Saturday, March 22, 2014

Pakistan Part 12 - Phandar Valley and trout fish !

1 Julai 2013

Bangun pagi di Yasin Valley, cuaca sejuk terasa sampai ke tulang sumsum. Tapi ku gagahi juga untuk mandi dan bersiap pagi itu kerana kami akan ke Phandar pula, satu lagi tempat menarik di Ghizer Valley.

Perjalanan daripada Yasin ke Phandar mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jeep. Perjalanan yang panjang tidak terasa kerana pemandangan banjaran Hindukush yang betul-betul mengagumkan. Sepanjang perjalanan kami melihat gunung-ganang yang tersergam megah di kanan dan kiri kami. Sungai yang deras dan jernih juga sentiasa berada di sebelah kanan jalan mengiringi perjalanan kami ke Phandar.

Journey to Phandar Valley
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Phandar
Sungai yang sangat jernih
Hindukush landscape
Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami sampai di satu tempat yang kelihatan agak ramai penduduk kampung di situ. Saya juga ternampak satu papan tanda 'Picnic Spot for Trout Fish'. Raji turun daripada jeep dan bercakap dengan beberapa penduduk kampung di situ.

Kemudian Raji memberitahu saya jalan di hadapan untuk sampai ke Phandar telah rosak teruk akibat tanah runtuh. Menurutnya kami perlu tinggalkan jeep di situ dan trekking sedikit untuk melepasi kawasan tanah runtuh. Saya tidak ada masalah dan terus bersetuju sahaja.

Tanpa membuang masa Raji terus bercakap dengan beberapa orang kampung di situ dan bertanya di mana dia boleh meninggalkan jeepnya selama 2 hari kerana kami akan bermalam di Phandar nanti.

Orang kampung di situ kelihatan bersungguh-sungguh untuk membantu dan menyuruh Raji parking jeepnya di tepi jalan, tak jauh daripada papan tanda 'Picnic Spot for Trout Fish' tadi.

Setelah parking jeep di situ, kami mengangkat beg masing-masing dan terus berjalan melewati kawasan tanah runtuh. Pada mulanya jalan agak menanjak dan kemudian mendatar melalui jalan yang berbatu kerikil.

Melepasi kawasan tanah runtuh
Kami berjalan kira-kira 20 sehingga 30 minit sehinggalah sampai di satu rumah tumpangan yang terletak betul-betul di tepi sungai yang diberi nama Pingal.

Pingal River
Kami meninggalkan beg di rumah tumpangan tersebut yang juga merupakan milik kawan Raji. Sementara kawan Raji mendapatkan kereta sewa untuk kami meneruskan perjalanan ke Phandar, kami berehat di tepi sungai.

Setelah kira-kira setengah jam berehat di tepi sungai, kawan Raji datang dengan sebuah kereta sedan bewarna kuning cair yang kelihatan sudah agak tua. Kawan Raji yang memandu kereta tersebut seorang lelaki berumur 40-an, sangat tinggi dan memakai kurta.

Setelah Raji bercakap sekejap dengan kawannya itu, kami masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke Phandar. Phandar terkenal dengan tasiknya yang dipenuhi dengan ikan trout. Ikan trout adalah ikan yang sangat sedap dan semenjak berada di Pakistan saya telah beberapa kali dijamu dengan ikan trout oleh penduduk kampung. Secara jujurnya saya bukanlah penggemar ikan atau hidupan laut yang lain, tapi ikan trout pada saya betul-betul sedap walaupun ikan ini hanya digoreng begitu sahaja.

Jadi tujuan utama kami ke Phandar tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memancing ikan trout ! Hehe

Perjalanan daripada rumah tumpangan ke Phandar tidak pernah membuat saya bosan kerana pemandangan yang sangat cantik dan memukau. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan kecantikan tempat bernama Phandar ini.

Phandar Valley
Setelah kira-kira 1 jam perjalanan dengan kereta akhirnya kami sampai di tempat tujuan iaitu Phandar Lake. Kami harus berjalan kaki sejauh kira-kira 500 meter kerana Phandar Lake terletak agak jauh daripada jalanraya.

Pada waktu kami sampai di situ cuaca agak berangin. Walaupun masih musim panas (summer) dan terasa terik matahari tetapi tetap sejuk dengan tiupan agin yang agak kuat.

Setelah beberapa minit berjalan kaki akhirnya kami sampai di tepi tasik.

Sebuah tasik yang begitu cantik dan tenang sekali. Seperti biasa tidak ada sesiapa di situ selain kami.

Phandar Lake
Tasik yang sangat jernih
Saya terus duduk di tepi tasik manakala Raji mencuba nasib dengan memancing ikan trout di situ. Kami telah merancang untuk menjadikan tangkapan ikan trout sebagai makan malam kami nanti.

Phandar Lake
Saya terus menunggu di tepi tasik sambil makan bekalan snek dan biskut yang kami bawa di dalam beg. Rasanya saya sanggup duduk berjam-jam di situ tanpa berbuat apa-apa sambil menikmati pemandangan tasik yang berlatarbelakangkan banjaran Hindukush dengan ketenangan tasik yang luarbiasa.

Cuma sesekali saya terdengar bunyi serangga yang bermain-main di atas air. Kadangkala terasa angin yang agak kuat sehingga saya terpaksa menyeluk tangan di dalam poket baju sejuk yang saya pakai waktu itu kerana terasa sedikit kesejukan.

Sedang mengelamun sendiri, tiba-tiba Raji memanggil dan dia menunjukkan ikan trout berada di hujung jorannya sambil tersenyum lebar. Ikan trout yang pertama untuk malam nanti, yay! :D

Tak lama kemudian ikan trout yang kedua berjaya dipancing. Seronok rasanya bila semakin banyak ikan trout yang berjaya dipancing.

Pada masa yang sama, saya perasan tak jauh daripada tempat kami memancing ada 2 orang pengembala kambing. Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lagi lelaki berusia sekitar 40-an.

Mereka membawa sekumpulan kambing menyeberangi anak sungai tak jauh dari tempat kami memancing. Selain kambing saya juga perasan ada sekumpulan keldai yang dibawa oleh pengembalanya. Pada saya ianya amat unik. Kalau tadi saya terpukau dengan pemandangan tasik dan banjaran Hindukush, sekarang perhatian saya beralih pula kepada aktiviti pengembala haiwan ternakan pula.

Si pengembala kambing


Kawan Raji yang memandu kereta tadi pun datang kepada kami. Raji menyerahkan joran kepada beliau untuk dia mencuba nasib pula. Menurut Raji, agak sukar memancing ikan trout bila keadaan agak berangin seperti waktu itu.

Setelah beberapa minit memancing, kawan Raji berjaya mendapatkan trout. Seekor demi seekor trout berjaya dipancingnya. Saya teruja setiap kali melihat trout yang berjaya dipancing dan dikumpulkan di atas tanah. Semakin banyak trout yang terkumpul bermaksud semakin besarlah makan malam kami nanti hehe.

Hasil tangkapan ;)
Trout fish!
Hampir 3 jam kami memancing sebelum kami beredar daripada situ.

Kami berangkat pulang semula ke rumah tumpangan di tepi sungai tadi.

Di dalam perjalanan, kami telah beberapa kali berhenti di tepi jalan untuk menikmati lagi pemandangan Phandar yang luarbiasa.

Me with Phandar Valley background
Sungai tepi jalan
Sampai di rumah tumpangan kami banyak berborak lagi sebelum mandi dan kemudian menunggu mereka menyediakan makan malam. Hidangan pada malam itu sangat istimewa kerana kami dijamu dengan banyak sekali ikan trout bersama ayam yang dimasak seperti kari. Sungguh berselera kami makan walaupun tidak ada elektrik pada malam itu. Kami makan hanya diterangi dengan cahaya lilin.

Setelah makan kami berborak lagi sebelum tidur. Keesokannya kami akan berangkat pulang semula ke Gilgit.

Terima kasih kerana sudi membaca. Sambungan seterusnya adalah pengalaman saya memandu 4 wheels drive mountain jeep di sana. Stay tune ! ;)

29 comments:

  1. kalau kat malaysia..kambing biri2 aku sgt takut dgn air

    ReplyDelete
  2. subhanallah cantiknya sungai tuh.. xpenah terlintas nak ke pakistan hihik. menarik :D

    ReplyDelete
  3. cantiknya Phandar Valley ni...teringin plak nak makan trout fish ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. serius sangat cantik.. bestnya kalau dapat pengalaman mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. Subhanallah. cantik betul tempat2 di pakistan. beraninya awak travel sesorang. kagum gila okey. cepat sambung cerita lagi ye ~~~

    ReplyDelete
  6. Subhanallah cantiknya tasik tu...bestnya. Ikan trout tu ikan kerapu kan? Saya pernah makan ikan ni masa di Australia, sedap!

    ReplyDelete
  7. Ikan trout hidupan laut ke??? :p

    ReplyDelete
  8. Wahhhh...saya amat kagum dengan saudari yang mengembara seorang diri! well done!

    ReplyDelete
  9. comey ikan trout tu ada corak dot2..
    cantiknya views ni, untung et dah sampai sana..thanks sharing
    :)

    ReplyDelete
  10. Subahanallah cantik sungguh pemandang di Phandar Valley..
    Ikan trout tu sedap sungguh... kenyang la korang makan yer :D

    ReplyDelete
  11. ET, cantiknya pemandangan kat sana. Kagum sebab satu benua, tapi rupabentuk dah lain sekali :))

    Cepat sikit update ya? :D

    -kairulizwan.com

    ReplyDelete
  12. cantiknya tempat ni bertuah dapat sampai sana

    ReplyDelete
  13. sangat teruja bila baca entri nie...... my next destination...... hopefully

    ReplyDelete
  14. Sangat cantik scenery di sana....

    ReplyDelete
  15. Salam tuan blog, nak tanya.. camera apa yg digunakan ye? Tq.

    kembaratravelog.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. HBAT!

    btw, bru tahu pasal awk tru a stranger i met in KTM

    ReplyDelete
  17. Just search on google and you can easily find best company.
    wholesale Jewelry

    ReplyDelete
  18. benar benar mnyenangkan yah bisa tour ke pakisstan bisa pula anda travelling

    ReplyDelete
  19. Subhanallah. Indah sungguh alam ciptaan Allah s.a.w. Baru terjumpa blog ni. Salam perkenalan. Keep writing.

    ReplyDelete
  20. Cantiknya pakistan. Dah macam NZ pun ada. Btw, kami baru saja launch travel blog di www.thetravelling3o.com. 1st post is about backpacking in NZ. Much appreciated if famous blogger like you can drop some feedback or comment. Thank you ;)

    ReplyDelete
  21. Salam Traveller...:)...wah..nice view...cantik btol Pakistan..wish can be here one day

    ReplyDelete
  22. Salam kenal! Blongnya keren! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto travel. Jika Anda mau share dan download foto2 dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

    ReplyDelete
  23. Saya lihat seseorang share mengenai blog ini di Twitter dan sungguh mengagumkan, perjalanan keliling negara-negara yang jarang dikunjungi oleh turis kebanyakan. Salam dari Jakarta!

    ReplyDelete
  24. it is good opportunity. medicaid billing may be complicated, but the company is helping.
    Bosnia-Herzegovina

    ReplyDelete
  25. Tertarik dengan travel yg dilaksankan oleh cik cuma nak tanya tentang kos perjalananyg panjang tu dan macam mana menyengara kewangan

    ReplyDelete
  26. Subhanallah...cntiknya. beruntung sgt awk dpt p cne. Jeles okay :D

    ReplyDelete