Saturday, December 14, 2013

Pakistan Part 8 - Welcome to Gilgit :)

27 June 2013

Sedar tak sedar dah 6 hari saya 'terperangkap' di Karimabad. Mulanya ingat nak stay 2 atau 3 hari je tapi terlajak sampai 6 hari. Kalau ikutkan memang nak stay lagi tapi masih ada tempat lain yang saya nak tengok di Pakistan ni. Jadi pagi 27 June dengan berat hati saya terpaksa meninggalkan Karimabad.

Malam sebelumnya saya dan Chris (solo traveller daripada Hong Kong) dah berjanji untuk pergi ke Aliabad bersama. Chris akan meneruskan perjalanan ke SUST untuk masuk ke tanah besar China. Saya pula akan meneruskan perjalanan ke Gilgit. Kami perlu ke Aliabad dan kemudian menaiki kenderaan awam untuk ke destinasi masing-masing. Jarak dari Karimabad ke Aliabad tidaklah terlalu jauh, cuma sekitar 15 minit dengan Suzuki (teksi).

Kami janji untuk berjumpa di restoren hotel Karimabad Inn (hotel tempat saya menginap) pada jam 10.00 am.

Jam 9.30 am saya dah siap mengemas backpack dan terus ke restoren hotel untuk bersarapan pagi dulu sebelum check-out dan seterusnya bertolak ke Aliabad.

Masuk je restoren saya dah nampak Chris sedang bersarapan. Terlihat juga backpacknya yang sederhana besar disandarkan dimeja sebelah. Saya terus meletakkan backpack saya disitu juga dan kemudian order sarapan pagi - sandwich ayam dan seperti biasa, chai.

Kami bersarapan sambil berborak dan tak lama kemudian Susan (solo traveler daripada US) datang dan bersarapan pagi bersama kami. Terharu juga kerana Susan sanggup datang daripada hotel dia untuk bersarapan bersama kami dan mengucapkan selamat jalan kepada kami berdua.

Setelah selesai bersarapan, saya memanggil Hussain iaitu pemilik Karimabad Inn untuk check-out dan membayar bil dorm dan juga semua makan minum saya selama saya menginap di Karimabad Inn.

Di Karimabad Inn sewaktu check-in tidak perlu membayar apa-apa dan jika makan atau minum di restoren hotel tidak perlu membayar terus sebaliknya mereka menyediakan sebuah buku besar seperti buku rekod dan kita perlu menulis di buku tersebut setiap kali makan dan minum di situ.

Jadi untuk check-out Hussain perlu mengira semua jumlah makan, minum dan tempoh saya menginap di situ. Dia mengira dengan kalkulator dan menunjukkan jumlahnya. Kemudian dia menyuruh saya sendiri mengira total sekali lagi dengan kalkulatornya.

Saya mengira sendiri dengan kalkulator dan kemudian menunjukkan jumlah yang dikiranya tadi sama dengan kiraan saya. Terus saya membayar jumlah tersebut dan mengucapkan selamat tinggal kepada Hussain dan beberapa lagi pekerja di Karimabad Inn yang sememangnya sangat peramah dan sentiasa merendah diri. Kalau saya ada peluang untuk ke Karimabad lagi, pasti saya akan kembali menginap di sini.

Saya, Chris dan Susan berjalan keluar daripada restoren Karimabad Inn dan pergi ke jalan besar tak jauh daripada Karimabad Inn dan menunggu teksi di situ. Buat kali terakhir Susan mengucapkan selamat jalan kepada kami dan selepas itu dia pulang semula ke hotel tempat dia menginap.

Tak lama kami menunggu, ada sebuah Suzuki (teksi) yang berhenti berdekatan kami dan bertanya kami hendak ke mana. Kami cakap Aliabad dan dia menyuruh kami naik Suzukinya. Chris tanya berapa tambang untuk ke Aliabad, pakcik itu cakap 30 PKR/0.3 USD. Kami terus setuju untuk naik Suzukinya untuk ke Aliabad.


Dalam teksi daripada Karimabad ke Aliabad
Pakcik teksi memberhentikan Suzukinya betul-betul di depan sebuah pondok kecil yang merupakan tempat membayar tambang van untuk ke Gilgit. Terlihat juga ada sebuah van yang sudah hampir penuh dengan penumpang - semuanya penduduk tempatan.

Pondok tempat membayar tiket van dan menulis di buku rekod
Kami berdua turun di situ dan Chris perlu mencari bas untuk ke SUST.

Tanpa berlengah saya terus masuk ke pondok dan bertanya berapa tambang untuk ke Gilgit. Tempat itu agak penuh dengan orang tempatan dan kelihatan masing-masing sedang sibuk memunggah barangan di atas van.

Pekerja di dalam pondok memberitahu tambang ialah sebanyak 200 PKR/2 USD. Selepas membayar terus dia menyuruh saya menulis beberapa butir diri seperti nama, nombor passport dan beberapa butir peribadi lagi di dalam buku rekod penumpang.

Kemudian ada seorang lelaki terus meminta backpack saya dan rupanya dia hendak memunggah ke atas bumbung van. Saya melihat saja dan kemudian lelaki tadi meyuruh saya masuk ke dalam van.

Van daripada Karimabad ke Gilgit
Saya lihat tempat penumpang dalam van sudah agak penuh, lelaki tadi menyuruh saya duduk di hadapan iaitu bersebelahan pemandu. Hanya saya seorang wanita pada waktu itu dan seperti biasa wanita mendapat tempat dan layanan yang lebih baik. Sementara mereka bersesak-sesak di tempat duduk penumpang di belakang saya pula dengan selesa duduk di hadapan :P

Tak lama menunggu dalam van, pemandu terus memulakan perjalanan ke Gilgit.

Perjalanan daripada Karimabad ke Gilgit mengambil masa kira-kira 4 jam. Pemandangan gunung ganang di sepanjang perjalanan yang begitu menakjubkan membuatkan perjalanan tidak terasa panjang. Sesekali van akan melalui pekan kecil dan terlihat penduduk kampung yang sedang sibuk dengan urusan harian masing-masing.

Kanak-kanak perempuan Pakistan dengan uniform sekolah
Lori truck berhias yang terkenal di Pakistan 
On the way to Gilgit
Van penumpang
Sewaktu dalam perjalanan ada juga beberapa kali penduduk tempatan yang sedang berjalan kaki menahan van. Kemudian pemandu van menyuruh penduduk tempatan yang menahan van itu tadi naik. Kira-kira dalam 1 jam selepas itu penduduk tempatan tadi bercakap sesuatu (malangnya saya tidak faham) dengan pemandu van. Pemandu van memberhentikan vannya di tepi jalan dan penduduk tempatan tadi turun tanpa membayar apa-apa pun kepada pemandu van. Maksudnya di sini penduduk tempatan boleh menaiki van secara percuma? Saya juga tidak faham sebenarnya. Macam hitchhike pula kan?

Setelah hampir 4 jam perjalanan, van melalui sebuah jambatan besi yang agak besar merentasi sungai deras kemudian saya ternampak pintu gerbang yang tertulis ' Welcome to Gilgit'. Ini menunjukkan saya sudah sampai di Gilgit, sebuah bandar besar yang menjadi hub kepada traveler dan juga pendaki gunung di sekitar daerah Gilgit-Baltistan.

Jambatan besi menuju ke Gilgit
'Welcome to Gilgit'
Dalam beberapa minit van berhenti di sebuah tempat yang kelihatan seperti stesen bas, terlihat juga banyak Suzuki dan van di situ.

Pemandu van memberitahu saya perlu turun di sini. Oh ok, baru saya keluar daripada van dan mendapatkan backpack saya yang dihulurkan oleh seorang lelaki dari atas bumbung van.

Sebaik sahaja menyandang backpack, ramai pemandu Suzuki yang bertanya saya hendak ke mana. Saya memang sudah ada tempat untuk di tuju iaitu Old Madina Guesthouse yang di rekomenkan oleh Dr. Tariq dan juga Raji.

Saya bertanya kepada salah seorang pemandu Suzuki di situ berapa tambang untuk ke Old Madina, pakcik itu memberitahu sebanyak 300 PKR/3 USD. Pada saya agak mahal kerana kalau dibandingkan dengan tambang saya daripada Karimabad ke Gilgit yang sejauh 4 jam hanyalah 200 PRK. Manakala jarak dari stesen bas ini ke Old Madina saya rasa tidaklah terlalu jauh.

Saya menawar sedikit (saya tidak pandai bab tawar-menawar) dan akhirnya dapatlah 250 PKR/2.5 USD. Kira okla sebab kalau ikutkan tidaklah terlalu mahal sebenarnya 2.5 USD iaitu bersamaan RM 7.50. Tapi biasalah saya kalau boleh memang nak dapat semurah yang mungkin.

Setelah bersetuju dengan harga yang saya tawarkan pakcik tadi terus mengangkat backpack saya dan memasukkannya di dalam bonet kereta. Waktu itu jam sudah menunjukkan sekitar 2.30 pm.

Sepanjang perjalanan ke Old Madina saya melihat banyak perbezaan bandar ini jika hendak dibandingkan dengan Karimabad. Bandar Gilgit lebih besar dan sibuk. Saya juga melalui lapangan terbang Gilgit yang sederhana besar saiznya. Saya juga dapat melihat banyak askar yang lengkap dengan senjata berkawal di tengah jalan. Baru beberapa minit di bandar Gilgit saya sudah terasa teruja untuk melihat lebih banyak lagi apa yang ada di sini.

Selepas kira-kira 15 minit perjalanan, akhirnya Suzuki berhenti di depan Old Madina Guesthouse. Pakcik teksi tolong mengangkat backpack saya dan terus masuk ke lobi guesthouse. Hm sebenarnya saya boleh je nak angkat sendiri tapi sungguh pantas pakcik tu menyandang backpack saya yang diambil daripada bonet kereta.

Setelah sampai di lobi Old Madina saya bertanya kepada seorang staf yang ada di situ yang saya memerlukan sebuah bilik dan bertanya berapa harga untuk 1 malam.

Dia mengajak saya untuk melihat beberapa bilik terlebih dulu. Saya memilih untuk menginap di bilik private kerana tandas di dalam. Saya fikir itu lebih mudah untuk saya berbanding di bilik lain yang tandasnya di luar.

Harga cuma 300 PKR/3 USD untuk 1 malam. Murah kan?

Private room di Old Medina - 300 PKR/night
Setelah itu kami pergi ke lobi semula dan saya diminta untuk menulis beberapa butir peribadi di dalam buku rekod dan setelah itu diberikan kunci bilik, A-7.

Lega rasanya dapat berehat di bilik. Saya baru teringat untuk memaklumkan kepada Dr. Tariq yang saya sudah sampai di Gilgit. Dr. Tariq menyuruh saya hubungi Raji kerana dia memang ada di Gilgit.

*Maaf kalau ada yang bingung siapa Dr. Tariq dan Raji, sila baca entri sebelumnya. Terima kasih*

Saya SMS Raji dan memberitahu yang saya sudah sampai di Old Madina dan dia membalas akan sampai dalam beberapa minit di lobi Old Madina.

Selepas 10 minit dia SMS lagi dan katanya sudah ada di lobi Old Madina. Tak sempat nak tidur haha.

Dengan cepat saya bersiap dan keluar berjumpa dengan Raji di lobi Old Madina. Kami berborak sekejap kemudian dia mengajak saya keluar. Saya tidak pasti hendak ke mana waktu itu.

Keluar daripda Old Madina saya ternampak sebuah jeep bewarna biru muda dan rupanya itu adalah jeep milik Raji. Pada saya jeep itu sangat 'cool'. Memang tak jumpa jeep sebegitu kalau di Kuala Lumpur. Jeep ini khas untuk pemanduan di jalan yang agak 'rough' dan juga kawasan-kawasan pergunungan.

Kami banyak berborak sepanjang perjalanan yang melalui kampung-kampung dan sungai Gilgit yang pada saya amat cantik. Kemudian Raji berhenti di sebuah kedai kecil di tepi jalan untuk membeli air minuman dan meneruskan perjalanan lagi sehinggalah berhenti di satu tempat yang agak terpencil.

Sungai deras di Gilgit
Sungai di Gilgit
Kemudian kami berjalan kaki dan menyeberangi sebuah jambatan. Di bawah jambatan terdapat sebuah sungai yang sangat-sangat cantik, airnya jernih dan deras. Saya sangat kagum melihat keindahan semula jadi yang ada di mana-mana sahaja di Gilgit ini, SubhanAllah.

Terdapat banyak jambatan sebegini di Gilgit
Sungai berdekatan Karga Buddha
Damai~
Tak jauh daripada jambatan, Raji menunjukkan terdapat sebuah ukiran besar patung Buddha di atas batu. Ukiran tersebut juga dikenali sebagai Karga Buddha. Menurut Raji, ini adalah kesan peninggalan para penganut Buddha yang melalui Gilgit beribu tahun dahulu sebelum terbentuknya lagi negara Pakistan pada waktu itu. Ini juga adalah kesan peniggalan sejarah penganut Buddha yang melalui Silk Route beribu tahun dahulu.

Karga Buddha
Tenang~
Kami duduk dan banyak berborak di situ sambil minum air yang dibeli Raji tadi. Daripada 1 topik ke topik yang lain yang kebanyakannnya berkisar tentang industri pelancongan di Pakistan sehinggalah topik mengenai Taliban. Saya bersetuju dengan Raji yang mengatakan media luar banyak memberi maklumat tidak betul kepada dunia tentang bahaya dan ancaman yang ada di Pakistan. Tapi itu semua tidak betul sama sekali, malahan saya berasa sangat selamat travel di Pakistan walaupun saya travel sendirian.

Industri pelancongan di Pakistan amat terjejas semenjak terjadinya kejadian 11/9. Sehingga sekarang mereka yang terlibat dengan industri pelancongan bertungkus lumus untuk menaikkan semula imej bersih Pakistan supaya lebih ramai tourist datang terutamanya di daerah utara Pakistan. Industri pelancongan adalah salah satu sumber ekonomi utama di daerah utara Pakistan atau lebih spesifiknya di daerah Gilgit-Baltistan.

Setelah hampir 1 jam, kami beredar dari situ dan menaiki jeep semula. Menurut Raji kami akan singgah di rumah kakaknya yang tidak terlalu jauh dari situ.

Sampai di rumah kakaknya, saya di sambut oleh ramai kanak-kanak berusia 1 sehingga 12 tahun. Mereka adalah anak-anak saudara Raji yang memang comel.

Rumah kakak Raji
Seperti biasa apabila pergi ke rumah orang di Pakistan, tidak sah kalau tidak dijamukan dengan chai dan juga makanan ringan. Kakak Raji tidak terlalu fasih berbahas Inggeris tapi sangat mengalu-alukan kedatangan saya di rumahnya.

Saya yang memang sentiasa membawa gula-gula di dalam daypack (saya beli banyak gula-gula sewaktu di Kashgar untuk kanak-kanak di Pakistan) saya beri kepada mereka. Seronok melihat telatah mereka, termasuklah anak saudara Raji yang paling kecil iaitu Muhammad Anas yang kalau tak salah saya baru berusia 1 tahun.

Kemudian kami pergi ke halaman rumah dan bermain di luar. Ada juga anak-anak jiran yang datang ke rumah kakak Raji dan cuba berborak dengan saya. Mungkin mereka teruja melihat orang luar seperti saya dan waktu itulah mereka cuba berlatih bahasa Inggeris yang mereka pelajari di sekolah ;)

Muhammad Anas
Suman 
Di halaman rumah kakak Raji terdapat banyak pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada juga binatang ternakan seperti kambing dan ayam. Kami makan buah aprikot segar di halaman rumah dan juga buah almond.

Mengupas buah almond
:)
Muhammad Anas with his mom
Tanpa disedari hari sudah hampir gelap. Raji memberitahu kakaknya mengajak saya untuk makan malam dirumahnya sahaja. Pada mulanya saya agak segan tapi kerana tidak mahu menolak niat baik kakaknya jadi saya bersetuju untuk makan malam di situ.

Saya lihat kakak Raji memetik sayuran di halaman rumahnya untuk dimasak, dan anak-anak perempuannya yang mungkin berumur 6 atau 7 tahun sibuk menolong ibunya memetik sayuran juga.

Saya banyak bermain dengan Muhammad Anas sementara ibunya sibuk menyediakan makan malam. Setelah hari betul-betul gelap kami masuk semula ke rumah dan menonton television. Oh ya saya ingat lagi, kami menonton rancangan kartun Doraemon yang di alih suara ke bahasa Urdu. Sangat unik rasanya :D

Saya bertanya kepada Raji samada kakaknya memerlukan bantuan di dapur tapi Raji berkata saya tidak perlu membantu kakaknya. Sedikit kekok sebenarnya tapi mungkin sudah cara mereka begitu, tetamu memang tidak dibenarkan sama sekali untuk ke dapur dan menolong tuan rumah.

Tak lama kemudian, anak saudara Raji memanggil kami untuk makan malam. Terlihat banyak sekali makanan yang sudah terhidang. Anak-anak saudara Raji tidak makan malam bersama kami. Hanya saya, Raji dan kakak Raji yang makan dahulu. Saya rasa beruntung malam itu kerana dapat merasa makanan lokal di Gilgit. Saya memang suka mencuba makanan baru terutamanya makanan lokal di tempat yang saya pergi. Makan malam banyak berunsur vegetarian dan dimakan bersama nasi dan juga chapati. Walaupun semua makanan tersebut baru pada saya, tapi semuanya sedap!

Very nice dinner :)
Setelah selesai makan, dengan pantas anak-anak saudara Raji mengemas tempat makan. Memang saya tidak sempat untuk membantu apa-apa. Anak-anak perempuan di Pakistan mungkin telah dididik sejak kecil lagi untuk membuat kerja-kerja rumah. Walaupun usia mereka masih terlalu muda tapi sudah cekap membuat kerja-kerja rumah.

Setelah berborak sekejap Raji mengajak saya untuk balik semula ke Old Madina.

Sedikit sedih untuk meninggalkan anak-anak saudara Raji yang comel dan kakaknya yang baik hati. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada semua, saya dan Raji pulang semula ke Old Madina.

Sampai di Old Madina seperti biasa saya mandi dan berehat. Esoknya saya akan berjalan-jalan di sekitar bandar Gilgit lagi dan melihat apa yang ada di sini.

Bersambung....

Saturday, October 26, 2013

Pakistan Part 7 - My last day in Karimabad

26 June 2013

Pagi ke-5 di Karimabad.

Bila bangun pagi ni saya rasa terpanggil untuk gerak ke destinasi seterusnya iaitu Gilgit. Tapi saya masih belum dapat buat keputusan lagi untuk gerak ke Gilgit samada esok, lusa atau pun tulat. Semuanya bergantung kepada keadaan dan mood. Kalau ikutkan memang nak stay lebih lama tapi apakan daya waktu yang saya ada di Pakistan tak lama. Jadi kemungkinan besar saya akan ke Gilgit esok.

Saya ke restoren hotel seperti biasa untuk bersarapan pagi. Sampai di restoren hotel Mr. Lee sedang bersarapan dengan seorang traveller daripada China. Saya join mereka, lama jugalah kami berborak sambil bersarapan. Mr. Lee banyak bercerita tentang apa yang dilakukannya selama beberapa hari di situ.

Kemudian Francis datang dan join kami. Kami dah seperti keluarga di sini. Ini juga salah satu sebabnya kenapa saya begitu berat hati nak tinggalkan tempat ni. Sweet kan?

Saya beritahu mereka saya mungkin akan ke Gilgit esoknya. Maksudnya malam ini adalah malam terakhir saya di Karimabad. Mr. Lee ajak kami semua untuk makan malam bersama di kedai makan rooftop iaitu merupakan tempat lepak kegemaran Francis.

Sedang kami berborak sepasang suami isteri daripada Swiss bersama 3 orang anak lelakinya datang sambil membawa sebiji kek butter dan beberapa biji lollipop. Rupanya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Francis yang ke-55 !

Keluarga daripada Swiss buat kejutan untuk Francis
Sweet !
Francis kelihatan agak terkejut dan terharu dengan suprise daripada mereka. 3 budak lelaki yang umurnya sekitar 4, 6 dan 7 tahun (mungkin) sangat comel bila menyuruh Francis untuk memotong kek. Hussain (pemilik hotel) yang ada juga di situ pada waktu itu terus menyuruh staff di restorennya untuk membuatkan chai kepada semua yang ada di restoren. Sweet moment :)

Bos hotel belanja chai
Keluarga traveller daripada Swiss 
Kemudian saya balik semula ke bilik dan transfer gambar ke dalam laptop.

Setelah puas berehat dan berangan di bilik, saya keluar untuk berjalan-jalan di sekitar Karimabad. Tujuan utama saya ialah untuk mencari setem dan kemudian pos semua poskad yang telah saya tulis semalamnya.

Sedang saya berjalan kaki ada seorang lelaki tempatan yang menegur dan kami berborak sambil berjalan menuju ke kedai untuk membeli setem. Kami masuk ke sebuah kedai dan saya terus membeli setem dan menampalnya untuk setiap poskad (12 keping semuanya) di situ juga.

Tiba-tiba lelaki tadi menghulurkan saya sebotol air Coke dan kami duduk borak sekejap di dalam kedai. Namanya Didar dan dia banyak bercerita mengenai kerjanya. Menurutnya, dulu dia adalah seorang chef masakan Itali di sebuah hotel. Tetapi oleh kerana minatnya terhadap alam semulajadi dia telah berhenti kerja dan sekarang menjadi tukang masak untuk ekspedisi mendaki gunung di sekitar Pakistan.

Tak lama kemudian saya meminta diri dan dia ajak saya untuk makan malam dengannya memandangkan hari ini ialah hari terakhir saya di Karimabad. Tapi saya terpaksa menolak kerana telah berjanji untuk makan malam dengan Mr. Lee dan kawan-kawan saya yang lain.

Kemudian saya berjalan-jalan lagi di sekitar Karimabad dan masuk ke kawasan rumah kampung di situ. Seronok rasanya dapat melihat rutin harian orang kampung di situ dan seperti biasa mereka tidak kekok untuk memberi salam kepada orang luar seperti saya :)

Setelah penat berjalan saya masuk ke dalam satu kedai makan. Saya order roti nan dan chicken tikka (seperti ayam Tandoori) dan semestinya bersama chai. Sewaktu makan, pekerja kedai datang berborak. Dia teruja bila saya cakap saya berasal daripada Malaysia. Menurutnya, dia ada kawan yang bekerja di Kuala Lumpur dan dia selalu mendengar cerita tentang Kuala Lumpur yang maju dan moden.

Setelah lama berborak akhirnya saya meminta diri untuk ke tempat lain pula.

Sekarang saya nak cari tempat untuk poskan poskad. Saya ada tanya seorang pakcik yang saya jumpa di tepi jalan, menurutnya ada sebuah peti pos berdekatan Zero Point. Oh, rupanya dekat dengan hotel tempat saya menginap. Saya berjalan balik semula ke hotel dan kemudian masukkan poskad di dalam peti pos.

Staff hotel beritahu Mr. Lee ada mencari saya di hotel beberapa minit yang lepas. Saya ke Old Hunza Inn iaitu tempat Mr. Lee menginap. Old Hunza Inn tak jauh daripada hotel tempat saya menginap, cuma sekitar 2 minit jauhnya.

Sampai di Old Hunza Inn saya tanya staff di situ kalau-kalau ada ternampak Mr. Lee, tapi mereka cakap Mr. Lee dah keluar dalam setengah jam yang lepas.

Waktu itu saya terjumpa Susan yang memang menginap di Old Hunza Inn juga. Dia juga beritahu saya yang Mr. Lee ada mencari saya dalam setengah jam yang lepas. Tapi malangnya Mr. Lee tidak menggunakan local simcard Pakistan jadi susah untuk saya hubungi dia.

Selepas itu saya berborak sekejap dengan Susan dan mengajak dia untuk makan malam bersama kami sekali malam nanti.

Kami berjalan sama-sama keluar daripda Old Hunza Inn dan terjumpa dengan Peter, seorang traveller daripada US. Kami berborak dan berjalan sekali.

Sewaktu jalan ada beberapa orang tempatan yang menegur Peter. Mereka kelihatan seperti daripada sebuah produksi television kerana ada kamera dan beberapa krew yang terlibat. Rupanya mereka ingin menemuramah Peter berkaitan insiden 10 tourists yang terbunuh di daerah utara Pakistan baru-baru ini.

Saya dan Susan menunggu sementara Peter habis ditemuramah kemudian kami teruskan lagi berjalan untuk ke tempat makan rofftop dan berjumpa dengan Mr. Lee, Francis dan lain-lain.

Sampai di tempat makan rooftop Francis sudah ada di situ. Waktu itu jam sekitar 6.30 pm dan sudah hampir sunset. Kami bertiga join Francis dan memesan chicken tikka dan chai. Kami makan, berborak sambil menikmati sunset di situ. #Priceless.

Tak lama kemudian Mr. Lee datang dengan seorang traveller daripada Hong Kong, Chris.

Saya tanya Mr. Lee kenapa dia cari saya tadi, rupanya dia nak ajak saya pergi berjalan-jalan di satu kampung. Mr. Lee cakap kampung itu agak unik dan sangat tua. Tapi sayangnya dia juga telah terlambat sebenarnya kerana kampung itu agak jauh dari Karimabad dan tidak sempat ke sana.

Jadi kami ber-6 makan malam dan berborak sehingga lewat malam. Tempat makan rooftop pada saya agak istimewa kerana pada hari pertama saya sampai di Karimabad saya makan di situ dan malam terakhir saya juga makan bersama kawan-kawan baru saya di situ :)

Francis, Mr. Lee, Chris, Me, Susan and Peter
Miss this place !
Rupanya Chris akan berangkat ke SUST (border Pakistan-China) esoknya dan akan ke Aliabad esok pagi. Saya juga akan menaiki van ke Gilgit daripada Aliabad. Jadi kami plan untuk pergi ke Aliabad bersama-sama dengan Suzuki (merupakan teksi di sana) daripada hotel.

Kami berjanji untuk berjumpa di restoren hotel pada jam 10 am. Susan juga akan datang bersarapan dengan kami esok. Mr. Lee beritahu dia akan pergi trekking awal pagi esok dan cuba untuk datang ke restoren hotel secepatnya sebelum kami berdua berangkat ke Aliabad.

Setelah puas berborak kami pun beredar dari situ dan balik ke hotel masing-masing. Sampai di bilik seperti biasa saya mandi dan berehat.

Esok saya akan meneruskan perjalanan ke Gilgit, sebuah lagi tempat yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Stay tune !

P/s: Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, October 20, 2013

Pakistan Part 6 - An amazing place at the top of Hunza, Eagle Nest

25 June 2013

Hari ini sudah masuk hari ke-4 saya di Karimabad. Rasanya Karimbad Inn Hotel sudah seperti rumah kedua saya di Pakistan.

Seperti biasa pagi saya dimulakan dengan bersarapan pagi di restoren hotel.

Oh ya, pada hari pertama saya di Karimabad saya telah membeli beberapa keping poskad untuk diposkan kepada kawan-kawan dan juga keluarga di Malaysia.

Sewaktu bersarapan pagi saya menulis poskad kepada mereka dan juga kepada diri sendiri. Ini adalah poskad yang saya poskan kepada diri sendiri :)



Lama juga masa yang saya ambil untuk menulis poskad, kalau tak salah saya ada 12 keping semuanya. Sewaktu menulis poskad ada beberapa traveller yang datang berborak. Boleh dikatakan saya sudah mengenali semua traveller yang menginap di Karimabad Inn Hotel pada waktu itu.

Mereka adalah antara traveller yang boleh saya kategorikan sebagai 'hardcore' traveller. Saya rasa sangat bertuah dapat berjumpa dengan mereka semua walaupun sekejap. Oh, dan kebanyakan daripada mereka memang tak ada Facbook atau Instagram dan lain-lain. Hidup mereka hanya di jalan, hitchhike, cycle dari satu negara ke satu negara yang lain.

Pada saya antara perkara yang sangat berharga sewaktu travel adalah berjumpa dengan traveller lain dan dapat belajar sesuatu daripada mereka. Dengan berborak dengan mereka kadang-kadang ianya boleh mengubah cara pemikiran kita dan dapat melihat dunia dari sudut berbeza. Contohnya, ada traveller (non-muslim) yang dapat bercakap mengenai isu Sunni dan Syiah dengan secara terperinci dan detail. Truly amazing.

Pemilik hotel yang bernama Hussain juga ada berborak dengan saya dan dia beritahu dulu pernah ada orang Malaysia tinggal dihotelnya selama 2 bulan. Wow, saya harap saya pun boleh tinggal lebih lama ditempat yang mendapat gelaran sebagai 'heaven on earth' ini.

Setelah beberapa jam lamanya saya di restoren, saya turun ke laman belakang hotel. Ada beberapa kerusi taman yang disediakan untuk bersantai sambil menikmati pemandangan gunung-ganang yang tak akan pernah jemu dipandang seperti Rakaposhi, Golden Peak, Diran dan lain-lain.

Saya boleh habiskan beberapa jam sahaja di situ tanpa berbuat apa-apa. Such a great place for traveller to rest their mind and body after a long journey. For my case, setelah melalui perjalanan yang beribu-beribu kilometer jauhnya daripada China, ini adalah pertama kali saya rasa betul-betul dapat berehat sepuasnya.

Kemudian saya balik ke bilik untuk berehat sambil mendengar lagu Urdu yang Samina bagi semalamnya. Sepanjang berada di Pakistan, di mana-mana juga saya dapat mendengar lagu Urdu. Sewaktu di dalam public transport, tempat makan, restoren hotel dan sekarang saya sudah ada beberapa buah lagu Urdu di dalam telefon. Lagu-lagu Urdu sudah terlalu biasa ditelinga dan saya suka mendengarnya walaupun tidak faham apa maksudnya hehe.

Sekitar jam 3.30 pm Susan datang ke bilik saya. Kami akan ke Eagle Nest pada petang itu.

Eagle Nest terletak di kampung Duikar iaitu kira-kira 6 kilometer jauhnya daripada Karimabad. Untuk ke Eagle Nest pengunjung boleh pergi dengan jeep/kereta atau pun trekking. Kami memilih untuk trekking ke sana.

Jalan ke kampung Duikar tidaklah terlalu sukar kerana sudah ada jalan kecil bertar terus sampai ke Eagle Nest cuma jalannya agak menanjak. Kami melalui beberapa buah kampung di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang kami berhenti dan berborak sekejap dengan penduduk kampung dan bertanyakan arah ke Eagle Nest.

Pemandangan sepanjang trekking
Oleh kerana cuaca yang agak panas dan juga jalan yang terus-terusan membukit membuatkan kami keletihan. Kami tak menyangka kami harus menempuh jalan yang membukit seperti itu.

Pemandangan sepanjang trekking
Saya kekurangan tenaga kerana tidak makan tengahari hanya bersarapan pagi dan makan buah ceri sahaja. Rupanya Susan juga tidak makan tengahari seperti saya. Walaupun keletihan dan hampir kehabisan tenaga kami teruskan juga berjalan.

Memang tak ada orang lain yang berjalan kaki ke Eagle Nest selain kami berdua pada waktu itu. Walaupun penat dan keletihan, pemandangan sepanjang perjalanan yang sangat cantik dapat juga menghilangkan kepenatan kami buat seketika.

Antara kampung yang kami lewati sepanjang trekking
Pemandangan sepanjang trekking
Kira-kira 300 meter terakhir sebelum sampai di Eagle Nest ada sebuah jeep yang berhenti di sebelah kami. Pemandu jeep bertanya kalau kami hendak menumpang terus ke Eagle Nest. Oh kami rasa bersyukur sangat kerana waktu itu sudah rasa separuh nyawa. Terus kami masuk ke dalam jeep lelaki tersebut yang sudah agak penuh dengan penumpang.

Jeep memecut naik ke puncak sehinggalah sampai di Eagle Nest. Jeep diberhentikan di depan Eagle Nest Hotel yang merupakan satu-satunya hotel yang ada di puncak Hunza Valley itu. Sambil tersenyum pemandu jeep beritahu kami sudah sampai di Eagle Nest. Akhirnya setelah berjalan selama hampir 3 jam kami sampai juga di Eagle Nest.

Kami bercadang untuk makan dulu di dalam Eagle Nest Hotel kerana kami berdua betul-betul sudah kehabisan tenaga. Keadaan dalam Eagle Nest Hotel pada saya sederhana mewah. Restoren hotel terletak tak jauh dari lobi hotel dan mempunyai pemandangan yang cukup mengagumkan.

Eagle Nest Hotel yang terletak di puncak Hunza Valley
Saya order kari ayam dan nasi putih manakala Susan (vegetarian) pula memesan spaghetti. Makanan di situ boleh tahan sedap dan tidak megecewakan. Kami makan, berborak sambil menikmati pemandangan dari dalam restoren hotel yang agak unik itu.

Selesai makan dan membayar makanan kami keluar dan pergi ke tempat di mana kami boleh melihat pemandangan sunset paling cantik di Hunza Valley. Kami mendaki sedikit dan terus sahaja ternampak pemandangan yang betul-betul membuatkan kami teruja dan tergaman.

Dari tempat kami berdiri, dengan jelas kami boleh melihat 11 puncak gunung yang mempunyai ketingian 6000+ mdpl sehingga 7000+ mdpl. Antara gunung yang boleh kami lihat dari situ ialah Rakaposhi, Ultar Peak, Golden Peak, Diran Peak, Landy Finger dan lain-lain.

Sunguh hebat ciptaan-Nya.

Kami menunggu sunset di situ bersama beberapa orang tempatan. Sementara menunggu sunset kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar. Tapi sayangnya semua gambar yang saya ambil di sini hilang kerana memori kad kamera rosak. Frust ! :(

Mujur ada beberapa keping gambar yang saya ambil daripada kamera telefon, tapi kualiti tak seberapa.

Pengalaman melihat sunset di Eagle Nest adalah yang terbaik saya pernah lihat seumur hidup. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, subhanAllah begitu indah ciptaan-Nya.

Golden Peak
Lady Finger
Satu-satunya gambar saya di Eagle Nest
Selepas puas menikmati pemandangan di Eagle Nest, kami berdua pun berjalan pulang semula ke Karimabad. Waktu itu kalau tak salah saya sudah jam 7.30 pm.

Kami berjalan dengan agak laju kerana hari telah gelap. Susan keluarkan headlamp dan dipakai untuk menyuluh jalan.

Sewaktu kami berjalan dalam gelap itu ada beberapa kali pemandu jeep atau kereta yang menawarkan untuk menumpangkan kami. Tapi kami hanya berterima kasih sahaja kepada mereka kerana memang kami ingin berjalan sahaja. Oleh kerana cuaca sudah sejuk kami lebih selesa untuk berjalan balik walaupun jalan telah gelap.

Pengalaman trekking pada waktu malam di Hunza Valley adalah sesuatu yang amat berbeza pada saya. Walaupun jalan gelap tapi kami tetap enjoy sepanjang trekking pada malam itu.

Sesekali kami agak terperanjat apabila terserempak dengan penduduk kampung yang berjalan dalam gelap. Kami hanya menyedari mereka apabila mereka sudah berada betul-betul di depan kami. Hebat, mereka boleh berjalan dalam gelap tanpa bantuan lampu langsung.

Sampai di satu kampung, kami singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman. Kemudian tanpa membuang masa kami teruskan lagi perjalanan dan sampai semula di Karimabad pada jam 9.30 pm.

Sampai sahaja di bilik saya terus mandi, berehat dan tidur. Memang betul-betul penat tapi sangat berpuas hati dengan trip saya ke Eagle Nest pada hari itu.

Kalau ada sesiapa yang merancang untuk ke Hunza Valley, pastikan jangan lupa untuk ke Eagle Nest :)

P/s: Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, October 15, 2013

Pakistan Part 5 - Karimabad, Hunza Valley

24 June 2013

Waktu menulis entri ni, saya rasa betul-betul rindu dengan suasana pagi di Karimabad. Setiap kali bangun pagi biasanya saya cuma melepak di atas katil sambil melihat pemandangan gunung-ganang menerusi tingkap bilik. Gunung-ganang kelihatan sangat gah dilitupi dengan salji putih. Tak jemu rasanya memandang gunung Rakaposhi, Diran, Ultar Sar dan beberapa lagi yang semuanya mencecah 6000+ mdpl...

Karimabad, Hunza Valley

Ok, habis masa untuk berangan ! :P

Jam 9 am saya pergi ke restoren hotel yang terletak di tingkat atas daripada bilik saya. Sampai di restoren saya belum nampak Susan atau pun sesiapa lagi. Seperti biasa saya order sarapan pagi Paratha dan Chai. Waktu di Karimabad Inn Hotel menu sarapan pagi saya setiap hari sama iaitu Paratha dan Chai. Almaklumlah, saya dah boleh dikategorikan sebagai 'chaiholic' kat sana. Hari-hari mesti kena dapatkan Chai. 

Untuk pengetahuan, restoren di Karimabd Inn Hotel adalah antara restoren yang terkenal di kalangan traveller terutamanya yang berasal daripada Korea dan Jepun. Tukang masak di restoren ini sangat mahir dengan masakan Korea, Jepun, barat dan semestinya masakan tempatan. Belum pernah lagi saya tidak berpuas hati dengan masakan mereka, memang sedap. Untuk melihat website hotel boleh click di sini. Website ini dibuat oleh bekas pengunjung hotel yang berasal daripada Jepun.

Sementara menunggu order, Francis datang ke restoren dan duduk semeja dengan saya. Kami banyak berborak sementara menunggu makanan sampai. Antaranya ialah berkenaan Shandur Polo Festival. 

Daripada Wikipedia:

"Shandur invites visitors to experience a traditional polo tournament which since 1936 has been held annually[1] in the first week of July between the local teams of Gilgit-Baltistan andChitral. The tournament is held on Shandur Top, the highest polo ground in the world at 3,700 meters (the pass itself is at 3,800 meters). The festival also includes Folk music, dancing and a camping villageis set up. The polo tournament is featured in the first episode of Himalaya with Michael Palin."

Shandur Polo Festival : Sumber Google
Shandur Polo Festival : Sumber Google
Beberapa hari sebelumnya, saya dan beberapa traveller ada bercakap mengenai Shandur Polo Festival dan mendapat tahu daripada penduduk tempatan bahawa festival ini mungkin akan ditunda ke tarikh 6, 7 dan 8 Julai. Kebiasaannya festival ini diadakan pada 2, 3 dan 4 Julai setiap tahun.

Sedang kami berborak tentang Shandur Polo Festival, Susan datang dan sertai kami.

Akibat daripada insiden 10 tourist yang telah dibunuh oleh Taliban semalamnya, kami sebetulnya agak risau untuk pergi ke festival ini yang sudah tentunya akan mengumpulkan tourist daripada seluruh dunia di tempat dan waktu yang sama. Mana tau Taliban akan menyerang tourist secara besar-besaran pada waktu itu?

Sebenarnya insiden tersebut adalah yang pertama kali terjadi dalam sejarah Pakistan di mana tourist dibunuh di daerah utara yang terkenal dengan reputasinya yang selamat untuk tourist. Memang sangat mengecewakan dan mengejutkan semua orang.

Kami bersarapan dan terus bercakap mengenai isu ini, samada untuk meneruskan rancangan pergi ke Shandur Polo Festival atau membatalkannya sahaja. Secara jujurnya, kami agak risau dengan situasi yang agak tegang pada waktu itu.

Tetapi menurut Susan, kalau melihat trend serangan kumpulan sebegini, mereka tak akan menyerang lagi dalam waktu terdekat selepas membuat serangan. Biasanya kumpulan penyerang ini akan 'senyap' buat beberapa ketika sebelum membuat serangan susulan.

Banyak lagi yang kami bertiga borakkan selain isu Taliban dan Shandur Polo Festival termasuklah tempat-tempat yang 'panas' di daerah barat Pakistan.

Kemudian ada satu keluarga Pakistan (suami, isteri dan anak kecil berumur 2 tahun) masuk ke restoren dan seperti biasa Francis akan menegur mereka. Rupanya mereka daripada Lahore dan sedang bercuti di Karimabad. Pada hari itu mereka akan berangkat ke Azad Kashmir. Dalam hati saya, bilalah agaknya saya akan sampai ke Azad Kashmir hm.

Kira-kira jam 10 am saya dan Susan meminta diri untuk pergi ke Baltit Fort. Francis juga katanya mahu ke arah sana dan kami berjalan bersama ke Baltit Fort.

Oh ya, untuk pengetahuan semua setiap kali saya makan dan minum di hotel Karimabad Inn, saya tidak perlu bayar terus. Sebaliknya hanya perlu menulis di buku catatan apa yang saya makan atau minum. Hussain (pemilik hotel) beritahu saya boleh membayar semuanya sekaligus bila hendak check-out nanti. Selepas menulis di buku catatan yang terletak di meja lobbi yang juga merangkap restoren, saya, Susan dan Francis berjalan keluar daripada restoren hotel.

Cuaca agak panas hari itu. Jarak daripada hotel untuk ke Baltit Fort sekitar 30 - 45 minit berjalan kaki, jalan sedikit menanjak. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa deretan kedai cenderamata dan juga rumah-rumah penduduk tempatan di situ.

Sampai di simpang untuk ke Baltit Fort, Francis meminta diri dulu kerana dia mahu ke restoren tempat dia biasa menghabiskan waktunya. Saya dan Susan meneruskan berjalan kaki ke Baltit Fort.

Berpeluh jugalah dibuatnya untuk ke sampai ke Baltit Fort, kerana tempat ini terletak di tempat yang agak tinggi. Dan ditambah lagi dengan cuaca yang panas terik, rasa seperti terbakar kulit dibuatnya.

Baltit Fort
Sampai di pintu masuk Baltit Fort, terdapat seorang penjaga bangunan siap lengkap dengan pakaian ala-ala askar dan bermisai tebal. Dia menyapa kami berdua dan menerangkan serba sedikit tentang tempat itu. Rupanya untuk masuk ke dalam Baltit Fort ada bayaran masuk yang dikenakan iaitu sebanyak 600 PKR/6 USD.

Pak Guard di Baltit Fort : Sumber Google
Sedikit maklumat mengenai Baltit Fort daripada Wikipedia:

"Baltit Fort or Balti Fort is an ancient fort in the Hunza valley in Gilgit-Baltistan, Pakistan.
In the past, the survival of the feudal regime of Hunza was ensured by the impressive Baltit fort, which overlooks Karimabad. The foundations of the fort date back to 700 years ago, with rebuilds and alterations over the centuries. In the 16th century the local prince married a princess from Baltistan who brought master Balti craftsmen to renovate the building as part of her dowry. The architectural style is a clear indication of buddhist Tibetan influence in Baltistan at the time.
The Mirs of Hunza abandoned the fort in 1945, and moved to a new palace down the hill. The fort started to decay which caused concern that it might possibly fall into ruin. Following a survey by the Royal Geographical Society of London a restoration programme was initiated and supported by the Aga Khan Trust for Culture Historic Cities Support Programme. The programme was completed in 1996 and the fort is now a museum run by the Baltit Heritage Trust."

Saya ada membaca sedikit sejarah tentang bangunan Baltit Fort ini dalam buku Lonely Planet kepunyaan Susan. Saya tidak terlalu teruja untuk melihat apa yang ada didalam Baltit Fort dan keadaan cuaca yang terlalu panas pada waktu itu membuatkan saya rasa ingin duduk di satu tempat dan menikmati pemandangan gunung ganang dari luar pintu masuk saja. Iya, daripada pintu masuk Baltit Fort memang pemandangannya sangat memukau dengan gunung-ganang seperti Rakaposhi, Diran, Golden Peak dan lain-lain.

Pandangan daripada Baltit Fort
Susan masuk ke dalam Baltit Fort manakala saya hanya duduk di satu kedai makan kecil betul-betul di depan pintu masuk dan order Chai. Saya hanya menikmati Chai dan gunung-ganang di depan mata sendirian. Suasana sunyi sepi dan tenang. Jujur, saya harap boleh berhentikan waktu itu.

*speechless*
Setelah hampir 1 jam, Susan keluar daripada Baltit Fort dan dia join saya minum Chai di situ.

Tak lama kemudian ada sekumpulan traveller daripada Amerika Syarikat juga datang untuk minum Chai, kami berborak dengan mereka.

Seperti yang saya jangka, topik kami tentulah mengenai insiden 10 tourist yang terbunuh di base camp Nanga Prabat, Gilgit-Baltistan. Masing-masing mengeluarkan pendapat tentang apa yang baru terjadi itu. Tapi mereka juga menasihatkan untuk tidak pergi ke Shandur Polo Festival kerana terlalu berisiko buat masa sekarang.

Setelah agak lama berborak, kami meminta diri. Kami berjalan balik ke hotel dan pada waktu itu sudah tengahari, terlalu panas untuk kami berjalan di luar. Kami membuat keputusan untuk berehat dulu di hotel masing-masing dan keluar semula pada petang sedikit apabila cuaca sudah agak sejuk. Kami berjanji untuk berjumpa di Cafe De Hunza sekitar jam 4 pm.

Sampai di hotel, saya mengumpulkan semua baju kotor termasuk baju sejuk, fleece jaket yang saya gunakan sewaktu di China untuk dihantar ke dobi yang terletak di sebelah hotel. Tak ada bangunan atau kedai pun, cuma tempat terbuka dan terdapat 1 mesin basuh dan tempat sidaian baju.

Apabila saya ke tempat itu, tak ada sesiapa di sana. Saya balik semula ke hotel dan bertanya kepada Hussain. Hussain yang memang sangat bersopan santun itu menyuruh saya meninggalkan bungkusan pakaian kotor di situ sahaja, dia akan menolong menghantar ke dobi nanti. Menurut Hussain pekerja dobi sedang keluar dan akan pulang sebentar lagi. Saya hanya 'Ok, thank you so much'.

Balik ke bilik saya hanya berehat. Sesekali terasa panas bila elektrik terputus. Selepas beberapa minit, elektrik akan ada dengan sendirinya. Tapi mujur bilik saya yang terletak di tingkat bawah agak redup dan sejuk. Boleh juga saya berehat dan melelapkan mata buat beberapa ketika.

Sekitar jam 2.30 pm saya bersiap untuk ke Cafe De Hunza. Saya sengaja pergi awal kerana merancang untuk surfing internet sementara menunggu Susan yang akan datang pada jam 4 pm.

Sampai di Cafe De Hunza kira-kira jam 3 pm, eh saya lihat Susan sudah ada di situ. Dia juga datang awal untuk surfing katanya. Hehe. Seperti biasa saya order Coke dan Brownies With Honey.

Dengan netbook masing-masing kami surfing, periksa email, Facebook dan lain-lain.

Tiba-tiba Susan memberitahu saya Shandur Polo Festival telah ditangguhkan ke tarikh yang masih belum dipastikan lagi. Saya sedikit terkejut dengan berita itu dan Susan menunjukkan berita online yang dibacanya.

Saya pasti ramai traveller yang kecewa dengan berita ini kerana kebanyakan daripada mereka memang menunggu festival ini. Biasanya mereka akan berkhemah dan berkampung di Shandur selama 3 hari semata-mata untuk melihat sendiri festival yang ada setahun sekali ini. Tak ada rezeki nampaknya untuk melihat sendiri Shandur Polo Festival tahun ini. Mungkin ini boleh dijadikan sebab kukuh untuk saya ke Pakistan lagi tahun hadapan?

Setelah hari semakin redup, kami keluar daripada cafe dan berjalan kaki ke Altit Fort. Oh ya, sebelum keluar daripada cafe kami sempat singgah di kedai buku dan barangan antik pemilik cafe yang berada di tingkat bawah. Pemilik cafe sangat peramah dan banyak berborak dengan kami. Pada saya barangan di kedai buku dan antik miliknya sangat unik. Banyak barangan menarik dan buku-buku yang jarang boleh dijumpai di kedai-kedai biasa. Majoriti bukunya adalah tentang Pakistan.

Tak berapa lama kemudian, Francis masuk ke dalam kedai dan kami berborak lagi. Kemudian kami berjalan bersama-sama untuk ke Altit Fort pula. Daipada Cafe De Hunza untuk ke Altit Fort jaraknya adalah sekitar 4 km (kalau saya tak salah). Altit Fort terletak agak jauh sedikit daripada pekan Karimabad.

Francis menghantar kami sehingga ke simpang menuju ke Altit Fort dan sempat menunjukkan jalan ke Altit Fort dari situ. Kelihatan seperti dekat, tapi bila kami berjalan kaki ada juga selama 45 minit - 1 jam baru sampai di Altit Fort.

Kami meminta diri daripada Francis dan meneruskan perjalanan ke Altit Fort. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah kampung dan sesekali terjumpa penduduk kampung yang tidak jemu menyapa kami dengan 'sallamualaykum' sambil tersenyum mesra :)

Rumah penduduk kampung berdekatan Altit Fort
Budak perempuan Hunza berdekatan Altit Fort
Binaan rumah yang unik
Sedikit maklumat mengenai Altit Fort daripada Wikipedia:

"Altit Fort is an ancient fort above Karimabad in the Hunza valley in Gilgit Baltistan,Pakistan. It was originally home to the hereditary rulers of the Hunza state who carried the title Mir, although they moved to the somewhat younger Baltit fort nearby three centuries later. Altit Fort and in particular the Shikari tower is around 900 years old,[1] which makes it the oldest monument in the Gilgit–Baltistan."

Altit Fort : Sumber Google
Altit Fort terletak di tengah-tengah kampung bersebelahan rumah penduduk kampung di situ. Rumah di kampung itu kelihatan sudah terbina sejak ratusan tahun lagi, memang unik. Di tengah-tengah kampung, terdapat 1 kolam renang awam dan ramai juga anak-anak kampung yang sedang seronok bermandi manda di situ.

Pada mulanya kami agak keliru untuk mencari pintu masuk Altit Fort, kerana jalan di kampung itu yang agak mengelirukan dan hanya seperti lorong-lorong kecil untuk pergi dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Ada beberapa kali kami sampai di jalan mati.

Walaupun ada berjumpa dengan beberapa makcik yang duduk di luar rumah mereka, tapi kami tidak boleh berkomunikasi dengan mereka kerana mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Hanya senyum yang boleh mereka berikan kepada kami.

Akhirnya kami terjumpa 1 papan tanda yang menunjukkan 'Altit Fort entrance ticket' dan kami mengikut arah yang ditunjukkan oleh papan tanda tersebut. Selang beberapa meter, kami terjumpa sebuah rumah papan kecil dan ada seorang pakcik di situ. Kami bertanya bolehkah kami membeli tiket masuk ke Altit Fort di situ. Tapi menurut pakcik tersebut waktu lawatan Altit Fort telah habis. Kami sampai di sana jam 5.30 pm tetapi Altit Fort hanya dibuka sehingga jam 5 pm sahaja.

Kami sedikit kecewa tapi tak mengapalah. Pakcik itu tadi mengajak kami masuk ke dalam dan rupanya dalam rumah itu terdapat banyak gambar Altit Fort dan pakcik itu cuba menerangkan setiap satu gambar kepada kami. Saya kagum dengan semangat pakcik itu kerana walaupun dia tidaklah terlalu fasih berbahasa Inggeris tetapi sedaya upaya untuk memberi sebanyak mungkin maklumat tentang Altit Fort kepada kami.

Bukan itu sahaja, malah dia juga mengajak kami untuk ke rumahnya dan berjumpa dengan ahli keluarganya untuk minum Chai. Kami betul-betul tidak mahu menghampakan pakcik itu tapi waktu itu sudah agak lewat dan kami harus berjalan jauh lagi untuk balik ke Zero Point, Karimabad.

Setelah meminta maaf kepada pakcik tersebut kerana tidak dapat memenuhi undangannya kami pun meminta diri untuk pulang semula ke Karimabad. Rugi rasanya tidak mengambil gambar sebagai kenangan dengan pakcik ni hm.

Kami pun berjalan kaki pulang semula ke Zero Point Karimabad. Suasana petang di kawasan kampung di situ pada saya sangat indah dan mempersonakan. Kalaulah saya ada kampung di situ alangkah bahagianya hm.

Hampir 1 jam berjalan akhirnya kami sampai semula di simpang tempat kami berpisah dengan Francis tadi. Susan ingin pergi ke restoren tempat biasa Francis menghabiskan masanya manakala saya pula terasa hendak balik terus ke hotel.

Sebelum itu, kami sempat merancang untuk pergi ke Eagle Nest pula pada keesokan harinya. Saya dan Susan hanya berjanji untuk berjumpa lagi esok petang.

Sampai di hotel, saya terus mencari Hussain untuk bertanyakan mengenai pakaian yang ingin saya hantar ke dobi tadi. Dia cakap telah menghantar pakaian saya ke dobi. Sewaktu berjumpa dengan Hussain, ada beberapa pekerja hotel di situ yang mengajak saya makan buah mulberi yang baru sahaja mereka petik dari pokok. Saya makan sekejap dengan mereka sambil berborak.

Kemudian saya meminta diri dulu untuk ke tempat dobi dan mengambil pakaian saya. Pakcik yang menguruskan dobi itu tidak terlalu fasih berbahasa Inggeris. Dia menyuruh saya menulis/tick di resit berapa helai pakaian atau seluar yang saya hantar di situ. Kalau ada yang tak jujur pasti dah kurangkan kuantiti baju yang dihantar kan? Tapi mereka di sana memang mengamalkan sikap saling mempercayai, itu yang selalu buat saya kagum dengan sikap peniaga di sana.

Saya juga diminta untuk mengira sendiri berapa jumlah semuanya yang harus saya bayar. Setelah saya kira semuanya berjumlah 6 USD/600 PKR. Pada saya agak mahal kalau dibandingkan dengan harga dobi di tempat kita, jadi sebaiknya kalau untuk berjimat baik basuh baju sendiri hehe.

Selepas selesai dengan urusan dobi, saya ke kedai runcit tak jauh daripada hotel. Saya beli sabun dan sebotol air Coke. Kemudian saya ternampak paket Chai dan terus mengambil 10 paket. Saya fikir hendak membuat Chai bila balik ke Malaysia nanti heheh. Pekerja kedai tanya saya berasal daripada mana dan memang suka Chai ke? Saya cakap ya, sebab tu beli banyak-banyak untuk buat nanti bila balik Malaysia hehe. Cuma berborak berapa minit sahaja pun, tapi pakcik kedai ni sangat baik dan memberi saya sekotak buah ceri segar. Dia suruh saya bawa balik ke hotel dan habiskan semuanya. Baik kan? :)

Sampai di bilik saya terus mandi dan kemudian solat jama' Maghrib dan Isya'. Waktu itu cuma saya seorang di bilik. Saya hanya berehat sambil bermain telefon (Facebook) tiba-tiba ada seorang perempuan yang masuk ke dalam bilik dan terus duduk di sebelah saya. Saya sedikit terkejut tapi bila dia cakap dia adalah kawan kepada Mi Sook (roomate saya), baru saya lega.

Namanya Samina dan berumur dalam lingkungan awal 20-an. Dia sangat peramah dan banyak bertanya tentang saya. Kemudian dia mengajak saya makan malam sekali dengan mereka (Samina, Mi Sook, adik Samina perempuan, adik Samina lelaki berumur 6 tahun) kerana menurut Samina ini adalah malam terakhir Mi Sook sebelum berangkat ke destinasi seterusnya setelah hampir 2 bulan berada di Karimabad. Memang Mi Sook agak rapat dengan Samina dan telah beberapa kali juga menginap dan bermalam di rumah keluarga Samina.

Saya cakap Ok dan akan jumpa dengan mereka nanti di restoren hotel dalam masa setengah jam.

Di restoren hotel saya berjumpa lagi dengan Mi Sook dan Samina dan adik-adiknya. Mereka kelihatan memang sangat rapat dan mesti sedih kerana terpaksa berpisah esok. Saya dan Mi Sook juga banyak berborak tentang travelling. Mi Sook sebenarnya sedang dalam Round-The-World-Trip dan telah 7 bulan travelling. Saya sangat kagum dengan keberaniannya untuk berhenti kerja dan mengejar cita-citanya untuk melihat dunia. Dia juga seperti saya, sangat selesa travel di Pakistan dan itu yang membuatkan dia 'tersekat' di Karimabad sehingga 2 bulan lamanya !

Kami bertukar alamat email dan masih berhubung sehingga sekarang :)

Sewaktu makan malam, Samina ada bertanya kalau saya menyukai lagu Urdu. Tanpa diminta dia memainkan beberapa lagu Urdu daripada telefonnya di dalam restoren.

Lepas selesai makan malam, saya diajak Samina untuk ke biliknya (Mi Sook menyewa bilik 1 malam di hotel untuk Samina dan adik-adiknya pada malam itu) untuk memberi beberapa lagu via 'bluetooth'. Saya lepak di biliknya yang gelap kerana tak ada elektrik pada waktu itu. Mi Sook pula keluar ke internet cafe kerana hendak memeriksa email, penting katanya.

Setelah itu saya meminta diri dan balik ke bilik untuk berehat dan tidur. Cerita selanjutnya akan bersambung di entri seterusnya.. stay tune !

P/s: Terima kasih kerana sudi membaca :)