Sunday, October 20, 2013

Pakistan Part 6 - An amazing place at the top of Hunza, Eagle Nest

25 June 2013

Hari ini sudah masuk hari ke-4 saya di Karimabad. Rasanya Karimbad Inn Hotel sudah seperti rumah kedua saya di Pakistan.

Seperti biasa pagi saya dimulakan dengan bersarapan pagi di restoren hotel.

Oh ya, pada hari pertama saya di Karimabad saya telah membeli beberapa keping poskad untuk diposkan kepada kawan-kawan dan juga keluarga di Malaysia.

Sewaktu bersarapan pagi saya menulis poskad kepada mereka dan juga kepada diri sendiri. Ini adalah poskad yang saya poskan kepada diri sendiri :)



Lama juga masa yang saya ambil untuk menulis poskad, kalau tak salah saya ada 12 keping semuanya. Sewaktu menulis poskad ada beberapa traveller yang datang berborak. Boleh dikatakan saya sudah mengenali semua traveller yang menginap di Karimabad Inn Hotel pada waktu itu.

Mereka adalah antara traveller yang boleh saya kategorikan sebagai 'hardcore' traveller. Saya rasa sangat bertuah dapat berjumpa dengan mereka semua walaupun sekejap. Oh, dan kebanyakan daripada mereka memang tak ada Facbook atau Instagram dan lain-lain. Hidup mereka hanya di jalan, hitchhike, cycle dari satu negara ke satu negara yang lain.

Pada saya antara perkara yang sangat berharga sewaktu travel adalah berjumpa dengan traveller lain dan dapat belajar sesuatu daripada mereka. Dengan berborak dengan mereka kadang-kadang ianya boleh mengubah cara pemikiran kita dan dapat melihat dunia dari sudut berbeza. Contohnya, ada traveller (non-muslim) yang dapat bercakap mengenai isu Sunni dan Syiah dengan secara terperinci dan detail. Truly amazing.

Pemilik hotel yang bernama Hussain juga ada berborak dengan saya dan dia beritahu dulu pernah ada orang Malaysia tinggal dihotelnya selama 2 bulan. Wow, saya harap saya pun boleh tinggal lebih lama ditempat yang mendapat gelaran sebagai 'heaven on earth' ini.

Setelah beberapa jam lamanya saya di restoren, saya turun ke laman belakang hotel. Ada beberapa kerusi taman yang disediakan untuk bersantai sambil menikmati pemandangan gunung-ganang yang tak akan pernah jemu dipandang seperti Rakaposhi, Golden Peak, Diran dan lain-lain.

Saya boleh habiskan beberapa jam sahaja di situ tanpa berbuat apa-apa. Such a great place for traveller to rest their mind and body after a long journey. For my case, setelah melalui perjalanan yang beribu-beribu kilometer jauhnya daripada China, ini adalah pertama kali saya rasa betul-betul dapat berehat sepuasnya.

Kemudian saya balik ke bilik untuk berehat sambil mendengar lagu Urdu yang Samina bagi semalamnya. Sepanjang berada di Pakistan, di mana-mana juga saya dapat mendengar lagu Urdu. Sewaktu di dalam public transport, tempat makan, restoren hotel dan sekarang saya sudah ada beberapa buah lagu Urdu di dalam telefon. Lagu-lagu Urdu sudah terlalu biasa ditelinga dan saya suka mendengarnya walaupun tidak faham apa maksudnya hehe.

Sekitar jam 3.30 pm Susan datang ke bilik saya. Kami akan ke Eagle Nest pada petang itu.

Eagle Nest terletak di kampung Duikar iaitu kira-kira 6 kilometer jauhnya daripada Karimabad. Untuk ke Eagle Nest pengunjung boleh pergi dengan jeep/kereta atau pun trekking. Kami memilih untuk trekking ke sana.

Jalan ke kampung Duikar tidaklah terlalu sukar kerana sudah ada jalan kecil bertar terus sampai ke Eagle Nest cuma jalannya agak menanjak. Kami melalui beberapa buah kampung di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang kami berhenti dan berborak sekejap dengan penduduk kampung dan bertanyakan arah ke Eagle Nest.

Pemandangan sepanjang trekking
Oleh kerana cuaca yang agak panas dan juga jalan yang terus-terusan membukit membuatkan kami keletihan. Kami tak menyangka kami harus menempuh jalan yang membukit seperti itu.

Pemandangan sepanjang trekking
Saya kekurangan tenaga kerana tidak makan tengahari hanya bersarapan pagi dan makan buah ceri sahaja. Rupanya Susan juga tidak makan tengahari seperti saya. Walaupun keletihan dan hampir kehabisan tenaga kami teruskan juga berjalan.

Memang tak ada orang lain yang berjalan kaki ke Eagle Nest selain kami berdua pada waktu itu. Walaupun penat dan keletihan, pemandangan sepanjang perjalanan yang sangat cantik dapat juga menghilangkan kepenatan kami buat seketika.

Antara kampung yang kami lewati sepanjang trekking
Pemandangan sepanjang trekking
Kira-kira 300 meter terakhir sebelum sampai di Eagle Nest ada sebuah jeep yang berhenti di sebelah kami. Pemandu jeep bertanya kalau kami hendak menumpang terus ke Eagle Nest. Oh kami rasa bersyukur sangat kerana waktu itu sudah rasa separuh nyawa. Terus kami masuk ke dalam jeep lelaki tersebut yang sudah agak penuh dengan penumpang.

Jeep memecut naik ke puncak sehinggalah sampai di Eagle Nest. Jeep diberhentikan di depan Eagle Nest Hotel yang merupakan satu-satunya hotel yang ada di puncak Hunza Valley itu. Sambil tersenyum pemandu jeep beritahu kami sudah sampai di Eagle Nest. Akhirnya setelah berjalan selama hampir 3 jam kami sampai juga di Eagle Nest.

Kami bercadang untuk makan dulu di dalam Eagle Nest Hotel kerana kami berdua betul-betul sudah kehabisan tenaga. Keadaan dalam Eagle Nest Hotel pada saya sederhana mewah. Restoren hotel terletak tak jauh dari lobi hotel dan mempunyai pemandangan yang cukup mengagumkan.

Eagle Nest Hotel yang terletak di puncak Hunza Valley
Saya order kari ayam dan nasi putih manakala Susan (vegetarian) pula memesan spaghetti. Makanan di situ boleh tahan sedap dan tidak megecewakan. Kami makan, berborak sambil menikmati pemandangan dari dalam restoren hotel yang agak unik itu.

Selesai makan dan membayar makanan kami keluar dan pergi ke tempat di mana kami boleh melihat pemandangan sunset paling cantik di Hunza Valley. Kami mendaki sedikit dan terus sahaja ternampak pemandangan yang betul-betul membuatkan kami teruja dan tergaman.

Dari tempat kami berdiri, dengan jelas kami boleh melihat 11 puncak gunung yang mempunyai ketingian 6000+ mdpl sehingga 7000+ mdpl. Antara gunung yang boleh kami lihat dari situ ialah Rakaposhi, Ultar Peak, Golden Peak, Diran Peak, Landy Finger dan lain-lain.

Sunguh hebat ciptaan-Nya.

Kami menunggu sunset di situ bersama beberapa orang tempatan. Sementara menunggu sunset kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar. Tapi sayangnya semua gambar yang saya ambil di sini hilang kerana memori kad kamera rosak. Frust ! :(

Mujur ada beberapa keping gambar yang saya ambil daripada kamera telefon, tapi kualiti tak seberapa.

Pengalaman melihat sunset di Eagle Nest adalah yang terbaik saya pernah lihat seumur hidup. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, subhanAllah begitu indah ciptaan-Nya.

Golden Peak
Lady Finger
Satu-satunya gambar saya di Eagle Nest
Selepas puas menikmati pemandangan di Eagle Nest, kami berdua pun berjalan pulang semula ke Karimabad. Waktu itu kalau tak salah saya sudah jam 7.30 pm.

Kami berjalan dengan agak laju kerana hari telah gelap. Susan keluarkan headlamp dan dipakai untuk menyuluh jalan.

Sewaktu kami berjalan dalam gelap itu ada beberapa kali pemandu jeep atau kereta yang menawarkan untuk menumpangkan kami. Tapi kami hanya berterima kasih sahaja kepada mereka kerana memang kami ingin berjalan sahaja. Oleh kerana cuaca sudah sejuk kami lebih selesa untuk berjalan balik walaupun jalan telah gelap.

Pengalaman trekking pada waktu malam di Hunza Valley adalah sesuatu yang amat berbeza pada saya. Walaupun jalan gelap tapi kami tetap enjoy sepanjang trekking pada malam itu.

Sesekali kami agak terperanjat apabila terserempak dengan penduduk kampung yang berjalan dalam gelap. Kami hanya menyedari mereka apabila mereka sudah berada betul-betul di depan kami. Hebat, mereka boleh berjalan dalam gelap tanpa bantuan lampu langsung.

Sampai di satu kampung, kami singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman. Kemudian tanpa membuang masa kami teruskan lagi perjalanan dan sampai semula di Karimabad pada jam 9.30 pm.

Sampai sahaja di bilik saya terus mandi, berehat dan tidur. Memang betul-betul penat tapi sangat berpuas hati dengan trip saya ke Eagle Nest pada hari itu.

Kalau ada sesiapa yang merancang untuk ke Hunza Valley, pastikan jangan lupa untuk ke Eagle Nest :)

P/s: Terima kasih kerana sudi membaca.

27 comments:

  1. wow best....perlu bersarapan pagi seperti raja, makan tengah hari seperti putera raja dan malam seperti pengemis/......salam blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Muhammad Khairuddin Lim,

      Oh, terima kasih atas nasihat ni. Memang saya ada habit tak bagus masa travel selalu skip makan. Tak bagus dan memudaratkan badan sendiri. Sekarang dah insaf heh.

      Salam blogging :)

      Delete
  2. pemandangan di eagle nest memang indah tak terkata. kala boleh nak stay sebulan di sana, tanpa berbuat apa2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Knizam,

      Kan? Rasa nak stay lama kat sana.

      Delete
  3. Et, dah baca karya Agustinus Wibowo? Saya sgt terinspirasi dgn perjalanan beliau ke negara-negara 'tan'..sangat bagus kalau nak buat rujukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zilla,

      Oh belum. Boleh juga cari nanti, thanks :)

      Delete
  4. Et. at high altitude cam tu..trekking etc. suhu x sejuk ke? hehe..tgk ur pics cam pakai t-shirt ok jer.
    anyway. like !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Agip,

      Eagle Nest ni terletak 2800+ mdpl jadi tak terlalu sejuk dan boleh je pakai t-shirt hehe. Malam lebih sejuk kat sini. Thanks for reading anyway ! :)

      Delete
  5. Inshallah, next month saya ke Pakistan. Memang dah lama teringin ke hunza valley dan beberapa tpt lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 check point menanti anda disepanjang jalan. Duduk dihadapan kenderaan dan sediakan plastik muntah. Banyak bersabar dan beristifar. Perjalanan ini sangat merbahaya. Perjalanan dg bas drp Rawalpindi ke Gilgit jam 4pm dan sampai besok malam jam 9pm. Drp Gilgit ke Hunza lagi sehari suntuk. Apa pun teruskan perjalanan. As Salam.

      Delete
    2. Hi Norazilah,

      Wow ! Jangan lupa ke sini ya ? Enjoy your trip ! :D

      Delete
  6. Guys the travel time to pakistani Gilgit Baltistan region (formerly northern areas) is only June-August. Rest either is snowfalling or extreme cold (except if somebody wants to go for winter survival). Avoid mid july also since its the moonsoon season and frequent landslides along the Karakoram Highway. In summer the place in terms of its grandeur, magnificance, breathtaking views, wilderness etc. is second to none.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Hi Nieda,

      Saya tak kira budget untuk travel di Pakistan. Trip ni saya buat daripada China then masuk Pakistan overland. Total trip 37 hari, on the ground cost sekitar RM 2500.

      Delete
  8. hi, et saya berminat la nak tahu pasal trip awak. boleh email kat saya x . thank yyou.
    zknaeim85@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi zhkairul,

      Terima sebab sudi baca Nak tahu tentang apa ya ?

      Delete
  9. ok.. akan menyusul ke sini kemudian. hehehe

    ReplyDelete
  10. berminat nak tahu trip ni kak, cost dia berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi M.Hakimi,

      Macam yang baru saya tulis kat atas, total 37 hari on the ground cost is RM 2500 :)

      Delete
  11. Wow you traveled to Pakistan? Hardcore. I would love to go to Pakistan for this view. COOL

    ReplyDelete
  12. Seyes...awak mmg idola sy skrg....sy bru je minat hobi travel ni sejak grad haritu...amatur lg...seyes sy tabik ngan awak...travel seorang....terbaik!!!!! sy akan bc setiap travel awk mulai harini!!! tabikkk

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum awak. bestnya.. awak memang betul travel sendirian, saya cukup kagum. saya pergi jejalan dengan suami pun macam situasi takut2. hehe salute awak (",)

    ReplyDelete
  14. wow it's my birth place. surprise for me

    ReplyDelete
  15. Salam ET,
    SubhanAllah cantiknya ....

    ReplyDelete