biasa.
Setelah beberapa jam di situ, saya mulai bosan dan balik semula ke bilik. Di bilik agak panas kerana tidak ada elektrik. Saya mencapai daypack dan keluar semula ke jalanan Gilgit.
Jalan raya kembali sibuk dan sesak kerana semua sudah selesai solat Jumaat dan menyambung semula aktiviti harian mereka. Saya seperti biasa berjalan tanpa arah dan tujuan. Berjalan dan melihat orang melakukan kerja mereka pada saya adalah sesuatu yang menarik. Saya suka melihat dan kemudian banyak soalan yang timbul di kepala. Tapi sayangnya, tidak ada sesiapa di situ yang boleh saya tanya.
Suratkhabar baru? |
Siapa nak beli kasut? |
Minta sikit! :P |
Saya teruskan lagi berjalan. Oleh kerana terasa dahaga saya pergi ke satu gerai minuman. Di sini saya lihat banyak buah mangga yang dijual ditepi jalan. Saya pergi ke salah satu gerai minuman, sudah semestinya saya mahu mencuba jus mangga yang kelihatan sangat terkenal di sini. Saya order jus mangga dan minum di situ, ada beberapa orang tempatan pada waktu itu. Sewaktu minum, pemilik gerai berborak dengan saya, bertanya saya berasal daripada mana dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.
Setelah hampir setengah jam di situ, saya bergerak dan kembali semula ke jalanan Gilgit.
Sewaktu di jalan, tiba-tiba ada seorang lelaki yang menegur saya dan bertanya saya berasal daripada mana dan sebagainya. Katanya dia adalah pegawai polis dan wajib memastikan keselamatan tourist di Gilgit. Tapi dia cuma memakai pakaian biasa, bukan pakaian seragam polis atau pun tentera. Dia meminta nombor telefon saya, tanpa mengesyaki apa-apa saya terus mengeluarkan Blackberry kerana saya tidak menghafal nombor telefon lokal yang saya gunakan di sana. Setelah itu dia mengucapkan salam dan pergi seperti tergesa-gesa. Agak aneh kalau difikirkan semula. Hmm.
Hari sudah semakin lewat sekitar jam 6 petang dan saya kembali semula ke guesthouse. Raji sedang duduk di lobi dan saya berjumpa dengannya untuk bertanya bagaimana kalau saya hendak ke Ghizer Valley.
Dia menerangkan caranya dan kebetulan dia juga sedang ada kelapangan dan boleh pergi bersama saya ke Ghizer Valley. Kami bersetuju untuk pergi selama 4 hari 3 malam di sekitar Ghizer Valley.
Kemudian kami keluar berjalan kaki ke kedai runcit berdekatan guesthouse untuk membeli bekalan makanan untuk beberapa hari di sana nanti. Banyak juga yang kami beli seperti biskut, snek, sos cili, mi segera, paket chai dan beberapa jenis makanan lagi.
Kami pulang semula ke guesthouse setelah membeli stok makanan tadi. Sampai di guesthouse saya sudah ternampak Saif menunggu di lobi. Rupanya Saif adalah saudara kepada Raji dan kami bertiga akan keluar makan bersama. Raji mencadangkan untuk makan di satu tempat yang agak popular kerana lokasinya yang terletak di sebelah sungai dan makanannya yang lazat, terletak kira-kira 20 minit daripada guesthouse.
Saya dan Raji pergi ke sana dengan jeep manakala Saif pergi dengan motosikalnya.
Kami sampai di tempat makan dan terus memesan makanan. Saif sampai 10 minit selepas itu.
Memang ternyata sangat sedap makanan di situ. Kami makan daging dan ayam bakar bersama roti nan panas. Sekali lagi saya dibelanja oleh mereka dengan alasan saya adalah tetamu mereka.
Ini adalah sedap! |
Setelah kira-kira 1 jam, akhirnya mereka selesai dan kami pulang semula ke guesthouse. Kami berjanji untuk berjumpa semula di lobi guesthouse esok pagi jam 8 am, sebelum berangkat ke Ghizer Valley.
Sampai di bilik saya mandi dan kemudian packing daypack untuk di bawa ke Ghizer Valley nanti.
Perjalanan ke Ghizer Valley dan tempat-tempat menarik akan saya kongsikan di entri seterusnya. Terima kasih kerana membaca :)
selamat tahun baru 2014
ReplyDeletebestnya pengalaman anda di sana
ReplyDeletesalam maulidur Rasul et,
ReplyDeletetang mintak no phone tu
rasa cam pelik jer,
alhamdulillah awak selamat.
cepat2 sambung eh suka baca cara aawak menulis :)
best baca blog ET ini..full filling info and inspiration!
ReplyDeleteAssalamualaikum awak. berani awak travel sorang diri. saya kagum! seronok baca entri awak...
ReplyDeleteSalam ET, best baca blog awak. Perempuan jer boleh pergi pakistan..respek, InsyaAllah nak plan naik kakakoram highway dalam tempoh 5 tahun lagi.. Nice, ada fb tak or whatsap ke?
ReplyDeletesyabas u telah berjaya membuka minda malaysian suma boleh mau tak mau je . sya pernah travel alone ke bangkok alone by train memang best .klau ada masa lagi sya nak gi pakistan jgak
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.

ReplyDelete