Saturday, July 20, 2013

China Silk Route and Pakistan Adventure - Introduction


Alhamdulilah dengan izin-Nya, saya telah selamat pulang beberapa minggu lepas daripada backpacking trip selama 37 hari di negara China dan Pakistan. Pengembaraan solo kali ini melalui jalan darat sejauh 6,310 kilometer - menurut sumber Google Map. Perjalanan dimulai dengan penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Chengdu pada 1 June 2013 (AirAsia) dan diakhiri dengan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada Islamabad pada 6 July 2013 (Thai Airways).

Perjalanan trip ini bukan mudah kerana tak banyak informasi yang boleh didapati daripada internet atau pun daripada buku panduan, terutamanya tentang Pakistan. Tak ramai yang travel ke Pakistan sejak berlakunya insiden September 11. Pengeluar buku panduan terkenal Lonely Planet pun dah tak keluarkan edisi baru, yang terakhir ialah edisi ke-7 iaitu pada tahun 2008.

Untuk mendapatkan visa China, mudah dan tak ada masalah. Saya dapatkan visa 'double entry', sebagai langkah berjaga-jaga kalau saya tak dapat memasuki Pakistan nanti dan terpaksa memasuki China semula.

Manakala visa Pakistan pula, saya akui hampir-hampir berputus asa kerana sukar dan amat menguji kesabaran. Saya terpaksa berulang-alik sebanyak 5 kali (hampir sebulan kerana hanya sempat ke embassy seminggu sekali) sebelum mereka iaitu pihak embassy Pakistan di Jalan Ampang berpuas hati dengan semua dokumen yang mereka minta. Antara dokumen yang mereka minta adalah sekeping foto ukuran passport, salinan passport, salinan kad pengenalan, LOI (letter of invitation) daripada kenalan di Pakistan dan surat kebenaran daripada ibu bapa. Iya, surat kebenaran daripada ibu bapa. Mungkin kerana saya perempuan dan akan ke sana sendiri, jadi mereka perlukan dokumen tambahan.

Setelah mereka berpuas hati dengan semua dokumen yang saya bawa, baru mereka hantar saya ke bilik khas untuk ditemuduga. Lama saya menunggu giliran untuk ditemuduga. Waktu itu hanya saya seorang warga tempatan dan yang lainnya warga Pakistan. Setelah menunggu selama 2 jam akhirnya saya dipanggil untuk masuk ke bilik dan ditemuduga. Banyak soalan yang ditanya dan saya cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin. Syukur alhamdulilah, akhirnya saya berjaya mendapatkan visa Pakistan dan diberi tempoh 18 hari sahaja di sana nanti.

Trip ini secara kasarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu China Silk Route dan meneruskan perjalanan ke Pakistan melalui Karakoram Highway (KKH). China Silk Route, terkenal dengan tinggalan sejarah dan budaya unik daripada pelbagai etnik yang dapat dilihat sepanjang perjalanan daripada timur ke barat China. Memasuki Pakistan daripada China melalui jalan darat adalah impian saya sejak dulu kerana teruja untuk merasai sendiri pengalaman melalui salah satu jalan paling bahaya di dunia iaitu Karakoram Highway (KKH). Selain itu dapat melihat sendiri pemandangan luarbiasa yang terdapat di Pakistan, terlalu indah dan tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Mungkin gambar di bawah dapat menjelaskan sedikit tentang Pakistan:

Air sungai yang sangat jernih, Gilgit River
Yusra, 10 tahun dan telah bergelar Hafizah (hafaz Al-Quran)
Pelangi di Khalti Lake, Gupis, Ghizer Valley
Pemandangan biasa yang dapat dilihat di sana
Pemandangan daripada tepi jalan di Yassin Valley

Berikut adalah itineri saya secara ringkas untuk trip ini:

1. Chengdu, Sichuan
2. Xi'an, Shaanxi
3. Zhangye, Gansu
4. Dunhuang, Gansu
5. Urumqi, Xinjiang
6. Kashgar, Xinjiang
7. Karakul Lake, Xinjiang
8. Tashkurgan, Xinjiang
9. Gulmit, Upper Hunza
10. Karimabad, Central Hunza
11. Gilgit, Gilgit-Baltistan
12. Gupis, Ghizer Valley, Gilgit-Baltistan
13. Yasin, Ghizer Valley, Gilgit-Baltistan
14. Pingal, Ghizer Valley, Gilgit-Baltistan
15. Gilgit, Gilgit-Baltistan
16. Islamabad

Terlalu banyak cerita dan kisah yang saya ingin kongsikan bersama. Doakan saya cepat menulis sebelum saya lupa semuanya :P Jumpa lagi di entri seterusnya ! :)

42 comments:

  1. Menarik.... x ramai gadis yg berani travel solo ditempat2 mcm ni, tahniah

    ReplyDelete
  2. wow..sangat kagum dengan keberanian awak...xsabar nk tau kisah2 kembara awak kali ni...kongsi yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. yeap, saya akan kongsikan, tunggu ya :)

      Delete
  3. alhamdulillah.. selamat kembali! lawa sungguh view kat atas semua tuh! cepat2 menulis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Hm yes, lagi cantik kalau tengok live sebenarnya T_T

      Delete
  4. Finally...tahniah ET dan syukran semuanya berjalan dgn lancar..tak sabar nak baca sambungannya..boleh jadi panduan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zilla! Et try tulis secepat mungkin :)

      Delete
  5. tahniah dan syukur adik selamat kembali
    akak sangat kagum dan hormat keberanian diri
    dan keyakinan Et travel di negara yang penuh pancaroba
    tidak ramai insan yang memiliki semngat ini
    Tidak sabar untuk mmbaca kisah yang selanjutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Sebenarnya apa yang saya buat ni tak adalah terlalu hebat atau pun macam mana. Ramai lagi kat luar sana yang buat perkara jauh jauh lebih 'wow'. Saya masih baru dalam dunia travelling dan masih proses nak belajar lagi. Apa pun terima kasih for your compliments, really appriciate it :)

      Delete
  6. Yah..pake bersambung...
    udah selesai bacanya kak..ditunggu kelanjutannya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Yura :) Yeap sabar ya tunggu sambungannya ;)

      Delete
  7. perghhh.. lagi la salute!!!.. mula2 click blog nie.. ingat ke lelaki.. apabila baca entry nie.. baru tahu seorang perempuan.. Sama dengan first impression saya semasa mula2 terjah blog backpackerbusuk. U r awesome.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ingat saya lelaki ke? Hehe. Anyway thanks ya sebab sudi nak baca blog ni :)

      Delete
  8. Hi...
    Tak sabar nak baca cerita selanjutnya.
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syieda! Yeap, terima kasih sebab sudi nak baca :)

      Delete
  9. Alhamdulillah..dah sampai pon. Teruskan bercerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan cuba menulis secepat yang boleh :)

      Delete
  10. Can't wait to the rest of the entry. 37 days! Gambar kat all the valley is super awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, view dekat sana memang super awesome! I miss the view there and the people are extremely kind too! Wait for my full entry about China and Pakistan. Thanks for reading by the way :)

      Delete
  11. info berguna untuk next traveller..menanti post yang seterusnya..more picutres amat diharapkan..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ok, saya akan masukkan lebih banyak gambar nanti :)

      Delete
  12. Tgk gambar pun dh buat aku tak sabar nk tau cerita ko..cepat update..kalau aku tak sabar sangat, aku p terjah je tempat ko kt opis tu yek hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Sentiasa ada kat ofis sekarang, datang je meja kalau nak dengar live..lol :P

      Delete
  13. Daebak!! Gambar pun dah terujaa nk tahu kisahnya

    ReplyDelete
  14. wahhh..cita2 membuah usaha gigih..susaha gigih membuah harapan..harapan membuah kenyataan..hebat sekali. Pasti photo2 yang disnap amat cantik sekali :)

    ReplyDelete
  15. Wow! i really impress of u.. Tahniah.. cepat sambung cerite.. Semoga pengembaraan awk ke sana menjadi inspirasi buat yang lain-lain... Tahniah once again

    ReplyDelete
  16. Setinggi2 Tahniah pakchik ucapkan! Pertama kali saya masuk ke blog ini semasa mencari info untuk ke HCM City. Ianya banyak memberi info bila saya ke sana pd Mei 2013. Kini saya menunggu untuk dapatkan info kisah 37 hari sdri itu. Selitkan juga kos perjalanan dan penginapan untuk panduan penjenguk yang berangan2 dan berancangan ke sana. Pasti ia akan memberi inspirasi untuk saya kesana. Sekali lagi, TAHNIAH!

    ReplyDelete
  17. serious best tgk awak mengembara sorg2..hope saya leh dpt kekuatan mcm awak gak..wat masa ni travel berdua je dengan adik....tak berani sorg2

    ReplyDelete
  18. Tahniah...mmg kat luar sana ramai travel sorang tapi tak ramai wanita + melayu + rajin menulis dlm blog...suker sangat penulisan ni...harap nanti boleh tulis buku pulak yek...

    ReplyDelete
  19. salam...sy mmg tabik spring ngan awk...terbaik! seyes....mana awk dpt keberanian g sorg2 ni??? mmg idola sy ni...

    btw nak tanye...mcm mane nk dpt LOI??? kene cari kawan sana ke???

    ReplyDelete
  20. My 2 thumbs up for your courage and sense of adventure! Wow ... saya tak berani tak travel solo kat tempat-tempat macam ni. Thanks for the inspiration!

    ReplyDelete
  21. Tahniah anda telah berjaya dan selamat kembali. Sya dpt rasakan seronoknya bila kaki dpt pijak bumi msia. sya pernah travel ke bangkok 1 week je tpi wow .... bila dpt sampai padang besar je menjerit ....happy gila

    ReplyDelete
  22. Rasanya pmpn lebih slmt travel solo berbanding lelaki...klu lelaki biasanya otai2 sesuatu tmpt tu akn tgk semacam je sbb mgkn prasaan seperti nak kcu tmpt dia...tp klu pmpn lebih dihargai n dilindungi...cuma pmpn yg dibimbangi cuma jenayah rogol je...

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum ...tadi sy dapat tgk sikit jer siaran langsung di TV114...bila nak g pakistan ...saya nak ikut bole

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum ...tadi sy dapat tgk sikit jer siaran langsung di TV114...bila nak g pakistan ...saya nak ikut bole

    ReplyDelete